Showing posts with label MI. Show all posts
Showing posts with label MI. Show all posts

Friday, 22 February 2013

Bihun Goreng Udang aje..heee


Huhu..minum petang ngan bihun goreng udang ajer petang nih..balik keja terus masak sebab 
anak-anak dah lapar..walaupun kepenatan demi anak2 mak mana yang tak sanggup kan..makan dengan kopok keping..sedap dan kenyang..ni dah macam dinner jugak la kan...guna resepi biasa kampung2 je...tambah kicap cair untuk perasa..yang lain macam biaso...:)


Monday, 18 February 2013

Mi Kari Kentang Goreng



Dinner malam tadi..mi kari makan ngan kentang goreng tepung..erk...cuba dulu baru tahu..sedap beb..instead of bubuh kentang dalam kuah, aku goreng kentang celup tepung...rangup gitu..cuma tertinggal sawi celur ngan cili potong pulak masa makan..haha..dah habis baru perasan ha..

Resepi biasa saja...macam episod terdahulu..(kes malas nak taip la tuh...haha...)

Saturday, 9 February 2013

Mihun Goreng Cili Api



Selamat Bercuti..Selamat Tahun Baru Cina..selamat balik kampung..selamat tak balik kampung juga pada yang stay je kat bandor...hihi..sama la kiter...jem dooh..

So, sempena ujung minggu yang agak panjang nih..macam2 la xtiviti yang dah aku rancang..memasak makanan kegemaran dan mencuba resepi baru semestinya wajib..ni je la masa untuk fokus sikit pada hidangan yang berat sikit..kalau weekdays tu tak dapat der...

Apapun, pagi ni aku paparkan menu biasa aje la..mihun goreng..cili api tuh kasi terangkat sikit pagi2..bia segar kan..haha..resepi macam biasa je..segan nak share..cuma ini aku letak daging untuk perasakan..enjoy..


Tuesday, 22 January 2013

Bihun Goreng Putih



Menu biasa saja untuk dinner..mudah, cepat, ringkas..haa..bihun goreng ler...side dish tu baki keropok leko yang aku beli masa outstation ada lagi dalam peti ais..elok je..makan ngan bihun ni sedap je..hihi..enjoy..



Wednesday, 28 November 2012

Kue Teow Goreng Pucat


Selamat bekerja pada yang bekerja..selamat berehat pada yang sedang bercuti..selamat berblog pada yang sedang menatap blog..hihi...mukadimah yang selamat..harap dapat menceriakan sape2 yang baca..

entry kali ini tersangatla biasa..kue teow yang saya goreng untuk dinner malam tadi..nama dia kue teow goreng pucat..sebab memang tak leh letak cili banyak..putera2ku tu nanti tak nak makan..haa...walaupun rupa agak malap, namun rasa tetap sedap..sebab guna Maggi Cukup Rasa tu...hehe

nak jugak tempek gambar ni sebagai menyahut seruan dan kata2 pujangga dari Yuna yang saya petik dari blog tak asing lagi..Che Mat Gebu.."di setiap lagu ada gambar"..di setiap gambar mesti ada memori tersendiri..kan..kan..kan..

memori gambar ni terletak kat keropok yang menumpang pinggan yang sama tu ha...sebenarnya saya pun tak pasti sudah berapa  purnama usia keropok tu..saja goreng bila terjumpa tersorok dalam gobok peti ais..haha..rasanya dah lebih setahun kot...(gobok bawah jarang kemas sebab tak boh barang yang perishable sangat)..hihi..

apapun,  harap dapat enjoy gambar tak seberapa ni..untuk sediakan sangat mudah..
cuma tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama cili giling...masukkan fish cake potong..masukkan sayuran, diikuti kue teow 1 paket..tambahkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa..sedikit gula, tomato hiris, pecahkan telur dan gaul lagi hingga masak..

sedikit petua untuk hasil gorengan mi atau kue teow yang tidak putus2 atau hancur, gunakan dua sudip semasa menggoreng..cara ini amat mudah dan tekstur mi yang digoreng akan lebih cantik dan masak sempurna..

Selamat Mencuba


Sunday, 25 November 2012

Fried Bihun with Grilled Beef Cukup Rasa


Alahai..gambar dah post dulu..api citernye pulak yang delay...entry yang satu ni sebenarnya saya sediakan untuk sarapan Ahad lalu..sudah biasa sangat makan bihun goreng yang selalu dimasak guna bahan2 sama...saya suka cipta kelainan..nak tarik minat ahli keluarga untuk makan..hahha..

Jadi, bihun kali ini digoreng dengan kunyit dan di top up dengan daging panggang Cukup Rasa..sedap...daging yang diperap tu beri extra flavor pada bihun goreng yang biasa..

Nak sediakan pun tak susah...secara ringkasnya, bihun digoreng macam biasa ikut style masing..cuma boleh letal kunyit powder ni untuk tambah rasa dan warna..

Untuk daging panggang pula, perap semalaman daging batang pinang denga Maggi Cukup Rasa..panggang dalam pan hingga masak..boleh dihidang bersama bihun dan chili flake untuk rasa pedas..

Selamat Mencuba


MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.




Saturday, 24 November 2012

Cheese Baked Maggi Noodle Cukup Rasa


Tarang!!!......nama MAGGI sudah sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia..walaupun MAGGI merupakan Brand Name..tapi orang kita sudah sangat terbiasa menyebut Maggi bila merujuk kepada Mi Segera..membuktikan MAGGI telah berjaya membina empayarnya tersendiri...

Post kali ini sebenarnya saya masukkan khas untuk MAGGI "GOOD TO GREAT" CAMPAIGN yang dihoskan oleh www.cookingmomster.com..camamer boleh terpanggil nak join??? Haaa...memang saya antara pengguna produk2 MAGGI..rasanya tiada yang tak kenal dengan produk-produk jenama MAGGI kan??  So, alang2 dah guna tu boleh share resepi yang menggunakan produk MAGGI nih..selalu dalam entry terdahulu memang saya tak letak brand bahan perisa yang saya gunakan..sebab terpulang pada masing-masing nak guna atau tidak..

Berbalik kepada resepi kali ini, saya mengetengahkan resepi yang ringkas dan mudah..tapi semestinya dengan bantuan MAGGI Cukup Rasa...senang sungguh....cepat lak tuh..sangat sesuai untuk surirumah berkerjaya macam saya ni...banyak menjimatkan masa...tak caya?? Cuba la sendiri...hiii...lagi satu, bila outstation, Maggi Cukup Rasa ni sangat membantu keluarga saya..terutamanya mr hubby..bila nak sediakan sarapan anak-anak, pastinya mudah bila hanya masukkan Maggi Cukup Rasa dalam apa jua hidangan..paling simple sebagai contoh bila menyediakan telur dadar..tak perlu potong bawang dan sebagainya..boleh terus masuk Maggi Cukup Rasa...sesuai sangat untuk my hubby yang tak berapa arif masak...hahaha..tak caya?? Cuba la sendiri...hiii...

Jom kita tengok resepi kali ini...

Resepi:  Recipes of Daily Cooking and Baking

Bahan-bahan:

Sebungkus MAGGI Mi Goreng (terpulang apa perisa)
Air panas
1/2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Cheese mozarella (secukupnya)
1 biji telur
MAGGI Sos Tomato
Oregano
Chilli flake
Parsley

Cara Penyediaan:

Mula2 panaskan oven selama 5 minit.  Rendam MAGGI mi dalam air panas untuk lembutkan.  Satukan mi dengan perencah.  Taburkan juga 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa dan gaul sebati.  Padat2kan mi dalam loyang.  Pecahkan sebiji telur dalam bekas berasingan dan perasakan dengan 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa.  Tuang ke dalam loyang.  Tabur cheese mozarella.  Bakar selama 10 minit atau sehingga permukaan sedikit garing. Hidangkan dengan Maggi Sos Tomato dan mayonis jika suka.  Taburkan juga chilli flakes dan parsley.



 MAGGI “GOOD TO GREAT” CAMPAIGN
**************************************************************************************************
HOW TO JOIN & SUBMIT?
1. Anyone who loves to cook are entitled to join.
2. Prepare a dish with your own creation using any of the Maggi Culinary Solutions products.
3. Take a picture of it and share the recipe in your blogs using any of the Maggi Culinary Solutions products.
4. Tell us your experiences / testimonials and how Maggi products played an important role in your daily lives.
5. Post it up in your blog between 6th November till 6th December’12. Post as many entries as you like.
6. Submit your blog post to this email address : cookingmomster@gmail.comwith email subject: MAGGI “Good To Great” Campaign and with the following details before 6th December’12.
Name / Nickname :
Permanent Link / Blogpost URL :
Name of the Dish:
Attached the photo of the dish with not more than 500KB
*************************************************************************************************
RULES & REGULATIONS :
1. Readers must use any of the MAGGI Culinary Solutions range of products ( i.e: Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.
2. One winner will be chosen at the end of the contest with the most creative recipe and posting.
**************************************************************************************************
THE PRIZE :
1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500
2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif
Join in the fun and start creating delish creative recipes using Maggi products. Spread the words and inform all your family, relatives and friends to join Maggi ” Good To Great ” Campaign.

Tuesday, 23 October 2012

Curry Noodle

Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1/2 labu bawang besar cincang
2 ulas bawang putih cincang
1 inci gula melaka
2 sudu besar curry paste
rempah tumis (bunga lawang, pelaga, kayu manis etc.)
Daun kari
1 cawan santan Ayam Brand
1 cawan susu cair
Ayam
Tauhu 
Telur rebus
Sayur

Cara penyediaan:


Tumis kan bawang cincang bersama rempah tumis.  Bila sudah layu, masukkan pula rempah kari (bancuh dengan sedikit air).  Diikuti daun kari.  Tumis hingga sedikit garing. Kemudian masukkan ayam dan bahan lain yang disukai.  Diikuti sayur kubis dan carrot.  Masukkan sedikit air diikuti santan.  Masak hingga naik bau dan mendidih.  Kemudian, masukkan tauhu goreng.  Masukkan pula santan dan perasakan kuah kari.  Matikan api dan perahkan limau untuk seimbangkan rasa.  Sebelum hidang, celur mi kuning supaya lembut.  Boleh dihidang dengan telur rebus, cili potong dan daun ketumbar.  Selamat mencuba..




Tuesday, 16 October 2012

Spaghetti Goreng Bercili


Cak!!!  Haaa...masak spaghetti lagi..kali ini kasi pedas sikit..jadi ala2 kampung pulak..tapi resepi ini memang menjadi feveret keluarga Suri..tidak muak..jom la cek resepi senang nih..

Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

10 - 15 biji fresh button mushroom (separuh dihiris nipis, separuh dicincang/dadu)
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
1 biji lada capsicum/benggala didadu halus
Udang basah /seafood (jika suka)
Thyme dan oregano
Garam dan pepper
Olive oil (kalau guna minyak lain kurang sedap dan kurang Italionooo)
Chili flakes

Cara Penyediaan:

Tumiskan bawang hingga layu.  Masukkan cendawan cincang dan layukan bersama bawang.  Biar caramelize gitu.  Baru masuk oregano dan thyme.  Diikuti seafood dan cendawan hiris, capsicum.  Masukkan spaghetti yang telah dicelur/rebus hingga 80% masak.  Gaul sebati hingga meresap dalam spaghetti.  Perasakan dengan garam dan pepper.  Last sekali tabur daun ketumbar dan chili flakes untuk rasa pedas.  Sedia dihidang.  Selamat mencuba.



Saturday, 6 October 2012

Bihun Goreng Di Raja

Sumber: resepiharihari.blogspot.com


Apa hal la pulak jadi bihun di raja kan..sebab kaler kuning je..haha..bosan gak asek merah je..lagipun budak2 takleh makan letak cili..asek komplen manjang.  Cuma kali ni saya letak kerang dalam bihun ni..sebab kalau buat sambal asing takut tak habis...simple untuk sarapan dan sepanjang hari..

Bahan-bahan:

Bihun (Suri guna PAMA sebab tekstur ok)
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kerang
Telur (Scramble)
Serbuk kunyit
Garam gula
Kicap Cair
Sos tomato
Kubis
Kucai

Macam biasa, tumis bawang..masukkan kerang.  Tumis hingga sedikit garing.  Kemudian boleh dimasukkan sayur kubis.  Diikuti dengan bihun yang telah dibasuh dan serbuk kunyit.  Tambah air untuk lembutkan bihun.  Masukkan kicap, sos tomato, garam dan gula.  Akhir sekali masuk telur scramble dan sayur kucai.



Thursday, 4 October 2012

Mi Goreng FT Island

Mi Goreng FT Island??? Kenapa FT Island?  Pulau ke tuh...hmmm...pada yang minat dan mengikuti KPop mesti tahu kan..hehe..kenapa pulak tiba2 saya letak nama ni..padahal mi goreng biasa je kan..sebenarnya masa nak post entry ni saya  tertengok KPop Chart kat tv..lagu macam ala2 lagu tradisional Melayu..masa tu xperasan Lee Hong Ki yang nyanyi..bila tengok, FT Island punye lagu baru daa...mata pun terpacak kat tb sekejap..dah tu sudahnya nama Mi Goreng FT Island pulak jadinya..walaupun tiada kena mengena dengan mi nih..kiiiiihhh..  Sebenarnya saya ingat nak baking, tapi badan dah tak larat..memandangkan budak-budak dah bising, hmm..masak la makanan faveret diaorang..sure xleh pedas langsung la..thats why tiada langsung unsur2 cili kan..hihi..masak juga walau penat camne pun..sebab akan jadi terapi kepada diri saya sendiri..kiranya stress2 kat ofis tu boleh reda sekejap..harap permulaan hari esok akan lebih baik dan bersinar..

Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1/2 kg mi kuning
1/2 labu bawang besar cincang
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap manis
Udang, fishball
Tomato 
Sos tomato
Kubis
Daun kucai
Telur

Cara-cara:

Tumis bawang hingga garing.  Masuk fishball, diikuti udang.  Masukkan pula kubis.  Masak sekejap.  Masukkan mi kuning, kicap dan perasakan dengan garam gula.




Monday, 1 October 2012

Mi Segera Bijan

Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Hari ni kena celoteh dulu la..sebab masak mi segera je kan..tapi yang ni tak jadi segera sangat...sebab kena tumis bawang dulu, masuk udang, sayur bagai..last pecah telur dan hidang dengan hirisan cili api..memang terangkat..lagi2 kalau dah lama tak makan..hihi..itu je la resepi simple..sebenarnya penat sangat hari ini sampai tak larat nak masak..jadi ini je la hasilnya..harap dapat menghiburkan hati semua..tata..




Friday, 28 September 2012

Laksa Penang


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 kg laksa (saya guna yang basah, jadi tak perlu rebus lama2, Cuma celur je)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 bunga kantan
Segenggam daun kesum
2 keping asam
Cili boh
10 ekor ikan sardine/ selayang (rebus dengan garam dan asam keeping)
Gula
Garam

Cara-cara:

Kisar bawang, ikan rebus.  Dalam periuk, leburkan aje bahan kisar, cili boh, bunga kantan, daun kesum dan air. Rebus hingga sebati rasa bahan2 yang dimasukkan.  Perasakan dengan garam dan gula.



Friday, 7 September 2012

Bihun Muhibah



Sumber Resepi:  resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan Bihun:

¼ paket bihun
4 garlic
½ labu bwg besar
Fishball
Sotong
Lada hitam
Chicken stock
Garam, gula

Bahan-bahan Udang:

3 ekor udang besar
2 garlic
Lada hitam
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis bawang hingga sedikit garing. Masukkan fishball dan sotong.  Kemudian kubis.  Bila sotong dah masak, masuk bihun dan sedikit air.  Perasakan.  Untuk udang pula, tumis garlic cincang, lada hitam.  Masukkan udang, air sedikit dan perasakan.  Masak hingga udang masak dan ada kuah sedikit.

Celoteh Suri:

Hmm..meriah sungguh Suri tengok bihun nih..tu yang letak nama muhibah.  Maklum ler, kita kan baru lepas sambut merdeka.  Sebenarnya bihun ni putih je kaler, tapi rasa sedap bila makan ngan udang besar-besar tuh..  Suri jarang masak pedas-pedas sebab kana-kanak riang nanti takleh makan. Heee….jangan tak cuba ye..Haa..pekena dengan ribena strawberry kat bawah ni lagi sedap..Eh...mana gambar udang nye..






Monday, 3 September 2012

Kue Teow Sempoi


(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Sumber Resipi: resepiharihari.blogspot.com


Bahan-bahan:

1 kg kue teow
1/2 labu bawang besar-dadu halu
5 ulas bawang putih- cincang
Fishball/ fishcake
Udang-isinya
2 biji telur
Sayur kubis
Daun kucai
Daun ketumbar
Kicap cair dan kicap manis
Gula garam
Chicken stock
Minyak untuk menumis

Cara Masak:

Tumis bawang hingga sedikit garing pada api besar. Masuk fishball dan udang.  Kemudian kue teow dan kubis.  Perasakan dengan kicap dan gula, garam, chicken stock. Akhir sekali masuk telur dan sebatikan.  Siap.

Tips Masakan:

Resepi ini ringkas dan sangat mudah disediakan.  Penggunaan bahan perasa pada kadar yang tepat menghasilkan rasa yang sedap.  Boleh garnish dengan daun ketumbar, perahan limau dan taburan bawang goreng.
Masa Memasak: 20 minit.

Celoteh Suri:

Alahai kue teow..kalau ada udang besar ngan kerang lagiii sedap..


Saturday, 1 September 2012

Mi Segera Goreng Kari Letup

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com



Bahan-bahan:

1 bungkus Maggi Kari Letup
1/2 biji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih- cincang
1 biji telur
Sayur ikut kesukaan
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

Tumis bawang pada api sederhana.  Kemudian masukkan ayam/daging/sotong/udang jika suka.  Tunggu hingga masak sikit.  Masuk mi segera.  Perencah dan air cukup untuk melembutkan mi sahaja.  Kemudian pecah telur dan scramble kan sikit. Masuk sayur.  Tutup api bila mi sedikit kering dan masak.  Boleh hidang.

Masa Memasak:

10 minit


Celoteh Suri:

Resepi ini all time favourite yang sangat ringkas, cepat tapi sedap.  Cubalah.