Saturday 29 December 2012

Red Velvet Cake yang comot..erk!!!!


Alahai..hari ni baru update resepi??? erk...gambar dah siap post lama..hihi..sebenarnya kek ni aku sediakan sempena birthday adik yang trut bertandang ke rumah dengan all my other family members..RV comot momot ni terhasil disebabkan aku mengejar masa..haha...yang dalam cup tu lagi la..tak sempat mekap pun...


Gambar yang ni pulak ambik lepas potong..maafkan finishing yang tak bape nak finish tu ye..memang tak finish pun..patutnya lepas crumb topping tu kena la sejukkan dulu kasi senang la nak deco pastu..ini tarak..aku terus lenyek je cream cheese frosting tuh..sebab tu la sememeh aje..

Apapun, tekstur kek ni gebu dan lembut..tapi aku ada letak walnut..jadi ada kesan yang tak smooth la sebab walnut terselit2 kat dalam kek..hihi..

Resepi ni aku refer kat joy of baking  tuh..next time nak buat yang cantik sikit..insyaallah..

Sumber Resepi:  www.joyofbaking.com

Bahan-bahan:

250g self raising flour 
1/2 tsp salt
2 tbsp cocoa powder 
Combine these ingredients and sieve.

Dalam bekas lain, satukan 250ml buttermilk dan 2 tbsp pewarna merah.  Ketepikan.

Dalam bekas lain juga, pukul 1/2 cup unsalted butter hingga kembang.  Masukkan 11/2 cup gula.  Beat lagi 2-3 minit.  Masukkan 1 tsp vanilla.  Diikuti 2 biji telur A satu persatu.

Masukkan buttermilk berselang-seli dengan campuran tepung di atas.
Dengan cepat, masukkan campuran 1 tsp cuka kepada 1 tsp baking soda ke dalam adunan dan gaul guna spatula.  Terus dibakar pada suhu 170oC selama 35-45 minit.

Untuk cream cheese frosting:

200 g cream cheese
1 cup unsalted butter
1 cup gula icing
1 tsp vanilla

Pukul semua bahan hingga lembut dan creamy.  Boleh adjust bahan ikut kesukaan tekstur yang diingini.  Selamat mencuba.


Friday 28 December 2012

Capucino Nutella Swiss Roll..sedap ker...!!!


Salam Jumaat yang penuh keberkatan...entry swiss roll lagi ke cek kak??? haha..biasala..masak ni kadang berantu sikit..macam DC tu jugak kan..kadang ada musim..ikut tahap kerajinan dan mood nak masak dan makan apa..

memandangkan aku tak pernah lagi cuba resepi cappucino swiss roll, jadi kesempatan yang ada ku luangkan untuk sediakan kek ni yang nyata tidak  menghampakan..


Sekali lagi, aku pilih untuk kekalkan kulit kek luar nih..sebab suka bila makan...macam kupas kulit roti pau je..hihi..


Rasa camne lak??  bagi aku sedap ler..tak pasti pulak yang merasa..hiii..ramai gak yang tukang rasa kek yang satu nih..buat pun sama-sama ngan my sil...sambil bereksperimen seronok jugak..


Kalau dah gitu, jom kita cek resepi dulu..

Bahan-bahan:

4 kuning telur
1 paket Capucino segera (3-in-1)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil vanilla
75g tepung kek
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung

Meringue:
4 putih telur
1 sudu gula
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara Penyediaan:

Pukul meringue dulu hingga gebu.

Untuk adunan kek, pukul at low speed kuning telur dengan Capucino dan gula hingga kembang.   Masukkan tepung.  Selang-selikan dengan bancuhan susu dan minyak.  Kaupbalikkan meringue ke dalam adunan hingga sebati.  

Untuk inti:

Nutella secukupnya
Non dairy whip cream secukupnya

Bila kek sudah sejuk, sapukan Nutella.  Kemudian baru dilapisi dengan whip cream.  Gulung dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.








Wednesday 26 December 2012

Daging Goreng Serai


Salam semua..malam ini dinner ngan daging goreng aje..malam semalam pun maggi sup ajer..heeee..masak ikut masa dan tekak nak makan apa..daging goreng ni pun first trial..tumis guna serai, bawang, kunyit bla bla bla...bawah ni resepi jika nak cuba yer..

Bahan-bahan:

Daging (potong dan rebus dengan air sedikit hingga kering dan empuk)
2 batang serai
3 bawang putih
1/2 bawang besar
5 cili api


Sunday 23 December 2012

Blueberry Swiss Roll dan tips


Yahooo...cuti lagi..heheh..walaupun gambar dah post semalam..tapi rini baru sempat update..maklum ler..kan cuti Krismas..ingatkan ramai orang balik kampung..rupanya ramai gak yang dok umah..dan habiskan masa dengan keluarga..sesak jugakla tempat2 biasa orang singgah..shopping complex dsb...

Resepi swiss roll kali ini sangat memuaskan hati..sebab menjadi...dan boleh maintain lembut walaupun selepas beberapa hari dalam peti ais..sebab ada lagi baki blueberry, jadi aku cuba isi filling blueberry pula...yang bahagian kek tuh cuma calitkan warna coklat yang dibancuh dengan sedikit adunan..


Cuma saiz yang ini agak besar sikit dari entry sebelum ini untuk strawberry swiss roll..Sebenarnya nak buat swiss roll mungkin tak susah bagi yang sudah expert dan pro..hihi..macam aku yang part time homebaker yang full time bekerja nih..rasa agak susah dan mencabar juga..

So, nak juga la kongsi pengalaman yang tidak seberapa..berdasarkan cubaan yang pernah aku hasilkan..


Banyak resepi pernah aku survey gak..setakat ni aku perasan ada dua versi cara-cara pembuatan swiss roll nih..yang PERTAMA: menggunakan kaedah meringue dan kaup balik.  Yang KEDUA: menggunakan kaedah kek biasa tetapi telur dipukul agak lama pada speed tinggi.

Antara dua nih aku paling selesa dengan kaedah PERTAMA.  Sebab menjadi..Banding ngan yang KEDUA aku pernah try tapi kurang memuaskan.  Mungkin jugak sebab aku pakai hand mixer je..jadi tak mampu gak nak pukul lama2..hihi..apapun, blog ni cuma nak berkongsi apa yang pernah aku cuba..harap menjadi panduan pada yang sudi..huhu..

Bukan itu saja, versi swiss roll ni jugak ada yang berkulit..macam entry ini..ada gak yang jenis terkopek kulit..dus2 pernah aku cuba..tapi yang berkulit ni memang mencabar sikit..nak pastikan kulit tidak lekang dari kek dan melekat pada paper, aku guna teknik berikut..harap membantu:

i. Sejukkan kek sebaik keluar dari oven secukupnya,  lepas tu baru keluarkan kek dan terbalikkan atas baking paper.

ii. Guna baking paper yang high quality.

iii. Gulung kek dengan behati-hati.

iv.  Bukak paper dengan berhati2 selepas keluarkan dari peti sejuk, jika dibiar lama, air dari kondensasi akan menyebabkan kulit kek melekat pada baking paper.


Dah panjang lebar ceritera..jom la tengok resepi pulak..

Bahan-bahan:

4 kuning telur
35 g gula
40 g susu
40 ml minyak jagung
75 g tepung naik sendiri
4 putih telur-untuk meringue
15 g gula-untuk meringue
Cream of tartar

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan kecuali untuk meringue.  Boleh pukul telur kuning dengan gula dulu, kemudian masukkan tepung, selang-seli dengan susu dan minyak.  Kemudian masukkan meringue ke dalam adunan.  Guna kaedah kaup balik hingga sebati.  Bakar pada suhu 170oC selama 15 minit sahaja.  

Untuk inti boleh guna whip cream yang telah dipukul kental..Yang ini aku guna non dairy punya.







Saturday 22 December 2012

Oppss..Strawberry Crepe pulak dah...atau SB??



Kwang kwang..kemaruk sungguh rasanya..aku ni tak habis2 lagi ngan crepe..tapi selagi tak dapat yang aku rasa terbaik, selagi tu aku nak cuba..kali ini guna filling strawberry sauce/ glaze...filling ni buat sendiri..tak belu readymade punye...lagi fresh dan sedap rasanya..

Bila makan akan ada rasa masam manis gitu..sedap juga..tapi still compared to DC aku lagi suka durian yang creamy tuh..terpulang..ini alternatif pada yang tak makan durian..


Resepi sama je aku guna, just letak sikit strawbrry emulco dalam adunan crepe..filling pun sama denga resepi sebelum ini..cuma masak dalam air gula hingga dapat consistency yang diingini..yang lain boleh rujuk resepi di SINI..


Apapun, crepe tetap sedap bila dimakan sejuk2..kalau dah suhu bilik tuh, tekstur cream pun dah tak cantik..rasa pun dah kureng...



Friday 21 December 2012

BC untuk Blueberry Crepe..


Hai semua...jumpa lagi..tak habis2 kagi fenomena crepe nih..yang dah femes macam Durian Crepe a.k.a DC tuh tak usah citer la..memang da boom..sana sini ada..walaupun begitu, variasi crepe dengan filling yang berbeza2 juga tidak kurang hebatnya..

Sudah lama beli blueberry filling ni..memang nak buh dalam crepe..baru skrang berkesempatan mencuba..hasilnya..sedap juga..tapi bagi penggemar durian macam aku nih..DC is the best laaa..hahha..

Tapi filling blueberry aku tak letak banyak ah..sebab manis kan..tak baik untuk kesihatan..seboleh2 nya semua resepi kat sini disediakan pada kadar gula yang lebih rendah..ataupun guna natural  sugar dari buah ajer..lagi bagus kan..kan..kan..


Resepi boleh rujuk di SINI.  Cuma tukar filling je la yer..Selamat Mencuba...


Thursday 20 December 2012

Nasi Goreng Berapi..



Bubur Kacang Lagi...



Grilled Salmon and Vege


Tak jemu-jemu makan salmon..memang aku suka makan ikan..tak kisah ikan apa..termasuk ikan bilis..hihi..actually dah lama masak dish ni..tapi lupa lak nak post..sangat mudah tapi sedap..sesuai dihidang untuk dinner juga..berkhasiat jugak nih..sayur banyak..

Jom tengok resepi mudah ni

Bahan-bahan:

Sekeping salmon (perap dengan black pepper dan garam)
Panggang hingga masak

Untuk vege..

Tumis 2 ulas bawang putih cincang..bersama 1/2 labu bawang besar yang didadu halus..guna olive oil untuk rasa wangi..masukkan sayuran yang digemari...dalam resepi ini saya guna nenas, capsicum, carrot dan brocolli..perasakan dan angkat..


Tuesday 18 December 2012

Nutella Crepe..Yummy and Creamy..


Sebelum mula bicara, aku nak ucap terima kasih kat Mai (Normaizaton) dan kakak iparnya yang dah cuba Nutella crepe ni dan sudi share idea..setelah mencuba sendiri, memang sedap betul..to those who love chocolate very much..this is a must try recipe...rasa Nutella yang creamy and yummy sangat best..bila sejuk lagi best..hmm..mungkin lagi sedap dari durian kot..so, pada yang tak gemar bau durian, alternatif ini paling sesuai ler..

Sebenarnya crepe tu sama je adunan, just letak pewarna coklat sikit..jadi boleh la bezakan antara inti durian dan coklat..tapi gambar tak sempat la nak mekap2..dah larut malam kan...


Jom tengok resepi yang sudah di RnD kan...

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung halus (option)
3 biji telur grade A
300 ml susu segar/ santan
300 ml air
Secubit garam
Pewarna

Satukan semua bahan dan blend hingga sebati.  Tapis dan rehatkan selama 4 jam atau semalaman lagi bagus untuk tekstur crepe yang lebih lembut.

Untuk cream..cuma putarkan whip cream (non-dairy) hingga kental.  Boleh tambah icing sugar sikit jika nak manis.



Strawberry Swiss Roll..Sure Jadi..


Salam strawberry semua..hiiii..actually ada lagi baki strawberry lepas buat cupcake..dalam hati ni rasa lum puas hati dengan cubaan2 resepi swiss roll sebelum ini..mungkin sebab tak berapa skill kan..haha..bukan salah resepi..memandangkan banyak2 resepi tu aku paling suka yang kat sini..resepi swiss roll lime tu..http://resepiharihari.blogspot.com/2012/10/lime-swiss-roll-with-cream-cheese.html.   Jadinya, tinggal modify sikit2 dari situ aje..


Alhamdulillah..hasilnya sangat menceriakan hati ini....tidor pun tak saba nak bangun potong swiss roll..pagi2 sebelum gi kije sempat jugak la aku ambik gambar sempoi2 je..dan potong2 masuk bekas pegi opis...nak share kegembiraan la katakan..harap kawan2 yang rasa tu suka la ye....


Rujukan resepi seperti link kat atas..juga boleh rujuk di bawah ni..selamat mencuba

Bahan-bahan:

3 kuning telur grade A
55 g tepung naik sendiri
30 ml susu
30 ml minyak jagung
20 g gula
Vanilla

Meringue:

10 g gula
3 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar

Pukul sebati telur kuning dan gula.  Masukkan tepung.  Selang selikan dengan minyak dan susu. Ketepikan.

Untuk meringue, pukul hingga kembang putih telur dalam 2 minit.  Masukkan gula dan cream of tartar.  Pukul lagi hingga lembut dan gebu.

Masukkan 1/3 meringue dalam adunan tepung.  Kaup balikkan.  Ulang hingga habis meringue.  Bakar selama 15 minit pada suhu 170oC.


Kali ini aku guna filling strawberry..untuk lebih sedap, masak dulu strawberry dalam air gula hingga pekat.  Untuk cream aku  guna non-dairy whip cream yang dipukul kembang dengan sedikit icing sugar.  Sebelum gulung, sejukkan kek dalam 15 minit.  Terbalikkan supaya sebelah bawah (yang attach to paper) tu duduk di atas, jadi bila sapu cream kat belah sini juga la.  dengan ini, belah yang licin (surface masa bakar) akan duduk belah luar bila gulung..macam gambar2 ni ye..


Simpan dalam peti ais dulu sbelum potong supaya tekstur kek dan cream lebih cantik..


Saturday 15 December 2012

Strawberry and Chocolate Chip Cupcake


Hah..sudah entry ke-100...alamak..ingat nak buat yang spesel sikit..nampak gayanya tak tertunai hajat..kesuntukan masa..kena dulukan tugasan keluarga dulu..tak gitu..kepada yang melangsungkan perkahwinan tahniah diucapkan..semoga berpanjangan...maklum ler..memang banyak kenduri musim cuti sekolah begini..

Dua hari lepas ada la jalan-jalan kat dapur Che Mat Gebu kite tuh..sangat salute sebab manage to on air everyday..masa jalan2 tuh terpandang la muffin strawberry yang Che Mat buat..aku pun teringatla sekotak Strawberry terperap dalam gobok peti sejuk..lama2 kang busuk..buang saja nanti..jadi menengokkan bahan2 yang simple aja Che Mat guna, so aku sempat la sediakan muffin/ cupcake yang ambil masa tak sampai sejam ni..ada la sikit alteration..

Hasilnya sebagaimana Mat cakap la...sedap...sesuai untuk minum petang di hujung minggu..nak minum petang hari biasa tak dapat ler..kat opis cicah sekut ngan 3-in-1 Cofee je la..kahkah..jom selongkar resepi yang aku dah kecikkan jadi 2/3 bahagian aje dari resepi asal..

Bahan-bahan:

160 g tepung naik sendiri
80 g gula
2 biji telur A
40 ml susu segar
80 g minyak jagung
1/2 sudu teh strawberry emulco
Chocolate chip secukupnya

Pukul telur dengan gula hingga sebati dan gebu.  Masukkan tepung, selang selikan dengan campuran minyak dan susu.  Tuang dalam cup dan bakar selama 20 minit pada suhu 170oC.

Untuk strawberry glaze:

Buah strawberry dipotong
Gula secukupnya

Masak atas api sederhana.  Tambah air ikut kepekatan yang diingini.