Monday 10 September 2012

Orange Fruity Roll





Sumber Asal: resipicitarasawan.blogspot.com

Modified Recipe: resepiharihari.blogspot.com

Bahan A:

3 putih telur
2 sudu besar gula kaster
1/8 sudu the cream of tartar

Bahan B:

3 kuning telur
75 g gula
40 g minyak jagung
1 teaspoon vanilla
2 teaspoon Sunquick orange base
80 g tepung
Mix fruit
Pewarna oren

Cara-cara:

Pukul bahan A hingga bertanduk.  Dalam bekas lain, pukul telur kuning dan gula hingga kembang.  Masuk air.  Disusuli minyak.  Putar lagi.  Masuk vanilla dan Sunquick oren.  Akhir baru masuk tepung sedikit demi sedikit.  Seterusnya, kaup balikkan adunan A dalam B hingga sebati.  Bakar pada suhu 170oC selama 10-15 minit.  Sejukkan bila dah masak.  Kemudian guna whipped cream yang telah dipukul untuk sapu atas permukaan kek.    Sejukkan dalam peti sejuk.

Celoteh Suri:

Resepi ini menggunakan bahan asas yang sama dipetik dari blog resipicitarasawan.blogspot.com. Cuma saya modify sikit dengan perisa Sunquick dan mix fruit.  Tapi bagi saya, roll ini agak manis kerana letak banyak mix fruit (yg sudah sedia disalut gula).  Jadi, hasilnya roll agak berat dan moist.  Saya sarankan untuk kurangkan separuh gula untuk dapatkan rasa manis yang sesuai.  Lagi satu, resepi ini menggunakan Loyang 10x10 tetapi Loyang saya saiz 9x9.  Hasilnya tebal sedikit dan kurang cantik bila nak gulung.  Overall, rasa sedap kepada yg suka manis dan orangy taste.  Akan datang lagi projek swiss roll.  Tunggu.    

No comments:

Post a Comment