Tuesday 29 January 2013

Cheesy Prawn



Amacam...suka makan udang?? Suka cheese?? Kalau jawab ye maknanya kena cuba resepi Cheesy Prawn nih..mudah dan ringkas..tapi yummy..

Alkisah udang ni datangnya dari hasil tangkapan yang segar di kampung aku ha..macam gambar kat bawah ni ye..petang bila bot dah naik ke jeti, udang akan dijual segar dengan harga yang lebih murah sebab tidak melalui orang tengah..tapi kalau ghupa yang besar macam kat gambar bawah ni sampai gak la RM45 sekilo beb...nak makan punye pasal rembat gak ler setengah kilo..hii


Tapi untuk resepi cheesy prawn ni aku guna udang saiza biasa aje..sebab repeat punye..yang udang besar sekejap je licin..apa kata kita tengok resepi ringkas untuk menyediakan Cheesy Prawn ni ye...


Resepi: resepiharihari

Bahan-bahan:

1 kilo udang dibuang kulit dan dibersihkan
5 ulas bawang putih cincang halus
1/2 labu bawang besar cincang halus
lada benggala cincang halus
minyak olive
black pepper
garlic powder (yang guna untuk garlic bread butter tuh- Mc Cormick ada)
Garam
Cheese keping

Mula-mula tumis bawang dan lada hingga layu dan naik bau.  Masukkan udang dan perasakan.  Sebelum angkat, masukkan cheese dan daun ketumbar/ bawang.  Gaul hingga cheese larut.  Masa masuk cheese api dah boleh ditutup.  Sedia dihidang.

Resepi ini juga sesuai untuk dijadikan sos bagi pasta.  Hanya tambahkan cream saja untuk hasil sedikit berkuah. Boleh juga ditambah dengan oregano dan thyme.



Monday 28 January 2013

Rojak Betik


Selamat Bertemu kembali..arggghhhh...bestnyer cuti panjang...kan2!!!  Hihi..Paling best sebab dapat makan macam2 makanan yang takde kat bandar nih..kalau ada pun rasa tak sama sengan yang kampung  punye..haaa...untuk first entry selepas bercuti ni aku nak share satu hidangan yang sangat lama aku tak makan...kecik2 dulu je seingat aku..Rojak Betik..kalau nama omputih Papaya Salad kot...

Kat lama umah banyak pokok betik yang berbuah lebat..itu yang my beloved mom terus cadangkan buat rojak betik..hah?  macam dah lupa camne rasanya..


Camne rasa rojak betik nih?  Serius sedap pada yang sukakan rasa masam2 manis..hidangan asli pantai timur ni biasa dimakan dengan keropok dan timun..kuahnya pulak dari kombinasi cili kering, ikan rebus dan asam jawa.


Jom kita tengok resepi..kot ada yang nak mencuba..

Resepi: Ma a.k.a nenek

Bahan-bahan:

Betik muda disagat
Timun
Keropok 

Untuk kuah:
3 ekor isi ikan rebus (kisar dengan air)
2 sudu besar cili giling
1sb asam jawa (ambil pati sahaja)
Guula dan garam secukupnya

Untuk kuah, masak semua bahan atas api sederhana hingga mendidih dan sedikit pekat.  Perasakan dengan garam dan gula.  Selamat mencuba.

Tuesday 22 January 2013

Eggless Moist Chocolate Cake



Salam Maulidur Rasul...tahun aku rasa sangat teruja menyambut ulangtahun kelahiran baginda Nabi Muhammah Rasulullah a.s. yang jatuh sama dengan hari lahirku.  Memang ada cita-cita nak buat kek harijadi, tapi esok jugakla nak bertolak balik kampung halaman..harap adik aku yang Chef tu ada buat surprise ler..hehe..lagipun aku akan sambut bersama kembar aku sorang lagi yang dok kat kampung...tapi dia lelaki..so takde ler nak buat kek untuk kitaorang..haha

Apapun, just nak share simple resepi yang tiba2 teringin nak cuba malam tadi..tengok jam dah kat kol 12..baking time dalam 40 minit..hemmm...xpela..nak gak buat..Eggless tu yang aku teringin sebab stock telur kat umah nih dah habis!!! Eeee...


Sebenarnya aku bakar kek ni dalam loyang saiz kecik tu..ada lebih tu baru masuk cup sikit je..tapi masa snap gambar ni yang dalam loyang lum masak..dah malas lak nak ambik gambar lain..alasan la tu kan..hihi

Anyway, kek ni memang bagai dikata..sangat moist dan sedap..tidak berderai..tekstur halus..topping ngan chocolate ganache tu lagi la sodappp!!!  Nak sodap lagi makan ngan vanilla ice cream..

Resepi yang teramat mudah tanpa mixer, tanpa telur ni sku jumpa kat blog Rahel di rahelcake.blogspot.com.  Menarik sungguh resepi2 yang beliau cuba.  Harap boleh izinkan kiter share version ubahsuai kat sini eh..

Resepi Olahan Semula: resepiharihari
Diambil Dari: rahelcake.blogspot.com

Bahan-bahan:

1 cwn tepung (aku guna tepung halus)
1 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/2 cwn cocoa powder (aku campur yang dark ngan Dutch)
2 sb tepung susu
1 1/4 cwn air peti
1 cwn gula perang
1 sk vanilla
1/2 sk coffee emulco
1/2 cwn mentega cair
1 sk cuka/ jus lemon

Satukan semua bahan kering dan sebatikan.  Kemudian masukkan air, minyak, vanilla, coffee emulco dan gaul rata guna whisk saja.  Bila sudah sebati, masukkan cuka dan gaul lagi cepat2 hingga betul2 rata. Dan terus masukkan dalam oven yang telah dipanaskan selama 45 minit pada suhu 180oC.



Bihun Goreng Putih



Menu biasa saja untuk dinner..mudah, cepat, ringkas..haa..bihun goreng ler...side dish tu baki keropok leko yang aku beli masa outstation ada lagi dalam peti ais..elok je..makan ngan bihun ni sedap je..hihi..enjoy..



Sunday 20 January 2013

Chocolate Fruity Danish Roll


Hmmm...nyaman sungguh hujan2 begini..nak keluar pun dah jadi malas..lepak kat rumah yang paling best..tadi lepas lunch selak2 Majalah RASA bulan Februari 2013.  Mata tertarik lak kat kuih ni ha..Danish Pastry..lagipun belum pernah try lagi sebelum ni..bahan2 pun ada je kat dapur..apa lagi..bila lampu dah hijau (anak-anak dah tido), aku pun mulakan operasi..tak perlu mixer jadi takde bunyi bising dan mengganggu tidur..hehe..


Memandangkan aku suka sangat dengan gabungan cinnamon sugar, fruits dan Nutella, jadi filling pastry ni aku gabungkan semua ikut taste sendiri...hasilnya sedap...tekak sendiri ler..hehe..tekstur lembut dan tidak terlalu manis..sangat padan untuk minum petang..paling ngan ngan kopi O kan...



Resepi danish ni simple je dan mudah disediakan..jom kita tengok resepi pula ye..

Sumber: Zeti Hot Oven thru Majalah RASA Februari 2013
Dicuba semula dengan olahan oleh: Resepiharihari

Bahan-bahan:

100 gm mentega
11 g yis 
2 sudu gula
100 ml susu segar
1 sudu teh vanilla
1 telur
125 g tepung roti
125 g tepung kek
1/2 sudu teh cinnammon
Mix fruit
Nutella
Badam

Cara Penyediaan:

Satukan susu, gula dan yis dalam bekas dan biarkan 10 minit.  Dalam bekas lain satukan semua bahan kering.  Gaul rata dan buat lubang di tengah-tengah.  Masukkan bancuhan susu, vanilla dan telur di tengah.  Perlahan-lahan sebatikan adunan dan uli hingga menjadi doh lembut.  Rehatkan adunan selama 30 minit.  Kemudian canai rata.  Sapukan mentega serata permukaan.  Lipat jadi tiga lapis macam lipat kain tu ye.  Pastu canai lagi.  Ulang hingga 3 kali.  Kemudian sapu Nutella, tabur mix fruit dan badam pada kedudukan memanjang.  Terlupa nak ambik gambar masa ni.  pastu gulung macam swiss roll.  Jadi memanjang la doh kita ni ye.  Kemudian rehatkan lagi dalam peti ais supaya senang nak potong nanti.  Dalam setengah jam ke sejam.  Kemudian potong doh dan leperkan sikit.  Susun atas loyang dan sapu eggwash dan terus dibakar selama 20 minit pada suhu 180oC.  Untuk sapuan berkilat boleh juga guna bancuhan susu pekat manis dan telur dan vanilla.  Selamat mencuba.


Nasi Lemak Sardin



Alhamdulillah..pagi ni sudah mulakan semula aktiviti rutin memasak di dapur..menu biasa saja..Nasi Lemak..cuma lauk nye jadi Sambal Sardin..bilis dah habis daa...sedap pulak sebab dah lama tak makan...resepi macam biasa saje..cuma nak share jenis beras yang aku guna ni..sangat sesuai untuk nasi lemak..tak terlalu berkanji..berderai dan tak pecah..tapi lembut..cap Bird of Paradise..harga je la mahal sikit..apapun..enjoy..petang nanti nak sediakan dessert pulak..tengah pikir nak masak apa pulak..perut tengah kenyang susah dapat idea...hehe...

Friday 18 January 2013

Penat Outstation..Dapur tak Berasap Seminggu

Salam semua..baru balik dari outstation seminggu..sebab tu tak berasap dapur Hari-Hari..haha..malam ni pun rasanya nak rehat dulu dari aktiviti dapur..dan luangkan masa bersama keluarga..insyaallah..hari minggu ingat nak sediakan hidangan spesel sikit since dah seminggu tak masuk dapur..jumpa lagi...

Wednesday 9 January 2013

Dah Lama tak Buat ROTI

 Lama sungguh aku tak buat roti..ini tak silap entry kesebelas untuk roti dan bun nih..seronok buat roti sebenarnya..walaupun agak penat menguli doh..haha..sebab agak malas malam tadi, jadi aku hanya sediakan ban kosong je untuk breakfast..ingat nak cicah teh..atau sapu Nutella..atau cicah kari aje..



Tuesday 8 January 2013

Kek Coklat Hari Ini


Salam hari Rabu semua..malam tadi aku sempat sediakan kek coklat yang sangat ringkas.  Sebelum ini pun pernah aje buat kek coklat..tapi belum menepati standard yang aku idamkan..lum jumpa resepi dan teknik yang sebenar lagi..hihi..

Apapun, tekstur kek yang aku cuba kali ini sangat lembut dan moist..gula memang aku kurangkan, so tak manis sangat..cuma aku kurang puas hati dengan sesetengan part cake yang kurang halus teksturnya..kalau perasan, ada part yang agak kasar..aku tak berani nak beat cake ni sebab pernah buat terus jadi kuih talam coklat..haha..coklat baking ni memang sensitif..mungkin aku kena sift dry ingredients lebih dari sekali kot..pastu cuba guna tepung halus pulak kan..atau teknik sponge cake..huuuu

Jom la kite cek resepi yang aku rujuk dari Barefoot Contessa..

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung
1 3/4 cawan gula
3/4 cawan cocoa powder
2 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1 tsp salt
1 cup buttermilk
1/2 cup vegetable oil
2 large eggs
1 tsp vanilla 
1 cup hot coffee

Campurkan semua bahan kering dan kacau sebati.  Dalam bekas lain, satukan telur, susu, minyak, vanilla dan buttermilk (susu segar campur dengan 1 tsp cuka/ lemon juice).  Tuang liquid ingredient dalam bahan kering.  Kacau rata.  Masukkan perlahan-lahan kopi panas dan kacau rata.  Bakar pada suhu 170oC selama 30 minit atau hingga masak.

Selamat Mencuba.



Monday 7 January 2013

Thanks To MAGGI....Alhamdulillah..syukur...





Apa yang dapat aku ucapkan selain bersyukur kepada Allah yang murahkan rezeki aku sekeluarga.  Sungguh tidak kusangka..hari ini aku menerima emel dari Sue di Cooking Momster yang pernah menganjurkan Maggi “Good To Great” Campaign pada hujung tahun lalu.  Resepiku bertajuk "Maggi Ball in Maggi Mushroom Soup" telah berjaya Menang!!!..Dan aku sekeluarga telah memenangi...



THE PRIZE :

1. LEGOLAND, Malaysia Family Holiday worth RM1,500

2. A complete range of Maggi Culinary Solutions range of products

index.jpg
maggi.jpg

logo.gif

Kemenangan ini satu permulaan untuk aku menghasilkan karya yang lebih kreatif di masa akan datang.  Berkat sokongan ahli keluarga, kawan-kawan, blogger2 masakan (thanks K. Ita Masam Manis yang turut promote the campaign).  Sememangnya banyak idea dapat dicetuskan menggunakan variasi produk Maggi.  

Terima Kasih tidak terhingga kepada Maggi yang membuka ruang kepada blogger masak
untuk sama-sama berkongsi Cooking Idea dan menjadi resepi kegemaran keluarga bersama...

Jumpa lagi...


Nai Ayam AJL 27

 
Ni lauk dinner malam tadi..dah sebok nak nengok AJL..gambar pun main snap aje..takde posing2 dah..pasru terus ngap depan tv..tak apa la...dah resepi hari-hari..hehe..



Saturday 5 January 2013

Manggo Milk Juice


Ahhh...nyaman sungguh dapat menikmati jus buah mangga bersusu tika cuaca panas2 nih...kali ni aku tak guna air soda dah..tapi ganti ngan susu saja..plus jus mangga..

Konon beli mangga import dari india ingat manis la buahnye..skali rasa masam jugak..haha..dah la sebijik saiz biasa sampai RM 11...fuhhh..kena la letak susu manis...baru la sedap sikit...jom minum dulu...


Sotong 5 Rasa..ntahla..hiii



Tarang!!..Ni la kawan2..lauk dinner aku sekeluarga malam tadi...sebab tak de ide sangat..last2 jadi masakan segera aje..guna perencah lima Maggi kat bawah ni..tapi menumis bagai jugak la..bila siap rasa macam paprik pun ada..macam tomyam pun ada..anak pulak komen kejap rasa sup..kejap rasa kicap..ayya..apa2 je lah..yang penting sume berselera makan..jom layan resepi ringkas ni dulu..

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 inci halia
3 batang serai
1 paket perencah lima rasa
Capsicum
Carrot

Cara penyediaan:

Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.  Masukkan perencah lima dan air secukupnya.  Diikuti dengan sotong.  Perasakan dan masak hingga kepekatan yang disukai.



Friday 4 January 2013

Coffee Capucino Swiss Roll..Again????


Dah macam kilang swiss roll gak nye dapur aku nih..tapi aku enjoy betul buat swiss roll..tak tau kenapa..huhu..dari kecik pun memang suka makan swiss roll..cuma family tak mampu sangat nak beli dulu2..asek kempunan je ler..skrg ni rasa bersyukur sangat Allah kurniakan semangat dan rezeki untuk aku teruskan minat memasak yang tak pernah padam ni...alhamdulillah..

Jika ada rezeki tu boleh la jamu kawan2 kat opis jugak..tapi time sengkek tak leh la nak jamu selalu..haha..maklum ler..bahan2 bakery ni kan costly sikit..apapun aku ikhlas dan sangat senang bila leh kasi kawan2 rasa apa aku masak ni..thanks for always being supportive...love uolls...


Berbalik semula pada cerita Coffee Cappuccino Swiss Roll nih..aku serius suka ngan rasa kopi dan capu cino ni..wangi semerbak masa baking tu...hmm..sangat menggoda..bila dah sapu ngn nutella coklat hazelnut spread tuh..lagi la menusuk kalbu..semestinya akan buat lagi lepas nih.. 


Untuk resepi, sama jugak dengan entry sebelum ini untuk Cappuccino SR...cuma kali ni aku tambah 1/2 sudu kecil Coffee emulco aje..banyak nanti pahit...yang lain sama aje..leh refer kat SINI ye..


Thursday 3 January 2013

Blueberry Swiss Roll 2



Demam Swiss Roll la rasanya aku nih..hihi...selagi tak puas hati camnilah..aku ni jenis perfectionist sikit..hihi..maklumlah..bukan ada latihan formal dalam kulinari ni..walaupun minat mendalam sejak kecik..tapi bila besar lain pulak profesion nye..haha..apa2pun..makan perlu diteruskan..haha..

Resepi swiss roll ni aku repeat aje dari previous entry.  Dah malas nak cuba yang lain sebab dah comfortable dengan resepi ni..tidak mengecewakan lagi setakat nih..jangan salah prepare sudah..)..

Sebenarnya aku sediakan blueberry swiss roll ni sebab nak suka2 makan kat ofis je..ada pulak member yang pregnant bgitau suka sangat dekat blueberry..bila bawak opis orangnya pulak yang takde...tinggal yang tak pregnant je makan..haha.. 



Lepas dah banyak trial ni aku dah kurang cuak sikit nak gulung kek ni..sebelum ni takut2 nak gulung kemas dan rapat..takot pecah atau retak..tang filling tu pulak aku tak suka kalau sikit sangat..macam  tak baloi nak whip ngan mixer..lagi2 kalau dah letak blueberry kat dalam..nak jugak rasa cebisan blueberry tuh bila gigit..

Lagi satu, gula memang aku akan kurangkan..untuk resepi ni aku cuma guna 3 sudu gula saja..filling kan dah manis..

Cuma entry ni malas pulak nak letak kulit kat luar..jadi gulung belah dalam..yang ni terpulang pada citarasa masing2..selamat mencuba..boleh refer resepi DI SINI ye..

Haa..lagi satu..untuk filling kali ni aku terus whip cream dengan blueberry sekalu harung..



Apple Mint Soda..STRAW MANA???


Rasanya ni first entry aku untuk minuman..ntah hangin mana datang..tiba2 nak minum air pelik2 pulak tekak nih..ala2 kat hotel gitu..haha..padahal tak pernah order kat hotel pun..berkenan tengok daun pudina yang segar2 kat pasar weekend ritu..jadi aku cuba olah satu minuman dengan campuran jus apple, air soda dan daun pudina...hmmm..nyaman sungguh kawan-kawan..cuba lah eh...tapi gula takyah masuk..sebab dah ada dalam air soda tu kan..kurangkan gula tau..selamat mencuba..