Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts
Saturday, 12 January 2013
Saturday, 29 December 2012
Red Velvet Cake yang comot..erk!!!!
Alahai..hari ni baru update resepi??? erk...gambar dah siap post lama..hihi..sebenarnya kek ni aku sediakan sempena birthday adik yang trut bertandang ke rumah dengan all my other family members..RV comot momot ni terhasil disebabkan aku mengejar masa..haha...yang dalam cup tu lagi la..tak sempat mekap pun...
Gambar yang ni pulak ambik lepas potong..maafkan finishing yang tak bape nak finish tu ye..memang tak finish pun..patutnya lepas crumb topping tu kena la sejukkan dulu kasi senang la nak deco pastu..ini tarak..aku terus lenyek je cream cheese frosting tuh..sebab tu la sememeh aje..
Apapun, tekstur kek ni gebu dan lembut..tapi aku ada letak walnut..jadi ada kesan yang tak smooth la sebab walnut terselit2 kat dalam kek..hihi..
Resepi ni aku refer kat joy of baking tuh..next time nak buat yang cantik sikit..insyaallah..
Sumber Resepi: www.joyofbaking.com
Bahan-bahan:
250g self raising flour
1/2 tsp salt
2 tbsp cocoa powder
Combine these ingredients and sieve.
Dalam bekas lain, satukan 250ml buttermilk dan 2 tbsp pewarna merah. Ketepikan.
Dalam bekas lain juga, pukul 1/2 cup unsalted butter hingga kembang. Masukkan 11/2 cup gula. Beat lagi 2-3 minit. Masukkan 1 tsp vanilla. Diikuti 2 biji telur A satu persatu.
Masukkan buttermilk berselang-seli dengan campuran tepung di atas.
Dengan cepat, masukkan campuran 1 tsp cuka kepada 1 tsp baking soda ke dalam adunan dan gaul guna spatula. Terus dibakar pada suhu 170oC selama 35-45 minit.
Untuk cream cheese frosting:
200 g cream cheese
1 cup unsalted butter
1 cup gula icing
1 tsp vanilla
Pukul semua bahan hingga lembut dan creamy. Boleh adjust bahan ikut kesukaan tekstur yang diingini. Selamat mencuba.
Monday, 12 November 2012
Puteri Ayu
Woww..salam semua..jumpa lagi..hari ni pagi2 nak g kerja keta dah buat hal..enjin dok krek ek ek saja..tak hidup la awak..hummm..jam dah kol 8 lebih..masuk kije 8.30..ayyaa..dah la ada meeting urgent kol 9.30..nak buat preparation lagi..adohhhh...hummm...seb baik ler mr hubby ada..tolong anto..kalo tidak..jawabnye terus cuti buat maruku Deepavali la jawabnye..haaa...
Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang saya cuba..Kuih Puteri Ayu..jom layan resepi dulu:
I am posting this recipe to the
Aspiring Bakers #25 - Steaming Hot Cakes (November 2012) hosted by Miss B of Everybody Eats Well in Flanders. Explore the journey HERE.
Resepi Cuba Semula: Recipes of Daily Cooking & Baking
Bahan-bahan:
4 biji telur/ eggs
1 cawan gula halus/ sugar
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung naik sendiri (asal plain flour)/self raising flour
1/2 cawan santan pekat (saya guna ayam Brand)/coconut milk
Perisa dan pewarna pandan/ pandan falavor and color
Inti Kelapa/ grated coconut filling:
2 cawan kelapa putih parut/ 2 cups white grated coconut
1 sudu besar tepung ubi/ 1 tbsp topioca flour
1/2 sudu kecil garam/ 1/2 tspn salt
* gaul bersama hingga sebati
Acuan
Cara Penyediaan:
Pukul telur dengan gula hingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan ovelette dan pukul lagi. Masukkan tepung selang-selikan dengan santan pekat. Masukkan perasa dan pewarna pandan.
Panaskan kukusan. Sapu minyak pada permukaan acuan. Tekan-tekankan kelapa pada dasar acuan. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 2/3 penuh. Nak senang, transfer adunan ke dalam jug kecil. Kukus pada api sederhana selama 15 minit. Sejukkan sekejap sebelum dikeluarkan. Kuih akan lekang dengan sendiri dari acuan dan mudah saja dikeluarkan. Selamat Mencuba.
Beat well eggs and sugar till soft and smooth. Add in ovalette. Sift in flour alternately with coconut milk in 3 batches. Pour into small cups (lined with white grated coconut-see picture below). Steam for 15 minutes at medium fire. Ready to serve.
Saturday, 10 November 2012
Caramel Pudding Cake
Akhirnya..setelah menanti sekian lama, akhirnya terbuat jugak kek yang satu nih..rasanya sudah menjadi resepi wajib cuba bagi setiap pencinta dunia masakan..Kek Puding Karamel..mempunyai tekstur kek yang soft like cotton..dan lapisan karamel yang sangat halus..humm..siapa yang tidak terpikat..hahaha...first time cuba dan first time rasa kek ni..jarang yang tidak suka kombinasi kek dan karamel ni..resepi ini saya perolehi dari e-na lovely kitchen di SINI. Terima kasih sebab sediakan step by step proses penyediaan kek ini. Selain itu juga, saya turut merujuk resepi sama dari dapur puan Azlita di masammanis di SINI. Namun begitu, saya juga ada melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut selera sendiri..hihi..takat ni saya puas hati dengan rasanya, cuma lenkali nak pakai loyang yang tutup penuh..Masa bakar kek ni saya lupa nak lapik bawah loyang, sebab guna yang patri punya, jadi air boleh masuk dalam loyang. Tapi nasib baik sempat susun semula loyang..hihi..jom kita tengok resepi..
Sumber resepi:
E-na Zarina (e-nalovelykitchen) dan
Azlita Aziz (masam manis fromintankitchen)
Olahan semula: Suri from Recipes of Daily Cooking and Baking (http://resepihaihari.blogspot.com)
Bahan-bahan:
Bahan A (gula hangus):
2 sudu besar gula
panaskan dalam loyang hingga sedikit hangus dan cair semua, biarkan.
Bahan B (puding karamel):
1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
1 sudu teh vanilla
3 kuning telur
2 biji telur
Semua bahan B disatukan dan dikacau rata. Tidak perlu pukul terlalu lama kerana adunan akan bebuih dan menghasilkan tekstur gelembung udara bila sudah masak. Tuangkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A. Biarkan.
Bahan C (kek):
140 g tepung naik sendiri (asal plain flour plus baking soda)
70 g gula
3 kuning telur
135 ml susu segar (asal guna air)
45 ml minyak
2 sudu besar susu manis
Semua bahan C disatukan dan dikacau hingga sebati. Ketepikan.
Bahan D (meringue):
6 putih telur
70 g gula
1 sudu teh cream of tartar
Pukul bahan D pada kelajuan sederhana sehingga kembang, lebih kurang 3-5 minit. Kemudian pukul pada speed perlahan selama 1 minit.
Untuk adunan kek, kaupkan 1/3 bahan D ke dalam adunan bahan C. Gaul secara kaup balik hingga sebati. Masukkan 2/3 lagi adunan D secara berperingkat. Pastikan semua adunan serata. Bahagkan adunan dan warnakan mengikut kesukaan. Saya guna 4 warna, merah, coklat, biru dan warna asal.
Tuangkan 5 sudu besar warna satu dalam loyang yang mengandungi bahan A dan B. Diikuti 5 sudu besar warna kedua. Seterusnya kurangkan kuantiti ke 4 hingga 2 sudu. Tuang sehingga habis adunan.
Sebelum itu, panaskan oven. Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang lagi besar. Lapik tapak loyang adunan dengan acuan tart agar dasar tidak dimasuki air. Jika guna loyang tidak berpatri boleh terus letak loyang dalam air. Pastikan guna air panas. Kemudian, boleh dibakar selama 1 jam pada suhu 160oC menggunakan api bawah.
Bila sudah masak, biarkan kek lekang dari loyang. Terbalikkan dan sejukkan. Kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.
Monday, 5 November 2012
No-Mixer-No-Oven Moist Chocolate Cake
Hmm..nampaknya ada kawasan yang dah start banjir kan...saya doakan semua berada dalam sihat sejahtera..besok akan berangkat ke Kuala Terengganu selama 3 hari atas tugasan..paling tak tahan bila out-station ni adalah rindu bangat kat anak-anak..kat ayah nye tak kisah sangat..hihi..apapun, hari ni saya nak kongsi satu resepi yang amat mudah..sempat saya sediakan semalam.. ikutkan ini pertama kali saya cuba resepi kek coklat yang tidak memerlukan penggunaan electric mixer dan juga oven..resepi ini saya dapati dari blog cookingcrave di SINI. Mula2 tu risau jugak tak jadi macam sebelum ini. Tapi jangkaan meleset..sangat sedap rupanya resepi ni..jom sama-sama tengok resepi..thanks to the owner of this beautiful recipe..
Sumber Asal: http://cookingcrave.blogspot.com
Olahan semula: resepiharihari
Bahan-bahan:
180g corn oil (asal guna butter)
200g gula
200g susu segar (asal guna susu cair)
2 biji telur (lightly beat)
100g self raising flour (asal guna plain flour)
50 g cocoa powder
1/2 camca teh vanilla
Cara Penyediaan:
Satukan minyak, susu, gula dan vanilla dalam sauce pan. Panaskan pada api sederhana sehingga larut (saya guna double boiler). Sejukkan hingga suam saja. Masukkan telur, diikuti campuran tepung gandum dan cocoa powder yang telah diayak. Kacau hingga sebati menggunakan spatula sahaja. Adunan memang cair. Tidak perlu risau. Kemudian kukus selama 45 minit . (Nak bakar pun boleh juga).
Tips:
Jangan terlebih kacau adunan, jika tidak kek akan jadi keras.
Bahan-bahan Topping:
200g susu pekat manis
20 g cocoa powder
1 camca teh vanilla
2 tbsp corn oil
Panaskan semua bahan di atas atas api kecil hingga masak dan sebati. Sejukkan sebelum di tuang atas kek.
Tips:
Ayak cocoa powder untuk elakkan berketul.
Gambar kurang memuaskan sebab dah lewat malam. Hihi...
Monday, 29 October 2012
Kek 3 Rasa
Dah lama rasa tak buat kek ringkas2 nih. Jadi hari ini berpeluang merekacipta satu resepi kek yang mudah, cepat, lembut dan gebu ini. Cuma terlupa nak letak mixfruit tu kat dalam kek, jadi letak kat surface saja. Tu yang pecah2 bila potong. Tekstur kek sangat gebu dan lembut. Gambar bawah ni dah siap masuk bekas untuk kudapan sambil buat kerja kat ofis nanti..hihi..kawan ngan air kopi O. Tips untuk kek yang lembut adalah tempoh mencukupi masa pukul bahan, jika terlebih putar akan menghasilkan kek yang agak kering dan ringan. Penggunaan susu juga akan menghasilkan kek yang gebu dan sedap. (Walaupun tak minum susu, tapi resepi ni tak rasa susu dekat final product tuh..hihi.) Pasti akan buat lagi selepas ini. Jom tengok resepi dulu. Guna cawan je...)
Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan butter/ margerine
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
Perisa dan pewarna coklat
Strawberry emulco
Pewarna merah
Orange Sunquick
Vanilla
Mix fruit dan coklat urai untuk hiasan
Cara Penyediaan:
Mula-mula putarkan gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi. Masukkan vanilla. Diikuti dengan tepung (diayak) yang diselang-selikan dengan bancuhan susu dan minyak. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampu dengan orange Sunquick, satu lagi dicampurkan dengan perisa dan pewarna coklat, satu lagi dengan pewarna merah dan strawberry emulco. Tuang adunan dalam loyang yang telah dilengser dengan margerine. Bakar pada suhu 170oC selama 30-40 minit. Terbalikkan dan sejukkan kek sebelum dipotong. Selamat Mencuba.
Friday, 19 October 2012
Banana Choc Chip Walnut Cake
Resepi Olahan: resepiharihari.blogspot.com
Sumber Inspirasi: artofdessert
Sumber Inspirasi: artofdessert
Sangat lembut, moist dan sangat sedap. Boleh habiskan 3 ketul sekali..hihi..ternyata kombinasi pisang, choc chip dan walnut sangat sehati sejiwa...pisang terasa sangat sebab guna dalam kuantiti agak banyak..dan rasa lemak2 manis gitu..sure akan buat lagi lepas nih..hihi..jom layan resepi dulu..
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan brown sugar
1 1/2 teaspoon salt
2 telur grade A
2/3 cawan Canola oil
2/3 cawan susu segar
2 cawan mashed banana
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Walnut dan chocolate chip secukupnya
1/2 sudu kecil cinnamon
Cara penyediaan:
Asingkan putih dan kuning telur. Meringuekan putih telur dulu. Ketepikan. Dalam bowl lain, putar kuning telur, masukkan gula perang dan pukul hingga kembang. Masukkan vanilla, minyak dan putar lagi. Kemudian masukkan pisang. Bila sudah serata, masukkan pula tepung (ayak bersama garam, baking powder, soda dan cinnamon) berselang seli dengan susu segar. Kemudian akhir sekali boleh masukkan putih telur tadi dan kacau secara kaup balik guna spatula. Pastikan betul2 sebati supaya tiada lumps. Tuang dalam acuan cupcake dan tabur walnut dan choc chip sebelum dibakar selama 25 minit pada suhu 175oC. Selamat mencuba.
Wednesday, 3 October 2012
Mocha Cake Cream Cheese Frosting
Sumber:
resepiharihari.blogspot.com
Celoteh Suri:
Hari ni macam nak celoteh dula pulak..hihi..sebabnya kek ini sedap (puji diri sendiri nampak)..tak...puji kek ni ha..Anyway, idea mencuba ciptaan atau RnD kek mocha ni setelah terjumpa paket 3-in-1 Mocha jenama MILO tuh. Hari tu masa pergi kedai bakery adalah diaorang tengah demo kek mocha, bila rasa sedap juga..Jadi datang ler idea nak cuba..nasib baik ok..tekstur akan moist jika guna air..tapi kalu guna sour cream akan jadi gebu sedikit..Rasa mocha yang wangi sangat menggoda sape2 yang suka cafein flavored ni..tapi kan..yang paling tak tahan tu the topping..macam saya pernah habaq sebelum ini, saya kurang boleh telan hasil tenusu ni, sebab tu instead guna butter, saya ganti dengan krimwell tuh..dan xde rasa susu jadinya..apa lagi..sekejap je saya telan kek ni..buat pun tak banyak sebab RnD..takut tak jadi akan membazir kan..huuuu..tercapai juga hasrat nak makan cream cheese frosting ni...walaupun tak kesampaian masa buat red velvet tempoh hari..apapun, jom tengok resepi mudah..kek boleh siap dalam masa sejam je.. (cuma abaikan je sapuan frosting yang main sapu je..sebab nak makan cepat..kihkih)
Resepi Mocha Cake Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan:
2 biji telur saiz
sederhana
100 ml minyak jagung
Daisy
50 ml air/ susu segar/
sour cream
90 g gula kaster
150 g tepung naik sendiri-
ayak
50 g Instant 3-in-1 Mocha
(boleh adjust ikut preference masing-masing)
Sedikit perisa kopi
Cara-cara:
Pukul telur
hingga kembang. Masukkan gula dan pukul
lagi. Seterusnya masukkan 40ml minyak
dulu dan pukul sebati. Masukkan perisa
kopi dan air atau susu segar. Kemudian
boleh la dimasukkan tepung yang telah digaul bersama mocha sedikit demi
sedikit. Akhir sekali baru masukkan
minyak lagi 40 ml tu dan pukul sekejap at high speed. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 175oC.
Cream Cheese
Frosting
Bahan-bahan:
5 sudu besar
cream cheese
2 sudu besar
creamwell
5 sudu besar
icing sugar (boleh lebih atau kurang)
Vanilla
Cara-cara:
Pukul
creamcheese dengan creamwell dulu hingga lembut. Masukkan vanilla. Kemudian gula icing dan pukul lagi. Boleh adjust tahap kemanisan dan tekstur yang
diingini dengan gula icing tadi. Boleh
dihias pada kek mengikut citarasa masing-masing.
Sunday, 23 September 2012
Forever Love Carrot Cake
Sumber:
resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 teaspoon cinnamon
1/2 cup vegetable oil (Daisy Corn oil )
3/4 cup gula icing (sebab habis stok gula kaster)
2 eggs (guna telur ayam kampung sebab telur biasa habis gak)
1 1/2 cups grated carrots (jangan terlalu halus)
1/2 cup walnut, coarsely chopped
1 tablespoon Sunquick orange
Pinch of salt
2 tablespoon susu (guna Marigold night tu)
Cara-cara:
Panas oven to 170oC. Alas Loyang dengan parchment paper. Ayak flour, baking powder, baking soda, salt, dan cinnamon. Pukul 2/3 gula dengan minyak. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula lebih lagi 1/3 tu dan pukul lagi hingga kembang. Kemudian, tambah Sunquick. Ambil bancuhan telur nih masuk dalam bekas yang ada minyak ngan gula. Pukul lagi. Pastu baru masuk tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali, gaul dengan carrot dan walnut. Masukkan dalam Loyang hingga ¾ penuh je. Nanti melimpah dan xmasak serata. Bakar dalam 30-40 minit gitu.
Panas oven to 170oC. Alas Loyang dengan parchment paper. Ayak flour, baking powder, baking soda, salt, dan cinnamon. Pukul 2/3 gula dengan minyak. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula lebih lagi 1/3 tu dan pukul lagi hingga kembang. Kemudian, tambah Sunquick. Ambil bancuhan telur nih masuk dalam bekas yang ada minyak ngan gula. Pukul lagi. Pastu baru masuk tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali, gaul dengan carrot dan walnut. Masukkan dalam Loyang hingga ¾ penuh je. Nanti melimpah dan xmasak serata. Bakar dalam 30-40 minit gitu.
Celoteh:
Dulu-dulu pernah try
ice cream carrot cake dari Baskin Robin..memang sedap..walaupun saya tak suka
kek berbutter, tapi bila combined ngan carrot dan walnut..alamak ai..sedap
rupanya..Jadi, bila tengok bahan-bahan sume ada, saya cuba resepi yang telah
Suri reka sendiri. Prinsip asas bila
buat kek yang guna bahan basah macam carrot adalah sama macam buat kek
coklat dan kek pisang. Jadi saya cuba aplikasikan
resepi yang sama dengan kombinasi bahan asas untuk kek carrot nih. Ha..lagi satu, carrot tu saya perah sikit kuarkan airnya..dan tos..supaya xde excess water yang boleh membantatkan kek nanti..Lenkali nak buat frosting pulak…hehe..selamat
mencuba..kalu dah cuba jangan lupa bagitau ye…
Tekstur kek ni gebu, moist dan tidak terlalu manis...saya suka..
Tuesday, 4 September 2012
Kek Buah Sunquick
Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com
200 g butter/ margarine
Cara-cara Penyediaan:
Tips:
Bahan-bahan:
200 g butter/ margarine
180 g gula castor
1 sudu teh vanilla essence
140 g tepung naik sendiri
40 g tepung superfine
4 biji telur
1 sudu besar Sunquick oren
Mix fruit
Ceri
Cara-cara Penyediaan:
Putar hingga kembang gula dan butter. Masukkan vanilla disusuli telur
sebiji demi sebiji. Masuk Sunquick oren. Tepung sedikit demi
sedikit. Pukul lagi hingga sebati. Kaup dalam loyang dalam 2
senduk. Tabur buah-buahan dan top-up lagi dengan adunan selebihnya.
Tabur lagi buah dan ratakan dengan spatula agar tertutup sikit buah-buahan.
Susun ceri pada permukaan. Bakar pada suhu 170oC selama 35-45
minit.
Tips:
Jangan terlebih pukul adunan kerana akan menghasilkan kek yang agak kering.
Celoteh Suri:
Resepi ini telah digunakan sejak saya kecil lagi hasil kajian sendiri.
Boleh juga ditambah sedikit susu manis atau susu segar untuk bagi rasa
yang sedikit berbeza. Selamat Mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































