Friday, 7 September 2012

Thai Green Curry


Sumber Resepi:  resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

½ ekor ayam
Segenggam daun ketumbar
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili api (kalau nak pedas)
2 inchi halia
4 batang serai-1 diricih halus
½ inchi kunyit
Tomato
Terung bulat
Santan
Perasa

Cara-cara:

Kisar daun ketumbar, halia, bawang putih, bawang besar, kunyit dan cili hijau, cili api.  Letak air sedikit sahaja.  Dalam kuali, tumis bahan kisar tadi dengan api sederhana.  Bila agak garing dan kering air, masukkan ayam yang telah dipotong.  Gaul rata.  Masak hingga ayam betul-betul masak.  Masukkan santan dan air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.  Perasakan dan boleh dihidang bersama roti atau nasi.

Celoteh Suri:

Sebenarnya resepi ni dah lama nak try.  Jadi bila asyik makan nasi KFC Green Curry bulan puasa ritu, semangat dating berkobar-kobar.  Dah tu, reka la sendiri ikut apa yang suri rasa.  Nasib baik jadi jugak la.  Serius sedap..Nanti nak masak lagi dengan udang ke, ketam ke..bla..bla..jom tengok gambar lagi..klik.





No comments:

Post a Comment