Saturday 8 March 2014

Chocolate Pecan Brownies


Dah lama teringin mencuba resepi brownies...yang boleh dikatakan antara cookies dan cake..
resepi yang paling mudah aku rasa...tanpa melibatkan peralatan atau mesin pemutar..

Hasil selepas bakar brownies ni aku dapati tekstyrnya agak kering, tetapi mempunyai rasa yang lemak2 coklat gitu..tidak bantat..dan lebih kepada kek coklat...cuma kurang lembap..hehe..
mungkin jugak sebab aku guna cake flour instead of all purpose flour

mungkin kalau kawan2 nak cuba tambahkan susu pekat manis atau buttermilk untuk melembapkan kek..atau curahkan chocolate ganache..



Jom la tengok resepi:

1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
4 biji telur saiz A
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung
1/2 teaspoon baking powder
2/3 cawan serbuk koko
1 cawan pecan nuts

Campurkan dalam bekas minyak, gula, telur dan sedikit vanilla.
Secara berasingan, campurkan bahan kering.
Satukan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul rata.
Masukkan kacan pecan atau kacang lain jika suka.
Bakar selama 30 minit pada suhu 165 C. 


1 comment:

  1. biasa kalo merekah kt atas tu sebab apa eh..i selalu rad down kalo tgk kek or brownies mereka terbuka camtu..tp kalo muffin cantik je kalo merekah hehe

    ReplyDelete