Monday 7 July 2014

Sambal Sotong

Assalamualaikum..selamat berpuasa di hari ke-10 sudah..syukur Alhamdulillah masih dikurniakan keupayaan oleh Allah untuk mengharungi hari-hari di bumi ciptaanNya yang maha indah ini..

Saban hari  masa berlalu, semakin dekat diri kita kepadaNya...semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keinsafan kepada semua bahawasanya hidup ini suatu perjalanan yang amat singkat..
hanya amalan yang mulia menjadi bekal di akhirat kelak..

Hari ini, suka aku berkongsi kisah Nabi Musa a.s semasa perdebatan baginda dengan Firaun..
sebagai memetik kisah dari IKIM...aku sunguh tertarik bahawasanya ayat penerang hati yang selalu kita baca dan perlu diamalkan itu juga digunakan Nabi Musa sebagai melengkapkan diri baginda untuk mendapat kekuatan dan kepetahan lisan membidas segala tohmahan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan ketika itu...

Dalam tugas seharian juga, ayat tersebut sangat memberi manfaat jika diamalkan...


Berbalik pada resepi kali ini, aku sediakan sotong masak sambal sahaja..sesuai dipadankan dengan nasi panas atau pulut..

Bahan-bahan:

Sotong dicuci dan dipotong
Cili giling
1 labu shallot 
2 ulas garlic
1 inci halia
(dikisar)
minyak untuk menumis
garam gula

Cara penyediaan:

Layukan sotong berasingan dahulu untuk membuang lebihan air.  
Petua: Cara ini menghasilkan sotong yang kekal pejal dan tidak kecut bila masuk dalam sambal nanti ye.

Dalam kuali lain tumis bahan kisar hingga garing, masukkan perisa dan sedikit air.  Akhir sekali masuk sotong dan gaul hingga masak sepenuhnya.


Sunday 6 July 2014

Nasi Ujan Panas

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali kita dalam rancangan masakan ketuk-ketuk pinggan..hahaha..

kali ni aku nak share juadah buka puasa yang dah lepas pun..Nasi Hujan Panas dgn Ayam Masak Merah Bersantan..

hajat d hati nak celoteh panjang..tapi masa xbp mengizinkan..kita naik ERL je la ye terus ke resepi:

Bahan Nasi:

Beras Basmathi (rendam 1 jam)
Air (untuk tanak)

Bahan tumis nasi:
2 ulas bawang merah mayang
2 ulas bawang putih mayang
1 inci halia mayang
bunga lawang
cengkih
kayu manis
susu sejat
susu manis
Tumis sume hingga garing guna mentega ye/ minyak sapi..
pastu masukkan susu cair..dua sudu makan susu manis..kiub ayam dalam 1..garam gula dan lada sulah
masuk beras dan tambah air hingga paras yang dikehendaki

sesudah masak nasi, titikkan pewarna kuning, merah dan hijua di beberapa sudut..tapi jagan dikacau ye..tutup je periuk dalam mood warm tu hingga nasi benar2 masak..

nak hidang nt baru kacau nasi..tabur daun ketmbar jika ada..

Bahan Ayam:

Ayam (garam kunyitkan dan goreng)
1 labu bwng besar
3 ulas bwg putih
cili giling secukupnya
(kisar halus)
1 inci halia
bunga lawang
cengkih 
kayu manis
Tumis sume bahan ni hingga garing

Masukkan ayam
diikuti air..hingga ayam empuk
last stage br masuk santan untuk pekatkan kuah
perasakan ye..

Selamat Mencuba