Friday 30 November 2012

Spaghetti Salmon


Resepi express..tak plan pun nak masak ni sebenarnya...masa lunch tadi cuba cari idea nak masak masak apa..godek dalam peti ais nampak la ikan salmon sekeping ni beli 2 hari lepas..mata tertumpu pada Maggi Cooking Solution..hmmm...mesti ada sesuatu menarik yang dapat dihasilkan..

Terus saya cuci ikan dan perap dengan lada hitam dan Maggi Cukup Rasa...sementara itu, saya sediakan bahan2 lain seperti di bawah...walaupun nampak macam susah nak masak, tapi sebenarnya sangat senang dengan bantuan teman setia dapur saya..Cik Maggi...

Bahan-bahan:

1 keping ikan salmon
Lada hitam
Maggi Cukup Rasa
Lada Benggala/ Capsicum kuning dan merah (didadu)

3 ulas bawang putih
Olive oil

Spaghetti

Maggi Mushroom Soup

Cara Penyediaan:

Tumiskan bawang putih hingga sedikit garing.  Masukkan capsicum dan panggang hingga burnt sikit.  Kemudian masukkan 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa.  Masukkan spaghetti yang telah direbus 90% masak.  Bancuh Maggi Mushroon Soup dengan 1 cawan air.  Tuang ke dalam pan.  Masak bersama hingga spaghetti benar-benar masak.  Sprinkle dengan oregano.

Untuk ikan salmon, goreng guna olive oil sedikit saja.  Jangan terlalu lama kerana isi ikan akan jadi kering dan kurang lembut.  Masa nak hidang sprinkle hidangan dengan chili flake..memang sedap sebab ada rasa pedas2..

Ringkas..Cepat..Mudah..dan Sedap

Semestinya dengan Maggi

Sekali lagi saya kongsikan resepi istimewa ini untuk Maggi Good To Great Campaign melalui tuan rumah www.cookingmomster.com.


MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.



Swiss Roll Kontra


Wahh awahha...wahhh..bestnyer dah sampai ujung minggu..maknanye boleh berehat....huyey...tapi sebenarnya banyak je kije yang nak di setelkan ujung minggu...antaranya...basuh baju, lipat baju, kemas umah, mesin rumput, gosok baju, jalan-jalan...hahaha...standard la kan..tu semua untuk kecergasan dan stamina..macam saya ni memang jenis tak suka dok diam..rasa serba-salah dan serba tak kena..kalau tak berpeluh pun tak sihat badan..makan banyak takpe asalkan bakar balik..kan..kan..kan..

So, apa citer ngan resepi kali ini???  Dah lama pulak rasanya tak berswiss rolling kan..ritu ada la beli whip cream..pahtu teringat pulak satu kaedah lagi yang saya belum cuba untuk swiss roll nih..nak tau???  jom layan...


Jika biasa dalam entry terdahulu saya hanya ikut saja resepi..cuma bila blog walking kat banyak2 site tu ada pelbagai pendapat..dan juga tips..

kali ini saya menggunakan resepi adunan yang sama dengan Kek Puding Karamel...cuma sukatan saya kecikkan kepada 1/3 saja..takut loyang tak muat..dan kek akan jadi tebal dan susah nak gulung...

apapun, kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan..

Bahan-bahan:

45g tepung naik sendiri
25g gula
1 biji kuning telur
45ml susu segar/ air
15ml minyak 
esen vanilla

untuk meringue:

2 putih telur
20g gula
1/3 sudu teh cream of tartar

Cara penyediaan:

Pukul meringue dulu hingga gebu dan lembut lebih kurang 5 minit.  Satukan kunig telur dan gula, pukul sebati.  Masukkan campuran minyak dan susu sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung yang telah diayak.  Diakhir dengan bancuhan susu dan minyak.

Kaupbalikkan meringue ke dalam adunan.  Buat dalam 3 batch.  Asingkan kepada 2 bahagian dan boleh diwarnakan mengikut kesukaan.  Bakar pada 170oC selama 20 minit.  Angkat dan gulung kosong dulu untuk lentikkan swiss roll.  Sejukkan seketika.



Untuk cream filling:

1 cawan whip cream
3 camca besar Sunquick
5 sudu besar gula icing

Pukul cream dulu hingga pekat.  Masukkan gula dan Sunquick.  Putar lagi hingga mendapat tekstur yang diingini.  Saya guna non-dairy cream.

Bukak semula gulungan kek.  Sapukan dengan cream dan gulung semula.  Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum dipotong.

Nyata cara ini gulungan tidak pecah kerana masa kek masih suam2 teksturnya sangat lemut dan senang dibentuk..cuma kena berhati-hati agar tidak pecah...


Saja je ni..tabur dasar loyang dengan sedikit chocolate rice.


Saya warnakan oren dan purple.



Thursday 29 November 2012

Lasagna


Uhuk...Lasagna???..hmm..tak pernah masak pun sebelum ni..tapi bila dah kering idea nak masak dinner, mula la keluar semua menu ntah hape2..hihi..tapi lasagna ni serius sedap lak..

Cuma saya takdela buat banyak lapis sangat..first trial takut tak jadi pulak..jadi buat dua layer je..cepat sikit masak..cepat la boleh makan..


Nak sediakan hidangan tak susah..cuma ambik masa jugak ler..tapi hasil berbaloi2..kat bawah ni rupe lasagna baru kua oven..


Yang bawah ni pulak filling yang digunakan untuk melapis lasagna..


Yang ini pulak creamy and cheesy topping..juga untuk lapis lasagna..


Jom ler kita nengok resepi dulu..

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar didadu halus
Olive oil untuk menumis
Carrot secukupnya (didadu halus)
1 tin kecil tomato puri
Minced chicken/ beef
1 biji tomato dadu halus
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil chicken stok
Pepper
Garam
Gula 
Kepingan lasagna segera
Cheese mozarella
1 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar Maggi Cukup rasa
Oregano

Cara Penyediaan:

A. Kuah tomato ayam cincang:


Tumis bawang dan carrot hingga layu.  Masukkan ayam cincang (keringkan air atas kuali dan masak hingga kering dulu).  Masukkan tomato puri, soso tomato dan tomato dadu.  Tambah air 1 cawan.  Perasakan secukupnya dan masak hingga sedikit pekat.  Ketepikan.

B. Sos cheese

Untuk sediakan cheese sauce pula, cairkan butter dalam pan.  Masukkan tepung dan kacau/ whisk hingga sebati pada api perlahan selama 1 minit saja.  Padamkan api dan kacau lagi.  Masukkan susu dan sebatikan atas api perlahan.  Jangan sampai hangus.  Perasakan dengan oregano, pepper, Maggi Cukup Rasa.  Angkat dan sejukkan.

C.  Melapis lasagna


Untuk melapis, panaskan dahulu oven.  Mulakan dengan menggris loyang/ caserol dengan sedikit butter.  Lapiskan dengan kuah tomato dulu.  Dikuti lasagna, cheese, kuah tomato, lasagna dan cheese.  Ulang hingga 4 lapisan.  Pastikan kuah menutup sepenuhnya lasagna. Biarkan 10 minit untuk lasagna meresap kuah.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.  Boleh lembutkan kepingan lasagna dalam air panas sebelum melapis.  Tidak perlu penuhkan lapisan kerana lasagna akan mengembang bila sudah masak dan menyerap kuah.  Boleh tabur mozarella tambahan sebelum bakar dan sprinlke dengan oregano.

Selamat Mencuba...


Wednesday 28 November 2012

Kue Teow Goreng Pucat


Selamat bekerja pada yang bekerja..selamat berehat pada yang sedang bercuti..selamat berblog pada yang sedang menatap blog..hihi...mukadimah yang selamat..harap dapat menceriakan sape2 yang baca..

entry kali ini tersangatla biasa..kue teow yang saya goreng untuk dinner malam tadi..nama dia kue teow goreng pucat..sebab memang tak leh letak cili banyak..putera2ku tu nanti tak nak makan..haa...walaupun rupa agak malap, namun rasa tetap sedap..sebab guna Maggi Cukup Rasa tu...hehe

nak jugak tempek gambar ni sebagai menyahut seruan dan kata2 pujangga dari Yuna yang saya petik dari blog tak asing lagi..Che Mat Gebu.."di setiap lagu ada gambar"..di setiap gambar mesti ada memori tersendiri..kan..kan..kan..

memori gambar ni terletak kat keropok yang menumpang pinggan yang sama tu ha...sebenarnya saya pun tak pasti sudah berapa  purnama usia keropok tu..saja goreng bila terjumpa tersorok dalam gobok peti ais..haha..rasanya dah lebih setahun kot...(gobok bawah jarang kemas sebab tak boh barang yang perishable sangat)..hihi..

apapun,  harap dapat enjoy gambar tak seberapa ni..untuk sediakan sangat mudah..
cuma tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama cili giling...masukkan fish cake potong..masukkan sayuran, diikuti kue teow 1 paket..tambahkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa..sedikit gula, tomato hiris, pecahkan telur dan gaul lagi hingga masak..

sedikit petua untuk hasil gorengan mi atau kue teow yang tidak putus2 atau hancur, gunakan dua sudip semasa menggoreng..cara ini amat mudah dan tekstur mi yang digoreng akan lebih cantik dan masak sempurna..

Selamat Mencuba


Tuesday 27 November 2012

Maggi Ball in Maggi Mushroom Soup




Selamat bersua kembali..lantaran kebizian kerja tak dapat le hamba nak update dapur nih..tgh2 malam camni je la dapat luang masa jap..namun begitu, tiada alasan untuk tidak menyediakan hidangan untuk keluarga..hmm..memandangkan malam ni mr hubby nak makan ringan2 saja, jadi saya sediakan hidangan rekacipta khas bersama MAGGI yang saya namakan Maggi Ball in Maggi Mushroom Soup...haa...bagaimana terhasil idea ball nih..semestinya disebabkan Piala Suzuki..walaupun pasukan Malaysia berada di tahap yang kurang memberansangkan, sokongan perlu diteruskan..apapun, dalam apa jua perlawanan tiada siapa yang impikan kekalahan bukan??? hihi..

Opps..berbalik pada hidangan rekacipta kali ini, sekali lagi saya tujukan khas untuk MAGGI "GOOD TO GREAT" CAMPAIGN yang dihoskan oleh www.cookingmomster.com.  Sebenarnya, anak2 sudah agak jemu asyik makan cokodok atau cucur standard guna tepung, bawang dan bilis..jadi, saya cuba oleh resepi baru yang menggunakan produk Maggi untuk menghasilkan hidangan yang cepat, mudah, ringkas dan menyelerakan..



Sungguh di luar jangkaan bila anak2 suka terutamanya bila dicicah dengan Sos Tomato Maggi..di luar agak rangup manakala isinya lembut..menggunakan kombinasi kentang, mi Maggi dan serbuk roti nyata memberikan satu kelainan..

Untuk menambahkan seri hidangan, dan rasa yang lebih istimewa, saya telah sediakan Maggi Mushroom Soup bersama Caramelized Onion and Mushroom...hmmm...dihias pula dengan Maggi Ball..hiii..macam gambar paling atas ni..

Mudah betul menyediakan bola2 Maggi ni..janji ada Cukup Rasa, semua lebih mudah dan cepat..


Jom kita tinjau resepi

Bahan-bahan:

A. Maggi Ball

1 paket Mi Maggi direndam dalam air panas
1 biji kentang saiz besar dipotong kecil dan direbus hingga empuk
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar bread crumb

Satukan semua bahan dan bentukkan bulat2, kemudian digoreng dalam pan pada api sederhana hingga garing.

B. Caramelized Onion and Mushroom

1 biji bawang besar
7 biji fresh mushroom putih
Minyak olive

Tumis semua bahan hingga layu dan caramelized.

C.  Maggi Mushroom Soup

1 paket Maggi Mushroom Soup
Air

Kacau semua bahan menggunakan whisk atas api sederhana.


MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.


Sunday 25 November 2012

Fried Bihun with Grilled Beef Cukup Rasa


Alahai..gambar dah post dulu..api citernye pulak yang delay...entry yang satu ni sebenarnya saya sediakan untuk sarapan Ahad lalu..sudah biasa sangat makan bihun goreng yang selalu dimasak guna bahan2 sama...saya suka cipta kelainan..nak tarik minat ahli keluarga untuk makan..hahha..

Jadi, bihun kali ini digoreng dengan kunyit dan di top up dengan daging panggang Cukup Rasa..sedap...daging yang diperap tu beri extra flavor pada bihun goreng yang biasa..

Nak sediakan pun tak susah...secara ringkasnya, bihun digoreng macam biasa ikut style masing..cuma boleh letal kunyit powder ni untuk tambah rasa dan warna..

Untuk daging panggang pula, perap semalaman daging batang pinang denga Maggi Cukup Rasa..panggang dalam pan hingga masak..boleh dihidang bersama bihun dan chili flake untuk rasa pedas..

Selamat Mencuba


MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.




Saturday 24 November 2012

Cheese Baked Maggi Noodle Cukup Rasa


Tarang!!!......nama MAGGI sudah sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia..walaupun MAGGI merupakan Brand Name..tapi orang kita sudah sangat terbiasa menyebut Maggi bila merujuk kepada Mi Segera..membuktikan MAGGI telah berjaya membina empayarnya tersendiri...

Post kali ini sebenarnya saya masukkan khas untuk MAGGI "GOOD TO GREAT" CAMPAIGN yang dihoskan oleh www.cookingmomster.com..camamer boleh terpanggil nak join??? Haaa...memang saya antara pengguna produk2 MAGGI..rasanya tiada yang tak kenal dengan produk-produk jenama MAGGI kan??  So, alang2 dah guna tu boleh share resepi yang menggunakan produk MAGGI nih..selalu dalam entry terdahulu memang saya tak letak brand bahan perisa yang saya gunakan..sebab terpulang pada masing-masing nak guna atau tidak..

Berbalik kepada resepi kali ini, saya mengetengahkan resepi yang ringkas dan mudah..tapi semestinya dengan bantuan MAGGI Cukup Rasa...senang sungguh....cepat lak tuh..sangat sesuai untuk surirumah berkerjaya macam saya ni...banyak menjimatkan masa...tak caya?? Cuba la sendiri...hiii...lagi satu, bila outstation, Maggi Cukup Rasa ni sangat membantu keluarga saya..terutamanya mr hubby..bila nak sediakan sarapan anak-anak, pastinya mudah bila hanya masukkan Maggi Cukup Rasa dalam apa jua hidangan..paling simple sebagai contoh bila menyediakan telur dadar..tak perlu potong bawang dan sebagainya..boleh terus masuk Maggi Cukup Rasa...sesuai sangat untuk my hubby yang tak berapa arif masak...hahaha..tak caya?? Cuba la sendiri...hiii...

Jom kita tengok resepi kali ini...

Resepi:  Recipes of Daily Cooking and Baking

Bahan-bahan:

Sebungkus MAGGI Mi Goreng (terpulang apa perisa)
Air panas
1/2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Cheese mozarella (secukupnya)
1 biji telur
MAGGI Sos Tomato
Oregano
Chilli flake
Parsley

Cara Penyediaan:

Mula2 panaskan oven selama 5 minit.  Rendam MAGGI mi dalam air panas untuk lembutkan.  Satukan mi dengan perencah.  Taburkan juga 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa dan gaul sebati.  Padat2kan mi dalam loyang.  Pecahkan sebiji telur dalam bekas berasingan dan perasakan dengan 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa.  Tuang ke dalam loyang.  Tabur cheese mozarella.  Bakar selama 10 minit atau sehingga permukaan sedikit garing. Hidangkan dengan Maggi Sos Tomato dan mayonis jika suka.  Taburkan juga chilli flakes dan parsley.



 MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.

Wednesday 21 November 2012

Kek Puding Karamel Alunan Kasih


Arghhhh...penatnyer..ngantoknyer...dua malam ni tak berapa tido...baru je sampai rumah dari menjalankan tugas di Kuantan selama 2 hari..alhamdulilah..selesai dengan jaya...rindu dekat dapur yang tak berasap dua hari ni..hihi..nak update resepi kek ni pun baru ada masa..

Apapun, ini merupakan kali kedua saya menyediakan Kek Puding Karamel..atas permintaan anak..cuma kali ni saya buat format alunan kasih pulak..guna resepi sebelum ni yang saya tempek lagi sekali kat entry kali ni..

Bahan A (gula hangus):

2 sudu besar gula
panaskan dalam loyang hingga sedikit hangus dan cair semua, biarkan.

Bahan B (puding karamel):

1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
1 sudu teh vanilla
3 kuning telur
2 biji telur

Semua bahan B disatukan dan dikacau rata.  Tidak perlu pukul terlalu lama kerana adunan akan bebuih dan menghasilkan tekstur gelembung udara bila sudah masak.  Tuangkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A.  Biarkan.

Bahan C (kek):

140 g tepung naik sendiri (asal plain flour plus baking soda)
70 g gula
3 kuning telur
135 ml susu segar (asal guna air)
45 ml minyak
2 sudu besar susu manis

Semua bahan C disatukan dan dikacau hingga sebati.  Ketepikan.


Bahan D (meringue):

6 putih telur
70 g gula
1 sudu teh cream of tartar

Pukul bahan D pada kelajuan sederhana sehingga kembang, lebih kurang 3-5 minit.  Kemudian pukul pada speed perlahan selama 1 minit.

Untuk adunan kek, kaupkan 1/3 bahan D ke dalam adunan bahan C.  Gaul secara kaup balik hingga sebati.  Masukkan 2/3 lagi adunan D secara berperingkat.  Pastikan semua adunan serata.  Bahagkan adunan dan warnakan mengikut kesukaan.  

Lapiskan lapisan pertama kek dengan menabur serbuk koko atau Milo secara serata menggunakan penapis.  Kemudian lapis semula dengan adunan kek dan ulang sehingga habis.

Sebelum itu, panaskan oven.  Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang lagi besar.  Lapik tapak loyang adunan dengan acuan tart agar dasar tidak dimasuki air.  Jika guna loyang tidak berpatri boleh terus letak loyang dalam air.  Pastikan guna air panas.  Kemudian, boleh dibakar selama 1 jam pada suhu 160oC menggunakan api bawah.