Saturday 8 March 2014

Chocolate Pecan Brownies


Dah lama teringin mencuba resepi brownies...yang boleh dikatakan antara cookies dan cake..
resepi yang paling mudah aku rasa...tanpa melibatkan peralatan atau mesin pemutar..

Hasil selepas bakar brownies ni aku dapati tekstyrnya agak kering, tetapi mempunyai rasa yang lemak2 coklat gitu..tidak bantat..dan lebih kepada kek coklat...cuma kurang lembap..hehe..
mungkin jugak sebab aku guna cake flour instead of all purpose flour

mungkin kalau kawan2 nak cuba tambahkan susu pekat manis atau buttermilk untuk melembapkan kek..atau curahkan chocolate ganache..



Jom la tengok resepi:

1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
4 biji telur saiz A
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung
1/2 teaspoon baking powder
2/3 cawan serbuk koko
1 cawan pecan nuts

Campurkan dalam bekas minyak, gula, telur dan sedikit vanilla.
Secara berasingan, campurkan bahan kering.
Satukan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul rata.
Masukkan kacan pecan atau kacang lain jika suka.
Bakar selama 30 minit pada suhu 165 C. 


Monday 3 March 2014

Daging Goreng Kimchi


Annyeong Haseyo...
menu dah lama menyepi dalam laptop malu nak keluar..
kebixian...walaupun teringat je nk update..tapi kesempatan xbp mengizinkan

apapun..menu Daging Goreng Kimchi ni khas untuk peminat KPop ke, G Dragon ke, Miss A ke...K Drama ke...etc..(aku la tew)..

simple bangat beb...time2 terkedu nak masak tak tau tu..mula la meraban..

jadi aku tumiskan bawang besar ngan cili api racik halus..
pastu letak cili giling sikit..bersama-sama kimchi..
dah takyah letak garam sebab kimchi dah masin kan..
untuk balancekan rasa, aku tambah kicap manis sikit..

dah masak tu perah pulak limau nipis...perghh..series sedap la..
ini mmg fast track menu ye kawan2..
sgt sesuai untuk yang bekerja dan nk sediakan dinner pada kelajuan kurangn dari 30 minit..hihi

Selamat Mencuba..

Insya Allah..coming recipes to be shared ye..tata titi tutu..