Thursday, 26 December 2013

Padprik Ayam Paprika


Hmmm..kadang2 tuh mati kutu nak masak lauk apa..masa terhad..nak makan cepat..tapi nk sedap..aduh..payah betul nak memenuhi kriteria tu setiap hari..

Last2 jadi la masak campak2..tengok peti ais ada isi ayam, paprika powder yang lum guna..combined dalam ayam pun sedap jugak kan...

Maka terhasil lah hidangan super duper ringkas dan cepat nih..lawan dengan telur goreng bawang..menambah jugak ler..

Cara masak senang je kawan-kawan..tumis bawang macam biasa..masuk kicap sikit, sos tiram, tomat dan sedikit paste tomyam..sbb xde serai..serbuk paprika jgn lupa untuk pedas..

Goreng ler sampai masak..perasakan..angkat...makan..heheh

Tengah plan nk buat swiss roll yang dah lama aku rindu..insya Allah malam ni lepas siapkan tempahan kek..
nantikan ye..

Sunday, 22 December 2013

Tenggiri Masak Kesum


Bila aku telek2 gamba nih rasa macam pelik pulak..aku nih nak tunjuk lauk ke daun ketumbar tu...hahah....apa-apa je lah kan..bukan pro camtu ler..

Nak citer sikit je pasal lauk nih..macam kuah laksa pun ada..memang aku reka je..asal sedap..
Tapi rasa ala2 Thai pun ada..biasala kalau kita guna bahan2 asas dalam masakan Thai..

untuk resipi ni aku saja tambah daun kesum untuk bangkitkan rasa lauk..tapi yang enterprem daun ketumbar lak...sian daun kesum tu kan..(mula la nak merapek..)

Haaa...pastu sbb :"rajin" aku tumis bawang besar ngan bwg putih...tumis cili giling juga sekali..daun kesum..air asam..PES TOM YAM...haa..ni la yang menjadikan lauk ni special tau..cer try..biasa kita guna untuk masak tomyam je kan...

Ini kali cer tukar..kuah tu pun gantikan air dengan santan untuk lemakkan dia...daun ketumbar jika ditambah memamg memberikan rasa yang berbeza...

Tengah "rajin" nih nk tekan keypad..mata pun dah makin kecik ni ha...skrin ni dah jadi separuh je nampak...

nampak gayanya aku mintak diri dulu la ye..insya Allah berjumpa lagi dengan hidangan lain pula...hmmm...lama xde entry dessert..tak boleh jadi nih....

tunggguuuuu...


Thursday, 19 December 2013

Salmon Wrapped Asparagus with Cheese Sauce


Salam Jumaat semua...hujung2 tahun ni macam2 rasa ada..rasa malas ada..rasa rajin pun ada..haha...neutral agaknya..

Nak story nih..semalam sempatla aku singgah kedai beli barang dapur lagi...nanti weekend senangla nak masak-masak kan..kan...kan..

Ternampak pulak produk baru Cheese Sauce..lupa lak nak snap gambau nye..first thing yang datang kat kepala masa tu adalah gambar Cadangan Hidangan pada pek produk tu yang sangatla menyelerakan tekak ku..

Gamba dia kan..sejibik yang aku masak ni ler..haha..ayat perasan...nanti2 aku post ek..
Bezanya aku guna salmon fillet menggantikan daging..ala yang hiris nipis tu,,apa ntah panggil..lupa lak..

Nak buat pun senang..sekejap..dan sangat sedap..n healthy too..

Bahan-bahan:

Satu genggam asparagus- celur jap pastu terus masuk dalam air sejuk ais untuk kekalkan rangup dan hijau
Slices of fillet Salmon
Sauce cheese secukupnya
Garam dan white/ black pepper
Olive oil sikit

Cara-cara:

Bila dah celur asparagus tu, lilitkan dengan salmon tu..pastu golekkan dalam pan yang dah diletakkan olive oil sikit.  Pastu balik2kan la sehingga betul2 masak.  Curah ler cheese sauce tu ye sebelum ngap..haa..selamat mencuba..dan selamat maju jaya..:)

Wednesday, 18 December 2013

Sambal Bilis Petai Alahai


Alahai teringin benar tekak ni nak makan sambal bilis petai ala2 kampung gitu..semalam pegi kedai beli barang dapur ternampakla si petai ni..laju je kepala aku berputar nak masak apa..toing! Sambal Bilis Petai...

Makan pulak dengan nasi panas..terangkatttt....rasa macam lauk dulu-dulu...

Nak masak pun tak lama..walaupun nampak merah je..macam pedas je..macam comel je..tapi series tak pedas..anak pun boleh makan banyak.....sodappppp...

Jom layan resepi mudah ni..

Bahan-bahan:

Mestilah petai dan bilis (dibersihkan)
1 labu bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 keping asam
3 sudu besar cili giing
lada sulah
1 sudu kecil sos tomato
gula garam
sedikit air

Cara penyediaan:

Tumis dulu bawang dengan cili giling semua sampai garing dan naik bau.  Kalau dah achem-achem bersin tu maksudnya dah naik la bau tuh..hihi..Patu masukkan bilis dan garingkan sikit dulu..kemudian disusuli asam keping, petai, gula, garam, lada sulah.  Masak sebentar.  Masukkan bawang besar mayang untuk tambah rasa manis asli pada sambal...sedia dihidang..

Mee Goreng Cendawan


Selamat bersiaran kembali...

Kali ini menu ringkas jugak..mee segera goreng cendawan aje..
Aku guna mee yang kosong tu..
Dan macam biasala..tumis bawang dengan dendawan putih semua..
Tabur cili api..pastu bila gigit keluar asap..haha..
Kalau weekdays ni susah sikit nak masak beria2..sekadar menu gerai je sempatlah..apapun menu yang aku share ni harap dapatla menjadi inspirasi semua..

Jumpa lagi..

Sunday, 15 December 2013

Ayam Merah Cinta


Sedar tak sedar kita sudah di penghujung 2013.  Sudah semestinya tahun yang cepat berlalu diiringi suka duka kehidupan.  Apapun, Resepi Hari Hari masih di sini walaupun kadang menyepi agak lama.  

Seharian meluangkan masa bekerja di pejabat, menguruskan anak-anak, menyiapkan tempahan kek dan menguruskan rumahtangga bukanlah satu tugas yang mudah.  

Aku bersyukur Allah masih memberi kekuatan untuk aku meneruskan minatku dalam masakan dan juga dekorasi kek.  Pahit manis yang ditempuh sudah tentu memberiku pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.  

Benar kata pepatah, rezeki takkan datang bergolek;  manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkam ruyong..manakan datang kejayaan tanpa usaha yang gigih..dan juga pengorbanan..

Seperti juga kita menetapkan KPI di tempat kerja, hobiku yang satu ini juga ada KPI nya...haha..biasanya setiap tahun atau bulan aku akan set target untuk aku capai....alhamdulillah, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..tapi kadang aku takut juga..dan sentiasa mengingatkan diri sendiri..Allah juga sentiasa menguji manusia..samada dengan kemewahan, kesenangan, kebahagian...selain kemurungan, kesusahan dan musibah.

Bukan selalu dapat luang masa untuk menulis..sekali sekala ambil peluang untuk bernovel...ahak..


Berbalik pada apa yang aku namakan Ayam Merah Cinta..kali ini aku cuba sediakan sesuatu yang amat ringkas tapi sedap...lauk ni boleh dimakan bersama nasi putih atau apa saja..lauk tambahla kiranya..

biasanya ibu-ibu akan menyediakan hidangan yang tidak pedas untuk anak-anak...jadi untuk bapanya kena sediakan lauk asing..baru lak laju makan...haha..

Apa lagi...jom tengok resepi yang boleh disiapkan kurang setengah jam..

Bahan-bahan:

1 pek ayam (stir fry) 
1/2 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (ketuk)
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecik kicap manis
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/4 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tomato
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Potong dadu dan bersihkan ayam.  Tumis bawang dan cili hingga garing.  Masukkan kicap dan gula.  Tujuannya untuk hhasilkan karamel yang boleh menambah rasa pada lauk nanti.

Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga sedikit garing.  Peraskan dengan sos, garam, lada sulah dan minyak bijan.  Akhir sekali tambah air sedikt dan masak hingga ayam empuk.