Balik dari kampung malam tadi, Suri sempat siapkan satu adunan donut. Buat pun sebab terdengar suara2 kecil dan besar minta donut masa dalam kereta on d way dari kampung..hmm..memandangkan semua bahan ada, jadi Suri terus buat donut nih..nak menguli, membentuk dan menggoreng ambil masa sikit je pun...sambil2 kemas rumah dan siapkan dinner..siap jugakla kuih satu ni..cuma kali ni Suri cuba satu lagi resepi donut dari mykitchensnippets yang nampak macam best jer..tapi ada la jugak diubahsuai..hihi..hasilnya sangat la lembut..ala2 Big Apple punye tekstur (perasan kot ni)..dah lama cari resepi camni sebab nak topping nanti baru sedap..cuma next time Suri nak buat topping dan glaze yang lebih sikit dan pelbagai..jom kita tengok resepi..
Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Sumber: www.mykitchwnsnippets.com
Bahan-bahan:
3 cawan tepung top
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula kaster
1 biji telur grade A
3 sudu besar minyak jagung (ubah la ni..asal guna butter ye)
1 sudu kecil vanilla
7 g yis
3/4 cawan susu segar suam
Cara penyediaan:
Mula-mula buat sponge dough dulu dengan mencampurkan susu, yis dan sesudu tepung. Biar naik dalam 10 minit. Sementara itu, dalam bekas lain, satukan dan ayak tepung dengan bahan kerng yang lain. Kemudian, buat well di tengah...pecah dan pukul lembut je telur..tuangkan minyak..vanilla..dan adunan sponge dough tadi..kacau rata dulu..lepas tu baru dikacau bersama bahan kering di sekeliling well tadi..sikit2 dan perlahan-lahan hingga semua bahan bercampur sebati..pakai sudu atau sudip je..setelah itu boleh la diuli adunan sehingga lembit dan tidak melekat pada bekas..around 15-20 minutes gitu...lepas tu macam biasa, tutup bekas dengan tuala lembab..biar naik 2x ganda dalam masa 45 minit..buang angim doh dengan tumbuk2 sikit..uli doh dan canai...terap dengan acuan donut...letak donut dalam tray yang telah ditabur sedikit tepung..biar naik semula dalam 20 minit..kemudian goreng dengan api kecil..balik2kan selalu supaya tidak hangus dan donut masak serata...haaa...dah siap..boleh digaul dengan gula atau apa jua glaze yang digemari..kat sini Suri guna sugar glaze biasa je dan ditabur cinnamon sikit..sedap bagi yang sukakan cinnamon..heheh..
Sugar glaze:
3 cawan gula ising (ayak)
3 sudu air
Setitik vanilla
Panaskan bahan di atas pada api kecil hingga larut dan tidak berketul. Celupkan donut masa glaze masih suam.
Permukaan dan tekstur dalam donut yang sangat gebu dan halus..ada beza rupanya jika guna top flour..
No comments:
Post a Comment