Tuesday 30 July 2013

Spesis Kupang Ala Western


Salam Ramadhan..dah kat minggu terakhir kite...tak lama lagi Aidilfitri pule..raya-raya jugak..tapi puasa masih perlu dihayati bersama kan..hihi...itu yang sampai slow je nak update blog kesayangan ku ini..huwaa..

Ini lauk Ramadhan ke berapa pun dah lupa..tersangat la simple..sebenarnya aku pun tak pasti spesis kupang apa ni..tapi bukan lala..jadi aku cuba kekalkan kesegaran makanan laut ni (yang tak bape segar dah masa beli) dengan masak ringkas aje..

Ritu aku ada beli sepasu pokok rosemary..herba Inggeris tu...jadi aku tumis aje bawang putih dgn fresh rosemary yang aku petik sndiri..ditambah dengan fresh thyme yang aku beli..hehe..bau dia..fuhhh...very western gitu..itu je la resepinye..pastu aku letak salt n pepper..siap...dan sedap...

Kacang Buncis Goreng


Alahai..lauk ni simple sangat der..pernah share sebelum ni..so layaan je la ek..kihkih..(malas nak taip le tuh)..

Monday 29 July 2013

Kentang Goreng Bilis Garing


Assalamualaikum...bila dah masuk banyak hari puasa ni dah mati kutu nak masak apa pulak..padahal punye la banyak buku resepi kat rumah..tapi nak match dengan bahan yang ada kat dapur susah juge..so bila tanye en hubby, lauk ni yang dia mengidam..tapi simple sebenarnya sedap dan tak muak bila buat berbuka selepas seharian perut kosong..

Lauk ini aku sediakan macam kat bawah ni ye..

Bahan-bahan:

Kentang (dadu dan goreng)
Bilis (goreng garing)
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (cincang)
Cili api (hiris nipis)
Sos tiram
Sos tomato
Serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

Tumis bawang.  Masukkan sos tiram dalam 2 sudu dan sos tomato dalam 1 sudu. Masukkan kentang dan gaul sebati.  Perasakan.  Masukkan bawang besar mayang jika suka.  Sejukkan sekejap.  Lepas itu baru masukkan bilis garing dan gaul bersama.  Baru bilis tidak lemau.  Selamat mencuba.

Thursday 25 July 2013

Coklat Chips Cookies..

Alhamdulillah..sudah 16 hari kita berpuasa..hmm..terasa semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita..persiapan raya makin rancak..tapi amalan di bulan mulia ni harap kita tidak lupa..insyaallah semua akan dapat ganjaran di akhirat..aamin..

Bercakap pasal biskut raya ni aku bukanlah terer sangat..hihi..suka gak cuba resepi..tapi setakat ni aku lebih suka tengok2 biskut kat kedai yang macam2 kaler dan bentuk..seronok tengok idea-idea baru yang kadang tak terlintas nak buat..mungkin untuk tujuan bisnes, appearence sangat penting bukan..rasa juga tak terkecuali..kadang aku beli gak biskut raya sebab nak cuba..

Buat biskut ni tak macam kek atau roti..perlu komitmen tinggi sebab nak bentuk satu2..dan tunggu lama untuk habis bakar..itu yang kena tunggu masa yang betul2 sesuai untuk mulakan projek biskut raya nih..

Apapun, secara tak sengaja aku dapat resepi coklat chips cookies dari ofismate..sbb senang, so aku nk la try gak buat..sedap..n simple..


Jom kita tengok resepi..

Bahan-bahan:

Untuk ayak:
2 cwn tepung
1/4 cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder

1 1/2 cwn brown sugar
1 cwn butter
1 biji telr
1 sudu kecil vanilla
1 cwn coklat chips

Pukul gula dan butter hingga sebati.  Tidak perlu terlalu lama.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Diikuti tepung dan uli hingga jadi doh.  Bentukkan dan bakar selama 15 minit pada suhu 170oC.

Tuesday 23 July 2013

Red Velvet Cheese Brownies

 Salam 15 Ramadhan...malam ni teraweh dah baca Qunut kan..cepat masa berlalu..pejam celik tido dah nak habis Ramadhan...semoga kita semua dirahmatiNya...aamin..

Semalam aku jalan2 kat blog Spice Journey..ternampak lak kek comel lotey ni..teringin pulak nak mencuba..sebagaimana yang pernah aku ceriterakan sebelum ini, Cheese Cake dan yang seangkatan dengannya bukanlah kegemaranku..sebab pelik tapi benar jugak, aku tak makan cream cheese atau apa2 yang ada terbitan rasa susu...termasuklah soya..hmmm..rugi kan..tapi nak wat camner..dah anak tekak ni takleh telan..rasa semacam aje..kadang2 rasa ralat gak..ye la..aku suka baking tapi cheese cake tak masuk dalam list..hehe..boleh buat tapi nt xde sape nak habiskan...kwang..kwang..

So, berbalik pada cerita Red Velvet Cheese Brownies ni..resepi aku rujuk kat SINI tapi dah modified ikot bahan yang aku ada la..thanks Puan Sheila atas perkongsian resepi yang hebat..mengikut kata hubby yang suka cheese sedap katanya..tapi aku bukan good judges la for sure..


Kat bawah ni pulak resepi yang aku dah modified untuk separuh adunan dan juga menggunakan susu segar instead of sour cream macam yang dinyatakan dalam resepi asal..jom cuba..

Bahan-bahan brownies:

125g butter dan 1/4 cwn minyak dicairkan bersama secara double boil
Satukan dan ayak:
1 sudu besar cocoa powder
1 cwn tepung kek (boleh beli kat kedai bakery)

1 biji telur
1/2 cwn gula kaster
1/2 sudu teh vanilla

Gaul bersama:
1/2 sudu teh pewarna merah
100ml susu segar

1/2 sudu teh lemon juice @ cuka
 1/2 sudu teh soda bicarbonate
(bancuh immediately sebelum masuk dalam adunan kek)

Cara Penyediaan:

Pukul sebati gula dan telur.  Masukkan vanilla.  Diikuti bancuhan susu dan tepung secara selang seli.  Sudahi dengan tepung.  Masukkan bancuhan soda dan jus lemon dan gaul cepat.  Terus bakar pada suhu 170 selama 15 minit.

Bahan Cream Cheese Topping:
350 g cream cheese
1 cwn gula aising
 1 biji telur
1 sudu besar lemon juice

Pukul sebati cream cheese yang telah dilembutkan.  Masukkan gula.  Pukul lagi. Masuk telur dan pukul sebati.  Akhir sekali masukkan  lemon juice.

Bila kek telah separuh masak, tuangkan cream cheese ke atas kek.  Corakkan kek mengikut kegemaran. Bakar lagi hingga kek masak selama 15-20 minit lagi.  Cover loyang kek dengan aluminium foil untuk dapatkan hasil yang cantik.  Selamat mencuba.

Wet Butter Prawn

Assalamualaikum..bertemu lagi..Ramadhan semakin berlalu..Syawal semakin menjelma...semoga puasa kita diterima Allah s.w.t hendaknya..aamin..

Masak apa semua tu?  Hari2 mesti pikir nak masak apa untuk buka puasa..nak masak sendiri ke? Nak masak kat Bazar Ramadhan ke? Nak masak kat fast food restaurant ke? Atau nak recycle lauk semalam aje..heheh...atau buka kat masjid saja...

Walau apa pun cara, yang penting apa yang kita makan tidak memudaratkan kesihatan..ehem..macam nak bagi ceramah kesihatan pulak rasanya..diri sendiri pun tak ikot rules sangat..main bedal ikot tekak je..haha..

Bukan apa, untuk resepi kali ni aku cuba guna bahan yang sihat sikit..

Sebelum tengok resepi..nak tanya sikit..sape suka atau peminat tegar udang?  Haa..angkat tangan...!!..

Hiii...agaknya ramai ke yang tak suka seafood ni ek..ermmm..tu la..aku ni memang suka makan udang..tapi kan, tiba2 masa pregnant anak sulung dulu aku jadi "benci" ngan udang ni..hatta udang kering sekalipun..tak tau nape..pendek kata pantang bau atau tengok..pelik tapi benar..kuasa Allah..tapi nasib baik bila dah habis berpantang aku jadi "normal" balik..hehe..korang jugak mesti ada macam2 citer pelik masa pregnant kan..

Dah la tu..jom kita tengok resepi pulak..resepi ni ringkas, cepat, mudah tapi sangat lazat...cuba dulu baru tau...haaaa

Bahan-bahan:

Udang segar
Daun kari
4 ulas bawang putih cincang
Cili api potong halus
Butter dan minyak jagung/ olive oil untuk menumis 
Tepung jagung
Susu cair
Chicken stock
Pepper

Cara Penyediaan:

Bersihkan udang dan gaulkan dengan sedikit tepung jagung.  Goreng sekejap dalam minyak banyak dan panas.  Dalam 2 minit je.  Angkat dan toskan.  Dalam kuali lain, cairkan butter dan minyak.  Bila panas, masukkan daun kari, diikuti dengan bawang putih serta cili api.  Tumis hingga sedikit garing.  Masukkan udang dan susu cair.  Perasakan dengan serbuk chicken stock, white pepper, gula dan garam.  Masak sebentar. Jangan terlalu lama kerana udang akan keras.  Selamat mencuba.



Ramadhan ke berapa ye..Kacang Buncis Goreng Telur

Salam Ramadhan...hummm..hajat hati nak update menu masak hari-hari sepanjang Ramadhan ni..nampak gayanya tak kesampaian jugak..aduhai..masa sangat mencemburui aku..haha..itu la kan..
 Camaner pun aku cuba gak motivate diri sendiri..mengikut keupayaan diri juga la..dan tahap kepenatan setiap hari..Alhamdulillah..Allah masih beri kekuatan untuk aku terus berkongsi apa yang aku masak dari dapur aku nih..kadang-kadang tu aku memang masak, tapi simple sangat jadi macam tak syok nak upload kan..contoh entry ni la..haha...apapun, mungkin berguna lauk simple ni untuk rujukan anak-anak bujang aku (buat masa ni la..heheh)..esok-esok..insyaallah...

Bila tengok blog kawan-kawan lain yang sangat aktif rasa semangat la jap..tapi mungkin agak susah dibandingkan antara fulltime blogger dengan part time macam aku ni..terikat dengan tugasan harian yang lebih utama..dan keluarga semestinya..tapi full time blogger ni la yang banyak memberi insprasi pada blogger suam2 kuku macam aku nih..kadang tu aku sangat salute, kagum dan respect dengan kejayaan dan  pencapaian diaorang..insyaallah mungkin bila dah pencen bila2 (lambat lagi tu) aku pun berpeluang ikut jejak mereka yang dah tersohor..contoh macam Kak Azlita Masam Manis, Mat Gebu Tiffin Biru, Spice Journey dan ramai lagi yang tidak tersebut di sini..tahniah pada semua...:) Teruskan berkarya dan memberi inspirasi..

Panjang lak bebel aku hari ni..tengah ringan tangan...haha..jom la tengok sikit resepi simple lagi ringkas kot nak cuba...layaann..

Bahan-bahan:

Kacang buncis potong
3 ulas bawang putih cincang
1/2 labu bawang besar mayang
1 sb cili boh
1 biji telur
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara Penyediaan:

Tumis bawang dan cili hingga naik bau.  Masukkan kacang. Diikuti telur dan kacau hingga telur jadi scramble.  Perasakan.  Tambah air sedikit untuk sebatikan rasa.  Selamat mencuba.

Saturday 13 July 2013

3 Ramadhan: Pulut Kuning dengan Serunding


Selamat Berpuasa semua..menjadi kegemaran aku sentiasa makanan berasaskan pulut...puasa2 ni tekak teringin lak nakn makan pulut cecah serunding..jadi aku tanak sikit je la untuk sendiri makan memandangkan husband tak bape minat..hehe..bahan-bahan tak perlu citer la eh..biasala..senang punye kaedah..aku tanak dalam rice cooker je..terus masuk santan, garam, serbuk kunyit sikt dengan daun pandan..cuma make sure air yang tidak terlebih supaya pulut masak sebiji-sebiji dan tidak lembik..selamat mencuba...

3 Ramadhan: Sandwich Sardin Cili Api untuk sahur


Haaa...jumpa lagi..walaupun masa untuk mengupdate blog ni semakin terbatas, sedaya upaya aku cuba jugak luangkan masa..maklum ler..fulltime keja kat ofis..fulltime housewife jugak..hahah...busy 24 jam rasanya..wokey lah...untuk entry yang super simple ni aku sediakan sandwich sardin je untuk sahur..letak cili api hiris halus untuk ada kesan letupan gitu dalam mulut..heheh...yang lebih2 boleh anak2 makan untuk breakfast kan..chow...

Ikan Merah Masak Acar


Hai...actually lauk ni dah lama masak..cuma tertinggal lak nak upload..antara cubaan masak pertama kali untuk lauk rekaan semata2 ni..sebab dah takde idea nak masak apa..tapi masa tu teringin nak makan ikan punye lauk..so, jadi la camni..tapi sedap je aku rasa..sebab aku ni tak bape minat lauk yang bersantan..selain sup, mungkin uols boleh cuba lauk ni kan...jom layan resepi kat bawah ye:

Bahan-bahan:

Ikan merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih cincang
2 biji tomato

Cara Penyediaan:

Mula2 tumiskan bawang.  Masukkan bahan-bahan lain termasuk tomato.  Bila garing sikit masukkan ikan.  Tambah air dan perasakan.  Sedia dihidang..

Thursday 11 July 2013

2 Ramadhan..Buka puasa dengan Laksa Nyonya..

  
Selamat Berpuasa..hari kedua buka puasa malam tadi aku sediakan Laksa Nyonya yang jadi faberet encik husband..cuma tak cukup bahan sikit..tauhu ngan fish cake dan kacang panjang...jadi aku ganti ngan kentang aje ler..hehe..Jom tengok resepi la..

Bahan-bahan:

1 labu bawang besar
1 labu bawang merah saiz sederhana
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
3 sudu besar cili giling
1 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
(kesemua di atas diblender)
 Udang segar (jika nak)
Ayam potong dadu
1 kotak santan Ayam Brand
Fish Cake hiris nipis
Fish ball
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping

Cara Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.  Masukkan ayam/ daging.   Bila sedikit empuk, boleh masuk asam keping, daun kesum, bunga kantan dan fish ball, fish cake bagai..masukkan air je dulu sementara semua bahan sebati.  Last sekali masuk santan dan masak lagi. Perasakan dengan garam, gula dan chicken stock.  Masuk kacang panjang.  Sedia dihidang bersama daun ketumbar, telur rebus dan ulaman yang disukai.  Selamat mencuba.
 

2 Ramadahan..Sahur Nasi Goreng Cendawan


2 Ramadhan..sahur biasa saja..nasi goreng cendawan..keropok dan dessert Pavlova..heheh..

Wednesday 10 July 2013

Gulai Telur


Ini lauk express masa takde bahan nak masak..hihi..tapi serius sedap dan tidak muak...menggabungkan telur puyuh dan telur ayam..jom cek resepi..

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Kunyit hidup
Halia
Serai
Santan/ susu cair
Lobak merah

Cara Penyediaan:

Tumiskan bawang, kunyit dan halia.  Masukkan serai.  Kemudian diikuti santan.  Masukkan telur dan lobak.  Asam keping untuk seimbangkan rasa.  Masak hingga mendidih dan perasakan.


SELAMAT BERPUASA

1 Ramadhan..menu buka puasa Rendang Ayam..


Assalamualaikum dan salam Ramadhan..permulaan puasa tahun ini dimulakan dengan hidangan rendang ayam..macam nak raya pulak..hahah...memandangkan 1 Ramadhan jatuh pada hari bekerja, tak sempat aku nak beli bahan2 lain..so aku hentam je la apa yang ada dalam peti ais..jadila rendang ayam berkuah ni..nak tengok resepi? Jom...

Bahan-bahan:

Ayam
Serai (mayang)
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
Halia
Kunyit
Kerisik
Air asam jawa
Santan
Cili giling
Kentang (rebus asing untuk kekalkan shape)

Cara Penyediaan:

Kisar semua bahan tumis.  Tumis hingga garing dan naik bau.  Masukkan ayam dan biar sedikit kecut.  Masukkan santan dan perasakan.  Masak hingga kepekatan yang digemari.  Selamat Mencuba.