Tuesday 13 August 2013

Dah habis Raya ke belum???

Pusat bandar kembali dibanjiri kenderaan..taman perumahan mula dipenuhi kereta-kereta penghuni rumah..kedai makan sudah banyak memulakan semula bisnes..bingit dentuman mercun sudah reda..kampung halaman kembali sedia kala..rumah mak ayah di kampung kembali sunyi tanpa sorak sorai anak cucu..

Ada yang masih becuti..ada yang sudah memulakan tugas..(dengan semangat yang kurang..hehe)..

Begitulah tiap kali musim perayaan..rasa teruja..seronok..bercampur baur..mengiringi Syawal yang tiba..dan meninggalkan Ramadhan yang berlalu pergi..moga Allah menemukan kita semua dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan..Aamin..

Semakin meningkat usia, keterujaan menyambut Aidilfitri dirasakan semakin kurang..lebih menumpukan persiapan anak-anak barangkali..namun, apa yang paling aku nantikan adalah saat berkumpul bersama semua ahli keluarga..sambil menikmati juadah raya...menu yang wajib terhidang mestilah sate, nasi impit, kuah kacang, nasi dagang, nasi minyak, laksa, lontong, ketupat palas dan tapai pulut.  Wow..banyaknye..hehe..itulah yang dihidangkan setiapkali raya di kampungku..

Seiring dengan jumlah hidangan yang banyak..masa untuk menyiapkan juga tidak kurang hebat..tiapkali tiba malam raya, tidur lewat menjadi satu kemestian..dan bangun seawal 5 pagi juga kemestian..untuk memasak dan menyiapkan semua lauk pauk yang bakal dinikmati di pagi raya..sebab bizi terlampau juga la tak dapat aku  nak snap semua juadah..hihi..


Ada ayam masak tomato untuk dimakan bersama nasi minyak..


Ada juga tart nenas bunga yang aku sediakan di kampung..dibantu oleh adik-adik..

Hmmm..itu aje la yang dapat aku kongsi..tak sempat langsung nak snap juadah lain..tetamu dah sampai..hihi..Salam Aidilfitri..Salam Ukhuwah..dan selamat menjamu selera..

Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri

Resepi Hari Hari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Mohon maaf sekiranya terdapat salah silap atau terkasar bahasa sepanjang daku mengepost di blog ini.  

Moga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT.  

Mudah-mudahan amalan yang dijalankan sepanjang Ramadhan akan kekal bersama kita di bulan-bulan lain juga. (Nasihat dan peransang untuk diri sendiri)..:)