Sunday 9 June 2013

Nasi Arab Mandy..Modified Version


Salam berhujung minggu buat semua..hmm..sekejap je rasa weekend..esok dah kerja balik..huwaaa...apapun, di kesempatan hujung minggu aku ambik peluang masak berat sikit..lagipun dah lama tak menulis kat blog kesayangan aku ni..kadang2 tu bila masak lauk yang biasa terasa segan gak nak share resepi..kecuali ada benda menarik yang boleh membantu pengunjunng di luar sana mendapat ilham..kan..kan..kan..

Ntah hangin mana datang..tekak terasa nak makan Nasi ala2 nasi arab gitu..walaupun aku baru sekali menjamah hidangan restoren Nasi Arab..yang sememangnya sangatla banyak di area Cyberjaya ni..
hidangan kali ini diinspirasikan dari menu Nasi Mandy..tapi banyak modification yang aku buat..sbb nak selarikan dengan tekak Melayu..hehe..

Baiklah..tanpa membuang masa..mari kita tengok resepi dan cara menyediakan Nasi Arab Mandy..Versi Modified ni..

Bahan-bahan:

Beras Basmathi FAIZA (Rendam setengah jam)

Rempah campur (sangai dan tumbuk lumat)
Halia secukupnya
Ayam
Kunyit
Serbuk kunyit
Daun Thyme
Salad dressing
Chicken stock powder
Bawang merah
Bawang putih
Rempah kasar

Cara penyediaan:

Bahan2 diatas boleh di agak2 ikut jumlah hidangan la ye..so, mula2 kita buat stok ayam dulu dengan merebus ayam bersama rempah campur tumbuk, halia, kunyit, daun Thyme, pepper dan garam.  Bila ayam sudah lembut, ketepikan ayam.  Perap ayam dengan bahan sama dengan rebusan tadi, cuma kali ni tambah salad dressing, gula dan chicken stock. Perasakan secukupnya.  Perap ayam sekurang-kurangya 4 jam.

Dalam periuk nasi, tumis bawang mayang halus bersama rempah kasar.  Guna minyak sapi atau planta.  Masukkan beras Basmathi yang telah ditoskan.  Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan pepper.  Tambah dua sudu makan susu pekat dan stok rebusan ayam.  Tanak hingga masak.

Untuk ayam tadi, bakar atau panggang dalam grill hingga garing.  Tumis bersama bawnag besar hiris.  Jika mahu sedikit berkuah, boleh tumis bahan kisar dan pekatkan dengan santan.

Untuk rasa pedas, kisar tomato, cili api dan sedikit daun ketumbar, untuk dimakan bersama nasi.
Selamat Mencuba.

3 comments:

  1. rempah kasar macam mana?...rempah pur plak macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempah kasar biasanye terdiri dari buah pelaga, bunga lawang, kayu manis, lada putih dan cengkih. Biasa dah siap pek kalu beli kat pasaraya. Sama je dengan rempah campur. Sebenarnya untuk penggunaan rempah, tiada halangan jika guna lebih dari jenis rempah yang dicadangkan. Cuma kalau tambah lada hitam tidak boleh banyak supaya tidak jejaskan rasa. Lagioun resepi ini rekaan semata-mata, mungkin tidak sama dengan rasa Nasi Arab sebenar. Terima kasih.

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera,bagi menyediakan menu masakan yang menggunakan saffron/zaafaran,saya ada menjual saffron stigma. Untuk tempahan ,sila pm di www.facebook.com/zouksaffron atau sms 014-6245445

    ReplyDelete