Tuesday 4 September 2012

Kek Buah Sunquick

Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com


Bahan-bahan:

200 g butter/ margarine
180 g gula castor
1 sudu teh vanilla essence
140 g tepung naik sendiri
40 g tepung superfine
4 biji telur
1 sudu besar Sunquick oren
Mix fruit
Ceri

Cara-cara Penyediaan:

Putar hingga kembang gula dan butter.  Masukkan vanilla disusuli telur sebiji demi sebiji.  Masuk Sunquick oren.  Tepung sedikit demi sedikit.  Pukul lagi hingga sebati.  Kaup dalam loyang dalam 2 senduk.  Tabur buah-buahan dan top-up lagi dengan adunan selebihnya.  Tabur lagi buah dan ratakan dengan spatula agar tertutup sikit buah-buahan.  Susun ceri pada permukaan.  Bakar pada suhu 170oC selama 35-45 minit.

Tips:

Jangan terlebih pukul adunan kerana akan menghasilkan kek yang agak kering.


Celoteh Suri:

Resepi ini telah digunakan sejak saya kecil lagi hasil kajian sendiri.  Boleh juga ditambah sedikit susu manis atau susu segar untuk bagi rasa yang sedikit berbeza.  Selamat Mencuba.





No comments:

Post a Comment