Sunday 30 September 2012

Bubur Kacang Hijau


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau direndam
1 keping gula melaka saiz besar
5 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 kotak Ayam Brand santan pekat
Air

Cara-cara:

Rebus kacang hingga empuk.  Kemudian satukan dengan gula dan garam, santan separuh dulu.  Bila dah nak angkat baru masuk santan lebihan.  Masak hingga dapat tekstur kacang dan kepekatan yang bersesuaian. 

Celoteh Suri:

Ermm..lama2 sekali jumpa bubur kacang ni memang sedap layan petang2..ngan secawan atau lebih tea o atau kopi o...Sebenarnya daun pandan xde, jadi saya tak letak la..hiasan pun xde nak letak..jadi gambar macam kurang meriah ler...xpe..yang penting rasa boleh terima oleh semua..enjoy..


Saturday 29 September 2012

Mini Red Velvet


Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Sumber: therepressedpastry.com adapted from NY Times Red Velvet Cake

Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko (Suri kurangkan)
½ teaspoon garam
2/3 cawan minyak sayur
¾ cawan gula
1 biji telur Gred A
1 sudu kecil pewarna merah
½ teaspoon baking soda
¾ teaspoon white vinegar
1 sudu besar susu (pandai2 tambah)

Cara-cara:

Pukul gula dengan minyak hingga sebati.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.  Masukkan vanilla dan pewarna merah. Dalam bekas lain, tapis tepung, serbuk koko dan garam.  Masukkan tepung sedikit2 ke dalam adunan dan pukul lagi.  Masukkan bancuhan cuka dan baking soda dan pukul laju sekejap.  Boleh dibakar selama 20 minit (bergantung) pada suhu 175oC.

Celoteh Suri:

Tarang...red velvet..memang jadi kegemaran saya. Tercetus nak buat kek ni sebab xcukup makan masa meeting.  Sedap.  Tapi ada benda wajib yang missing kat sini..Cream Cheese Topping..huwaaa...yang saya makan tu xrasa susu sangat..sebab tekak ni memang xleh terima kehadiran rasa susu dan tenusu..xtau la kenapa..apapun, sebab nak lepaskan kempunan saya buat juga la walau tanpa toppingnye.  Cuma saya sapu bancuhan strawberry jem kat atas untuk efek kilat dan extra flavor..resepi nih senang dan menjadi...selamat mencuba..



Friday 28 September 2012

Laksa Penang


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 kg laksa (saya guna yang basah, jadi tak perlu rebus lama2, Cuma celur je)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 bunga kantan
Segenggam daun kesum
2 keping asam
Cili boh
10 ekor ikan sardine/ selayang (rebus dengan garam dan asam keeping)
Gula
Garam

Cara-cara:

Kisar bawang, ikan rebus.  Dalam periuk, leburkan aje bahan kisar, cili boh, bunga kantan, daun kesum dan air. Rebus hingga sebati rasa bahan2 yang dimasukkan.  Perasakan dengan garam dan gula.



Coffee Cupcake


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

80 g marjerin planta
120 g tepung naik sendiri
2 telur gred a
80 g gula
1 sudu besar bancuhan instant coffee (Suri guna Nescafee merah tu je)-sejukkan
1 sudu besar minyak jagung
I sudu besar susu
1 sudu the coffee emulco
Chocolate chips

Cara-cara:

Krimkan gula dan margarine sehingga kembang.  Kemudian masukkan telur satu demi satu.  Pukul hingga gebu.  Masuk tepung sikit2.  Diiringi bancuhan instant coffee dan coffee emulco.  Pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan minyak jagung dan susu dan pukul dengan speed tinggi sekejap.  Kemudian boleh digaul bersama coklat cip atau tabor atas permukaan kek sebelum dibakar selama 25 minit pada suhu 175oC.

Celoteh Suri:

Hummmmmm….resepi ni terhasil sebab tiada idea nak masak apa malam tadi.  Bila ke dapur, tengok2 bahan..dapat idea.  Tapi memang nekad nak reka sendiri sepenuhnya.  Alhamdulilah..menjadi.  Kek gebu, lembut, tidak bantat dan rasa kopi.  Mungkin yang tidak gemar kopi boleh guna coklat.  Masa bakar memang semerbak bau kopi.  Walaupun lewat malam tapi rasa macam pagi sebab bau kopi kan..hihi..anyway enjoy.



Wednesday 26 September 2012

Donut


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

150 g tepung roti
50 g tepung kek
1 biji telur
20 ml air suam
2 sudu besar gula
30 g water roux
5 g yis
2 sudu susu tepung
30 g minyak jagung Daisy
¼ sudu teh bread improver
¼ sudu teh Pelembut donut
Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 100 ml air dengan 20 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadi kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentuk donut guna acuan. Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Boleh digoreng pada api kecik..donu cepat hangus, kawalan api penting sangat.  Bila dah masak boleh salut ngan gula..






Tuesday 25 September 2012

Kebab Daging


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan perap daging:

1 tube daging kisar
½ camca teh jintan putih
½ camca teh jintan manis
½ camca the serbuk ketumbar
½ camca teh serbuk kunyit
Kicap cair
Chili flakes
Gula
Garam

Cara-cara:

Perap daging dengan semua bahan di atas.  Pastikan daging telah dittos supaya tidak rasa hamis.  Untuk rasa yang lebih sedap..perap semalaman dalam chiller.  Selepas itu, boleh dibulat2kan daging.  Rebus dengan sedikit air untuk masakkan daging dan buang lemak.  Seterusnya, tumis 2 ulas bawang putih dengan olive oil.  Bila garing sedikit, masuk daging tadi dan balik2kan agar masak serata.   Boleh sekalikan dengan sayur2.  Kemudian, cucuk daging selang-seli dengan sayur dekat lidi.  Panggang atas api sekejap untuk efek hangus gitu.  Kalau tak bakar pun xpe asalkan daging masak ye..

Celoteh Sikit:

Idea buat kebab ni sebab ada daging kisar dalam peti ais bl wekend ritu...Nak buat bolognese dah biasa...so, tgal tambah capsicum dan perap daging ala2 rempah sate je..sedap..cuma kena pandai agak gula garam dan pepper la..bila garnish ngan chili flakes, olive oil dan parsley lagi sedap..sebab ada rasa pedas..selamat try ye..


Monday 24 September 2012

Ikan Tenggiri dengan Sos Mushroom



Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

Sekeping ikan tenggiri
Button mushroom (fresh punye bukan dalam tin)
Santan pekat (5 sudu besar gitu)
Oregano
Thyme
Parsley
Garam
Gula
Bawang besar dadu 2 sudu besar
Bawang putih cincang 1 sudu besar
Black pepper
Tomato
Perahan lemon (1 sudu besar)
Olive oil

Cara-cara:

Ikan diperap dengan garam dan pepper dulu.  Pahtu goreng minyak sikit dalam pan.  Untuk sauce, tumis bawang dulu dgn olive oil.  Masukkan mushroom yang telah dipotong.  Tunggu jap biar mushroom release flavor dulu.  Masukkan herbs.  Kemudian masuk santan diikuti perahan lemon.  Adjust masam ikut suka ye.  Perasakan dengan garam, gula dsb.  Ikan yang dah goreng td terpulang samada nak renih jap dengan sauce atau terus tuang sauce kat atas ikan je.  Hias.

Celoteh:

Resepi ni memang rekaan semata-mata sbb dah agak jemu menu biasa kan. ni kiranya R&D ler...Patutnya guna salmon baru terangkat, santan ganti dgn cream..tapi kan, saya ni  jenis tak minum susu2..hehe..tu yg guna santan je..outcome sedap..rasa masam lemon juice..lemak dari santan dan kombinasi herbs..


Roti Bata



Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

200 g tepung roti
1 biji telur 
20 ml air suam (jangan tuang habis dulu, agak2 ngan tekstur doh)
3 sudu besar gula
50 g water roux
8 g yis
4 sudu susu tepung
40 g minyak jagung Daisy
¼ sudu teh bread improver
Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 50 ml air dengan 10 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadi kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentukkan dengan melipat2kan doh.  Masuk doh dalam acuan loaf.  Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Bakar pada suhu 175oC selama 20 - 30 minit.  Bila sejuk,  boleh slice ikut ukuran yang disukai dan masukkan dalam bekas bertutup.


Sunday 23 September 2012

Sambal Sotong


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:
½ kg sotong saiz sederhana
4 sudu cili giling (guna brand ADABI memang pedas sangat)
2 inci gula Melaka (nise)
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
Black pepper
1 labu bawang besar- kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
Minyak zaiton untuk menumis

Cara-cara:

Sotong dikeringkan air dulu dalam kuali tanpa minyak. Tapis dan buang air, toskan.  Dalam kuali lain, tumis bahan kisar dengan cili giling hingga betul2 pecah minyak.  Masukkan sotong.  Diikuti gula, garam dan nise.  Masuk air sikit untuk larutkan semua perasa.  Masak hingga sotong benar2 masak dan sebati dengan sambal.  Selamat Mencuba.

Celoteh Suri:

Resepi ni guna olive oil sebab sambal akan jadi wangi dan menyihatkan.  Lagi satu, bila letak gula Melaka, sambal akan rasa lagi sedap.  Makan ngan nasi lemak pun sedap nih…

Forever Love Carrot Cake


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 cawan high ratio flour
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 teaspoon cinnamon
1/2 cup vegetable oil (Daisy Corn oil )
3/4 cup gula icing (sebab habis stok gula kaster)
2 eggs (guna telur ayam kampung sebab telur biasa habis gak)
1 1/2 cups grated carrots (jangan terlalu halus)
1/2 cup walnut, coarsely chopped
1 tablespoon Sunquick orange
Pinch of salt
2 tablespoon susu (guna Marigold night tu)
Cara-cara:

Panas oven to 170oC. Alas Loyang dengan parchment paper. Ayak flour, baking powder, baking soda, salt, dan cinnamon. Pukul 2/3 gula dengan minyak. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula lebih lagi 1/3 tu dan pukul lagi hingga kembang.  Kemudian, tambah Sunquick.  Ambil bancuhan telur nih masuk dalam bekas yang ada minyak ngan gula.  Pukul lagi. Pastu baru masuk tepung sedikit demi sedikit.  Akhir sekali, gaul dengan carrot dan walnut.  Masukkan dalam Loyang hingga ¾ penuh je.  Nanti melimpah dan xmasak serata.  Bakar dalam 30-40 minit gitu.

Celoteh:

Dulu-dulu pernah try ice cream carrot cake dari Baskin Robin..memang sedap..walaupun saya tak suka kek berbutter, tapi bila combined ngan carrot dan walnut..alamak ai..sedap rupanya..Jadi, bila tengok bahan-bahan sume ada, saya cuba resepi yang telah Suri reka sendiri.  Prinsip asas bila buat kek yang guna bahan basah macam carrot adalah sama macam buat kek coklat dan kek pisang.  Jadi saya cuba aplikasikan resepi yang sama dengan kombinasi bahan asas untuk kek carrot nih.  Ha..lagi satu, carrot tu saya perah sikit kuarkan airnya..dan tos..supaya xde excess water yang boleh membantatkan kek nanti..Lenkali nak buat frosting pulak…hehe..selamat mencuba..kalu dah cuba jangan lupa bagitau ye…


Tekstur kek ni gebu, moist dan tidak terlalu manis...saya suka..


Saturday 22 September 2012

Fruity Cupcake


Fruity Cupcake

Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

100 g tepung naik sendiri
100 g margarine
2 biji telur
100 g gula
1 sudu kecil vanilla
Mix fruit

Cara-cara:

Pukul margarine dan gula hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.  Masuk vanilla.  Susuli dengan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.  Masukkan dalam cup kesukaan.  Taburkan mixfruit sebelum dibakar pada suhu 170oC selama 20 minit.





Sugar Cinnamon Bun


Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

100 g tepung roti
20 g tepung naik sendiri
30 g tepung pau
1/2 biji telur
20 ml air suam
2 sudu besar gula
40 g water roux
5 g yis
4 sudu susu tepung
40 g minyak jagung Daisy
¼ sudu teh bread improver
Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux/ thang zhong:

Satukan 50 ml air dengan 10 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadi kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentuk bulat kecil2. Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Sebelum bakar, tabur permukaan roti dengan cinnamon dan gula. Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit.  Angkat dan sapu permukaan roti dengan butter/ marjerin.  Bila sejuk, masukkan dalam bekas bertutup.
...................................................................................................................................................................
Hmmm...sudah lama saya mengidam nak makan sugar cinnamon bun nih...hari ni tercapai hajat..sedap sangat..anyway..enjoy the weekend..




Friday 21 September 2012

Chocolate Lemon Cupcake


Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

8 sudu besar butter/margarine
½ cawan coklat masakan dicincang
½ cawan serbuk koko
¾ cawan tepung naik sendiri diayak
2 biji telur
1 camca teh vanilla
¼ cawan susu segar
1 cawan brown sugar
2 sudu besar Sunquick lemon
½ camca the lemon zest


Cara-cara:

Dalam satu periuk, didihkan coklat masakan, serbuk koko dan butter pada api perlahan sehingga cair dan sebati.  Sejukkan. Dalam bekas lain, pukul telur pada kelajuan sederhana sehingga kembang.  Tambah gula, vanilla dan pukul lagi.  Kemudian tambahkan susu. Pukul sekejap.  Tambah adunan coklat dan pukul sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikt dan pukul sehingga sebati.  Taburkan coklat cip sebelum bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.

Celoteh Suri:


Kwang-kwang...kali ni saya cuba eksperimen ngan orange and lemon flavor..sangat istimewa..wangi dengan combination chocolate n lemon...tekstur tetap lembut dan bila makan tak rasa berpasir..very smooth..enjoy..





Nasi Ayam Hainan



Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan Nasi:

2 cawan beras siam
21/2 cawan sup
1 inchi halia -kisar
2 ulas bawang putih- kisar
1 helai daun pandan
Minyak bijan
Chicken stock cube

* Campurkan semua bahan dalam periuk nasi dan masak nasi macam biasa.


Bahan Perap Ayam:

Ayam sup
Kicap manis
Madu
Kicap Cair
Bahan kisar dari nasi
*Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perap selama 2 jam atau semalaman dalam peti sejuk.

Bahan Sup:

Bunga lawang
Kulit kayu manis
Cengkih
Bawang merah dimayang
Bawang putih diketuk
Minyak untuk menumis
*Tumis bawang hingga layu dan sedikit garing.  Masukkan sekali herba tumis. Masukkan ayam dan masak sup hingga mendidih.  Perasakan dengan garam dan gula.




Thursday 20 September 2012

Egg Puff


Sumber: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:

A. Doh Pastri:

1/2 kg tepung gandum serba guna
3 sudu besar soft margerine
1 1/2 cawan air
Secubit garam

B. Inti kentang kari:

6 biji kentang saiz sederhana -dibuang kulit, dicuci dan didadu
5 sudu rempah kari ayam + udang (bancuh dengan sedikit air untuk jadi paste)
2 biji bawang besar - didadu 
Daun kari
Minyak menumis
Gula
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng

C. Inti Telur

4 biji telur
1/2 bawang besar didadu
1 sudu cili boh
3 surimi filament didadu 
*Tumis bawang dan masak sume bahan sehingga lembut, perasakan dengan garam, gula dan black pepper.

Cara Masak:

A. Inti Kentang kari:

Tumis bawang besar hingga sedikit layu dan naik bau.  Masuk paste kari dan daun kari (masa masak ni takde stok daun kari, tu yang tak letak..hehe).  Dah naik bau baru masuk kentang dan air secukupnya (untuk lembutkan kentang).  Letak bahan perasa dan masak hingga kering.  Sejukkan.

B. Doh Pastri

Dalam bekas satukan tepung, secubit garam dan soft margerine.  Gaulkan rata.  Masukkan air sedikit demi sedikitdan uli hingga lembut dan tidak melekat.  Tutup bekas. Rehatkan.

Kemudian, boleh bungkus karipap guna acuan dan dikemaskan tepi.

Tips Masakan:

Boleh sediakan inti dulu baru doh.  Sementara inti sejuk, rehatkan doh yang telah disediakan.  Menggoreng perlu guna minyak yang betul-betul panas untuk dapatkan efek menggerutu dan rangup pada kulit karipap.

Celoteh:

Resepi karipap ni sama je macam entry sebelum.  Cumanya kali ni saya guna inti telur combined ngan surimi filament crab tu.  Sedap jugak.  Cubalah.






Wednesday 19 September 2012

Almond Square


Sumber: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

150 g almond kisar
50 g tepung biskut
50 g margerine
1 kuning telur
50 g gula
1 sudu kecil vanilla
Ceri merah untuk hiasan

Cara-cara:

Pukul margarine dan gula hingga kembang.  Masukkan telur kuning  dan pukul lagi.  Masuk vanilla.  Susuli dengan almond kisar dan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.  Bentukkan ikut kesukaan.  Taburkan ceri merah sebelum dibakar pada suhu 170oC selama 20 minit.