Showing posts with label DONUT. Show all posts
Showing posts with label DONUT. Show all posts

Friday, 9 November 2012

Sweet Potato Donut


Salam sayang buat semua..beberapa hari tidak ke udara rasa janggal pulak..Hari ini saya cuba olahkan sesuatu dari ubi keledek yang ada di dapur.  Masa beli tu plan nak buat cek mek molek..tapi bila memikirkan kuih tu agak berminyak, maka saya tukar plan buat donut.  Tak sangka rasa nya sangat istimewa.  Tekstur lembut dan gebu, warna cantik sebab guna keledek oren, rasa lemak2 ubi keledek yang digunakan..ada yang di salut gula saja dan ada yang saya tabur susu pekat dengan sunflower seed..sangat sedap dijamah bersama kopi o panas..ujan2 begini lagi sedap..hihi..apapun, jom kita tinjau resepi yang saya perolehi dari mykitchensnippets di SINI.  Tapi mestilah dengan pengubahsuaian oleh saya..

Resepi Asal Donut: www.mykitchensnippets.com

Resepi Olahan Semula: Recipes of Daily Cooking and Baking

Bahan-bahan:

3 cawan tepung roti
1/2 cawan tepung kek
1 biji telur
3/4 cawan susu suam
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
7 g (1 sudu besar) yis segera
150 g keledek lenyek
1/2 sudu kecil vanilla

Cara Penyediaan:

Dalam gelas, satukan yis dan susu suam.  Tambah 1 susu gula.  Biar yis naik selama 10 minit.  Sementara itu, satukan semua bahan kering dan keledek lenyekdalam satu bekas dan gaul rata.  Buat lubang di  tengah-tengah.  Tuangkan bancuhan yis, telur, vanilla dan minyak.  Perlahan-lahan gaul rata adunan dan uli sehingga lembut dan tidak melekat pada bekas.  Rehatkan doh selama 45 minit. Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentukkan donut dan rehatkan sekejap selama 10 minit.  Goreng pada api perlahan hingga kekuningan.  Selamat Mencuba..







Monday, 15 October 2012

Cinnamon Glazed Doughnut

Balik dari kampung malam tadi, Suri sempat siapkan satu adunan donut.  Buat pun sebab terdengar suara2 kecil dan besar minta donut masa dalam kereta on d way dari kampung..hmm..memandangkan semua bahan ada, jadi Suri terus buat donut nih..nak menguli, membentuk dan menggoreng ambil masa sikit je pun...sambil2 kemas rumah dan siapkan dinner..siap jugakla kuih satu ni..cuma kali ni Suri cuba satu lagi resepi donut dari mykitchensnippets yang nampak macam best jer..tapi ada la jugak diubahsuai..hihi..hasilnya sangat la lembut..ala2 Big Apple punye tekstur (perasan kot ni)..dah lama cari resepi camni sebab nak topping nanti baru sedap..cuma next time Suri nak buat topping dan glaze yang lebih sikit dan pelbagai..jom kita tengok resepi..

Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Sumber: www.mykitchwnsnippets.com

Bahan-bahan:

3 cawan tepung top
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula kaster
1 biji telur grade A
3 sudu besar minyak jagung (ubah la ni..asal guna butter ye)
1 sudu kecil vanilla
7 g yis
3/4 cawan susu segar suam

Cara penyediaan:

Mula-mula buat sponge dough dulu dengan mencampurkan susu, yis dan sesudu tepung. Biar naik dalam 10 minit.  Sementara itu, dalam bekas lain, satukan dan ayak tepung dengan bahan kerng yang lain.  Kemudian, buat well di tengah...pecah dan pukul lembut je telur..tuangkan minyak..vanilla..dan adunan sponge dough tadi..kacau rata dulu..lepas tu baru dikacau bersama bahan kering di sekeliling well tadi..sikit2 dan perlahan-lahan hingga semua bahan bercampur sebati..pakai sudu atau sudip je..setelah itu boleh la diuli adunan sehingga lembit dan tidak melekat pada bekas..around 15-20 minutes gitu...lepas tu macam biasa, tutup bekas dengan tuala lembab..biar naik 2x ganda dalam masa 45 minit..buang angim doh dengan tumbuk2 sikit..uli doh dan canai...terap dengan acuan donut...letak donut dalam tray yang telah ditabur sedikit tepung..biar naik semula dalam 20 minit..kemudian goreng dengan api kecil..balik2kan selalu supaya tidak hangus dan donut masak serata...haaa...dah siap..boleh digaul dengan gula atau apa jua glaze yang digemari..kat sini Suri guna sugar glaze biasa je dan ditabur cinnamon sikit..sedap bagi yang sukakan cinnamon..heheh..

Sugar glaze:

3 cawan gula ising (ayak)
3 sudu air
Setitik vanilla

Panaskan bahan di atas pada api kecil hingga larut dan tidak berketul.  Celupkan donut masa glaze masih suam.


Permukaan dan tekstur dalam donut yang sangat gebu dan halus..ada beza rupanya jika guna top flour..




Wednesday, 26 September 2012

Donut


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

150 g tepung roti
50 g tepung kek
1 biji telur
20 ml air suam
2 sudu besar gula
30 g water roux
5 g yis
2 sudu susu tepung
30 g minyak jagung Daisy
¼ sudu teh bread improver
¼ sudu teh Pelembut donut
Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 100 ml air dengan 20 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadi kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentuk donut guna acuan. Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Boleh digoreng pada api kecik..donu cepat hangus, kawalan api penting sangat.  Bila dah masak boleh salut ngan gula..