Sunday, 9 September 2012

Roti Pisang




Sumber Resepi:  resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

300 g tepung roti
1 telur
15ml air suam
20 g pisang lenyek
2 sudu besar gula
Sedikit garam
4 g yis
½ sudu the bread improver

Cara-cara:

Satukan air suam, pisang lenyek, gula dan yis.  Kacau dan biar 10 minit untuk bagi yis hidup.  Dalam bekas lain, satukan tepung, garam dan bread improver, kacau rata dan sift.  Uli tepung bersama bancuhan yis dan telur.  Tepung masukkan sedikit-sedikit agar tidak keras.  Tutup bekas adunan dengan kain lembab dan biar naik 2x ganda.  Selepas itu, buang angin doh dengan tumbuk-tumbuk sikit doh.  Bentuk ikut kesukaan.  Bakar 20 minit pada suhu 75oC.

Celoteh Suri:

Roti ni first time try dengan bahan yang diagak-agak sendiri.  Memang saya suka buat eksperimen, kadang jadi, kadang separuh jadi, kadang tak jadi langsung pun ada.  Heheh..tapi seronok cuba.  Yang roti pisang ni pulak saya cuba sebab ada pisang lebih.  Ikutkan hati say belum puas hati.  Walau camne pun, roti ni sedap, Cuma tidak segebu fruity bun yang saya post sebelum ni.  Mungkin sukatan tepung yang kurang tepat,  masa uli tidak keras tetapi agak melekat, sebab tu susah bentuk, jadi la tekstur muka roti agak menggerutu gitu.  Sebenarnya nak letak pisang banyak tak berani, takut bantat.  Anyway, enjoy.  Boleh hidang ngan jem.


No comments:

Post a Comment