Tuesday 11 September 2012

Bun Kacang Merah a.k.a Read Bean Bun




Sumber Resepi:  resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

140 g tepung roti
30 g telur
30 ml air suam
15 g gula
40 g water roux
6 g yis
2 sudu susu tepung
20 g minyak jagung
Sedikit garam
 Inti kacang merah

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 100 ml air dengan 20 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadu kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angina.  Bentuk bulat dan masukkan inti kacang merah  saya guna yang ready made je.  Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Sebelum bakar, sapu permukaan roti dengan egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla).  Tabur bijan jika suka.  Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit.  Angkat dan sapu permukaan roti dengan butter/ marjerin.  Bila sejuk, masukkan dalam bekas bertutup.

Celoteh Suri:

Setelah sekian lama, akhirnya saya sangat berpuas hati dengan resepi roti ini.  First time guna water roux ni.  Memang tersangatla gebunya.  Sukatan ini memang sangat tepat.  Masa ulu pun xpenat sebab lembut je doh.  Apa lagi, dah masak t uterus ngap ngan air teh o panas.  Habis 2 ketul.  Doh ni dapat dalam 6 biji je saiz 40g sebelum bakar.  Boleh tambah sukatan jika perlu.  Idea resepi asal dapat dari happyhomebaking.blogspot.com. Selamat mencuba.  Jom tengok kegebuan bun ni.  Klik.



  Klik. Fresh from the oven. 







 Haaa...ni lah intinya.




No comments:

Post a Comment