Sunday 24 February 2013

Super Easy Cheesy Wedges


Super easy Cheesy Wedges...its delicious..its cheaper..its super duper easy!!!

Jom cuba...hehe..cuma perlu dapatkan cheese powder khas untuk cheesy wedges topping kat kedai bakery..pastu bancuh dengan air panas je..kemudian sedia dihidang bersama mayonis..siap...mudah kan...

Ini hidangan faberet anak2..tu yang cari alternatif..tak larat nak beli kat KFC..hehe

Friday 22 February 2013

Bihun Goreng Udang aje..heee


Huhu..minum petang ngan bihun goreng udang ajer petang nih..balik keja terus masak sebab 
anak-anak dah lapar..walaupun kepenatan demi anak2 mak mana yang tak sanggup kan..makan dengan kopok keping..sedap dan kenyang..ni dah macam dinner jugak la kan...guna resepi biasa kampung2 je...tambah kicap cair untuk perasa..yang lain macam biaso...:)


Thursday 21 February 2013

Udang Goreng Cili Hijau



Udang Goreng Cili Hijau..sangat direkemen buat yang suka makan pedas bedesup..haha...serius sedap..idea dapat bila makan lauk ayam masak lebih kurang gini ler..kaler hijau...so, aku cuba apply kat udang..rasanya lagi sedap..

Untuk menyediakan hidangan ini tak susah..cuma blend saja cili hijau dan cili api hijau.  Dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus.  Bila agak garing, masukkan cili yang telah dikisar tadi.  Masukkan beberapa batang serai yang telah diketuk atau kisar halus.  Tumis hingga garing dan pecah minyak.  Masukkann asam keping, udang dan perasakan.  Hidangan ini juga boleh dicampur dengan sayur-sayuran kegemaran seperti lada capsicum, kacang peas atau carrot.  Selamat mencuba ye...


Monday 18 February 2013

Mi Kari Kentang Goreng



Dinner malam tadi..mi kari makan ngan kentang goreng tepung..erk...cuba dulu baru tahu..sedap beb..instead of bubuh kentang dalam kuah, aku goreng kentang celup tepung...rangup gitu..cuma tertinggal sawi celur ngan cili potong pulak masa makan..haha..dah habis baru perasan ha..

Resepi biasa saja...macam episod terdahulu..(kes malas nak taip la tuh...haha...)

Sunday 17 February 2013

Sardin Bendi



Ala-ala asam pedas..aku cuba combine sardin dengan bendi..padahal malas nak masak banyak lauk kan..haha..2 in 1..ada sayur ngan ikan sekali..tinggal tambah nasi je kan..hihi..resepi tak susah..tumis bawang dan cili macam biasa..kemudian tambah bendi aje la..


Friday 15 February 2013

Blueberry Bun




Roti Blueberry ni terhasil sebab dah lama tak buat roti..lagipun aku lum pernah cuba lagi topping blueberry nih..terus tengok resepi je la ek..

Bahan-bahan:

300 g tepung roti
4 sudu besar gula
10 g yis kering
60 ml susu segar/ atau air suam
40 ml minyak sayur
1 biji telur
Secubit garam
Vanilla
90 g water roux (boleh rujuk resepi roti terdahulu)

Cara penyediaan:

Sediakan yis dulu dengan mencampurkan susu suam, yis dan 1 sudu besar gula dalam cawan.  Biarkan hidup dalam 10 minit.  Dalam bekas asing, sebatikan tepung, gula, garam.  Buat well di tengah2, masukkan liquid ingredient dan sebatikan.  Perlahan2 ulu adunan hingga lembut dan tidak melekat.  Rehatkan adunan 30-40 minit hingga doh naik 2 kali ganda.  Lepas itu, baru dikeluarkan angin dengan menumbuk2 adunan.  Bentukkan ikut timbangan yang serata.  Biar doh naik lagi selama 15 minit.  Sapu permukaan roti dengan egg wash dan blueberry.  Bakar pada suhu 180oC selama 25-30 minit dalam oven yang telah dipanaskan.  Angkat dan sapukan margerine pada permukaan dan spray sedikit air untuk permukaan yang berkilau dan lembut.  Tutup roti dengan towel 5 minit supaya permukaan roti tidak keras.  Simpan roti yang telah sejuk dalam plastik kedap udara.









Wednesday 13 February 2013

Cempedak Goreng Rangup



Cempedak goreng rangup???  Hmmm...sedapnyer...minum petang semalam dengan kopi o panas..tak puas makan sebab isi cempedak manis..masa balik kampung suami sekejap banyak pulak hasil kebun..cempedak, nangka, langsat, durian ngan mata kucing..sampai memulas perut menikmati buah-buahan tempatan yang sedap ni..tapi takleh banyak..lagi2 kalau makan masa perut kosong..mula lah perut lain macam..berangin bagai..malam dah takleh tidur..hehe..tapi sekali-sekala apa salahnya kan..

Entry kali ni ringkas je..saja nak share..nak share makan sama tak dapat..share gambar je la eh..biasanya macam2 jugak kaedah bancuhan tepung yang digunakan untuk menggoreng..apa pulak rahsia gorengan yang garing, tidak melekat dan rangup??
Ntahla..aku pun kurang mahir..tapi yang aku selalu cuba ni ok la..dapatla semua ciri di atas..cuma gunakan tepung gandum, tepung beras dan telur yang dibancuh pada nisbah tepung 3:2 (gandum:beras).  Untuk warna biasa aku letak serbuk kunyit aje...

Lagi satu, untuk hasilkan gorengan yang rangup dan serdak yang banyak, boleh letak sikit kapur makan dalam batter..memang rangup dan sedap..Selamat Mencuba..


Tuesday 12 February 2013

Bread and Egg



Hai semua..breakfast apa hari ni..sebenarnya baru sempat update story kat entry bfast semalam nih..serius sedap..roti bakar dengan telur half cooked di tengah dicicah dengan fresh mushroom dan potato panggang..pergh..memang aku sangat rekemen untuk sape-sape yang inginkan kelainan..

Bagaimana aku leh cuba resepi ni??  Sebenarnya pagi semalam aku dah buntu nak sediakan apa untuk breakfast..so apa lagi..mintak bantuan Google..English breakfast gitu...kebetulan bahan-bahan ada..jadi aku olah ikut tekak sendiri la..

Jom..cek resepi ringkas nih..

Bahan-bahan:

Dua keping roti
satu biji telur
Mayonis
Minyak olive
Pepper and salt
Fresh Mushroom
Potato
Bawang besar
Bawang putih

Cara penyediaan:

Untuk roti:

Tekapkan/ lubangkan roti dengan gelas atau acuan bentuk yang disukai.  Keluarkan tekapan.  Lapiskan roti yang telah lopong ke atas roti sekeping lagi.  Sapu mayonis sebagai gam untuk melekatkan dua keping roti tersebut.  Tabur pepper dan sedikit olive oil.  Bakar dalam tray yang dah disapu majerin selama 8 minit.  Untuk side dish, saute bawang besar dan bawang putih hingga layu.  Masukkan potato yang telah digoreng, dan mushroom.  Goreng sekajp hingga layu. Perasakan.  Boleh juga dibakar dan ditabur cheese.  Sedia dihidang bersama sos yang disukai.  Selamat mencuba. 



Monday 11 February 2013

Nasi Minyak Kari Daging..untuk breakfast



Erk..sarapan dengan nasi minyak ker..eh..biasala oghang Ganu makang nasik minyok pagi2..haha..tiba2 lak datanga angin nak masak berat untuk breakfast..aku dengan encik suami suka la..tapi kids kurang minat nasi kaler2 katanye...hmm..

Untuk resepi ni patutnya kene guna Basmathi untuk hasil nasi yang cantik..tapi dah stok takde aku bantai ake beras siam..so, apa yang diperlukan untuk nasi??

Beras
Marjerin untuk menumis
Rempah kasar (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
Bawang besar mayang
Susu cair

Cara2:

Tumis bawang dan rempah kasar bersama sehelai daun pandan dalam periuk nasi.  Guna marjerin cair untuk tujuan tersebut.  Bila sedikit garing, tuangkan beras yang telah dibersihkan.  Masukkan susu cair dan air.  Boleh agak ikut jenis beras yang digunakan.  Tanak macam biasa guna elektrik.  Bila nasi sudah kat Warm, titikkan pewarna yang digemari.  Biasanya dua kaler je.  Biarkan kering bersama nasi dan jangan dikacau.  Bila nasi dah masak sepenuhnya barulah dikacau rata bersama gajus atau kismis.


So, nasi minyak ni aku lawankan dengan kari daging berkentang.  Guna resepi biasa ajer.  Lepas tu boleh dihidang dengan sambal belacan, telur dadar gulung dan jelatah/ acar.

Selamat Mencuba



Saturday 9 February 2013

Mihun Goreng Cili Api



Selamat Bercuti..Selamat Tahun Baru Cina..selamat balik kampung..selamat tak balik kampung juga pada yang stay je kat bandor...hihi..sama la kiter...jem dooh..

So, sempena ujung minggu yang agak panjang nih..macam2 la xtiviti yang dah aku rancang..memasak makanan kegemaran dan mencuba resepi baru semestinya wajib..ni je la masa untuk fokus sikit pada hidangan yang berat sikit..kalau weekdays tu tak dapat der...

Apapun, pagi ni aku paparkan menu biasa aje la..mihun goreng..cili api tuh kasi terangkat sikit pagi2..bia segar kan..haha..resepi macam biasa je..segan nak share..cuma ini aku letak daging untuk perasakan..enjoy..


Thursday 7 February 2013

Hershey's Chocolate Cake



Hai semua..eee...segan lak jadi Chipsmore sekarang nih..kejap timbul..kejap tenggelam..banyak benda nak settle..apapun..thanks pada yang sudi menjenguk ye...

Citer trip ke Legoland menang Maggi Cooking Momster tu pun lum sempat upload lagi..seronok betul..terima kasih tak terhingga pada Cookingmomster yang anjurkan pertandingan..dan juga semestinya Maggi...

Hari ni nak kongsi sikit resepi mudah dan ringkas..aku follow aje kat kotak cocoa powder jenama Hersheys ni..saja nak tengok, ada beza tak rasa guna coklat mahal dengan yang kurang mahal sikit..bagi aku mahal la kalau kotak kecik pun dah RM 19 plus..hasilnya aku suka..lembut..tak manis sebab macam biasa aku akan kurangkan gula..tak suka manis...tambah coklat chip ngan badam sikit..lagi syok..


Preparation tak lama..dalam 10 minit aje..bakar dalam 20 minit aje..so sape2 pun boleh cuba..jom kite kaji resepi ni sama-sama ye..


Bahan-bahan:

1 1/2 cup gula
1 3/4 cup tepung
1 st baking powder
1 st soda bicarbonate
1 3/4 cup cocoa powder (unsweetened)
1/2 cawan vege oil
2 biji telur
1/2 st garam halus
2 st vanilla
1 cawan air panas

Mula-mula gaul bersama bahan kering dan ayak.  Dalam bekas lain, whisk bahan liquid kecuali air panas.  Tuang dalam teoung dan gaul rata guna whisk dulu.  Kemudian mix pada kelajuan medium selama 2 minit.  Tuang air panas perlahan-lahan dan kacau guna whisk je hingga sebati.  Tuang dalam cup atau loyang dan bakar selama 20 minit (cup) dan 30 minit (loyang).


Monday 4 February 2013

Fresh Fruits Cake


Hai semua..lama jugak dapur resepiharihari tak berasap..hii..bizi sikit..menjaga anak2 yang demam..balik kampung..biasala kan..

Tiba-tiba teringin sangat nak makan kek camni..kek yang tak manis..letak buah banyak2...hmmm...terangkat...asal usul aku buat kek ni bila terbaca resepi kat majalah Sedap yang dah jadi majalah tetap...serius aku sukakan kandungan dan olahan majalah tersebut..kombinasi Malaysia dan Indonesia..bahasa yang digunakan mungkin sedikit berbeza la kan..

Apapun, kek ini memang tak manis sebab dah kurangkan gula separuh..so bila makan ngan buah mangga yang ranum ni jadi sedang elok la manisnya..walaupun deco fail bangat..tapi tak apa la..sebab memang takde peralatan lengkap nak deco2 nih..asal leh susun buah dan makan..



Penyediaan kek sponge atau chiffon ni agak pelik sikit..first time cuba..ada kelainan pada rasa kek yang biasa..ada sesetengan artikel panggil Hot Milk Cake..sebab kita guna susu suam..


Sumber Resepi:

Majalah Sedap Februari 2013
Olahan Semula: resepiharihari

Bahan-bahan:

130 g unsalted butter (aku guna margerine)
130 g tepung kek
160 g susu cair (aku guna susu segar)
200 g kuning telur
400 g putih telur
1 sudu teh cream of tartar
200 g gula
Nutella (aku tambah gantikan jem apricot)
Vanilla (aku tambah)

Mula-mula panaskan mentega hingga cair.  Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati dan licin.  Ketepikan.  Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dan masukkan cream of tartar dan gula sedikit sedikit.  Ketepikan.  Panaskan susu hingga suam.  Tuangkan ke dalam campuran tepung dan gaul rata.  Tuangkan adunan ini ke dalam putih telur (meringue) dan gaul hingga rata menggunakan whisk.  Bakar kek dengan kaedah water bath selama 45 minit pada suhu 160 oC.