Monday 7 July 2014

Sambal Sotong

Assalamualaikum..selamat berpuasa di hari ke-10 sudah..syukur Alhamdulillah masih dikurniakan keupayaan oleh Allah untuk mengharungi hari-hari di bumi ciptaanNya yang maha indah ini..

Saban hari  masa berlalu, semakin dekat diri kita kepadaNya...semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keinsafan kepada semua bahawasanya hidup ini suatu perjalanan yang amat singkat..
hanya amalan yang mulia menjadi bekal di akhirat kelak..

Hari ini, suka aku berkongsi kisah Nabi Musa a.s semasa perdebatan baginda dengan Firaun..
sebagai memetik kisah dari IKIM...aku sunguh tertarik bahawasanya ayat penerang hati yang selalu kita baca dan perlu diamalkan itu juga digunakan Nabi Musa sebagai melengkapkan diri baginda untuk mendapat kekuatan dan kepetahan lisan membidas segala tohmahan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan ketika itu...

Dalam tugas seharian juga, ayat tersebut sangat memberi manfaat jika diamalkan...


Berbalik pada resepi kali ini, aku sediakan sotong masak sambal sahaja..sesuai dipadankan dengan nasi panas atau pulut..

Bahan-bahan:

Sotong dicuci dan dipotong
Cili giling
1 labu shallot 
2 ulas garlic
1 inci halia
(dikisar)
minyak untuk menumis
garam gula

Cara penyediaan:

Layukan sotong berasingan dahulu untuk membuang lebihan air.  
Petua: Cara ini menghasilkan sotong yang kekal pejal dan tidak kecut bila masuk dalam sambal nanti ye.

Dalam kuali lain tumis bahan kisar hingga garing, masukkan perisa dan sedikit air.  Akhir sekali masuk sotong dan gaul hingga masak sepenuhnya.


Sunday 6 July 2014

Nasi Ujan Panas

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali kita dalam rancangan masakan ketuk-ketuk pinggan..hahaha..

kali ni aku nak share juadah buka puasa yang dah lepas pun..Nasi Hujan Panas dgn Ayam Masak Merah Bersantan..

hajat d hati nak celoteh panjang..tapi masa xbp mengizinkan..kita naik ERL je la ye terus ke resepi:

Bahan Nasi:

Beras Basmathi (rendam 1 jam)
Air (untuk tanak)

Bahan tumis nasi:
2 ulas bawang merah mayang
2 ulas bawang putih mayang
1 inci halia mayang
bunga lawang
cengkih
kayu manis
susu sejat
susu manis
Tumis sume hingga garing guna mentega ye/ minyak sapi..
pastu masukkan susu cair..dua sudu makan susu manis..kiub ayam dalam 1..garam gula dan lada sulah
masuk beras dan tambah air hingga paras yang dikehendaki

sesudah masak nasi, titikkan pewarna kuning, merah dan hijua di beberapa sudut..tapi jagan dikacau ye..tutup je periuk dalam mood warm tu hingga nasi benar2 masak..

nak hidang nt baru kacau nasi..tabur daun ketmbar jika ada..

Bahan Ayam:

Ayam (garam kunyitkan dan goreng)
1 labu bwng besar
3 ulas bwg putih
cili giling secukupnya
(kisar halus)
1 inci halia
bunga lawang
cengkih 
kayu manis
Tumis sume bahan ni hingga garing

Masukkan ayam
diikuti air..hingga ayam empuk
last stage br masuk santan untuk pekatkan kuah
perasakan ye..

Selamat Mencuba 

Asam Pefas Kimchi Ikan Kembung



Assalamualaikum semua...

Segan rasanya nak menulis sebab dh berjaman tak update resepi kan...huwaaa....mmg rindu sangat dengan blog aku nih..tapi apakan daya..sudip tak sampai nak buat semua benda dalam satu masa..

Hihi...selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan..

Cik kak dan cik mak mesti sebok search resepi untuk buka puasa dan sahur kan..
kat sini hari ni aku kongsikan lauk bukak puasa yang sempat aku sediakan untuk rujukan dan perkongsian..kot ada yang teringin ye..hehe


Lauk ni simple dan ramai yang tahu kan..tapi apa yang lain sikit tu aku memandai tambah kimchi..besau lak tu saiznye..haha..kononnye ala-ala heroin KPop bukak puasa la...hahahah...ada plak gitu..
Jom tgok resepi dulu ye kak..kot tak smpat masuk dapur lak..aku masuk dapur balik dari ofis je la mampu..

Bahan-bahan:

Ikan (tenggiri lg best)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inchi kunyit hidup(dilembutkan dulu ye)
cili kering 
(blend)
belacan (optional ye..aku tak kawan ngn belacan)
kimchi
bendi
daun kesum
air
gula garam

Cara-cara:

Leburkan aje sume bahan kisar dalam periuk.  Tumis sekejap (aku suka tumis).
Pastu leh masukkimchi tu.  Bila dah didih masuk ikan dan bendi.  Masak hingga empuk dan perasakan.
Sedia dihidang.

Saturday 8 March 2014

Chocolate Pecan Brownies


Dah lama teringin mencuba resepi brownies...yang boleh dikatakan antara cookies dan cake..
resepi yang paling mudah aku rasa...tanpa melibatkan peralatan atau mesin pemutar..

Hasil selepas bakar brownies ni aku dapati tekstyrnya agak kering, tetapi mempunyai rasa yang lemak2 coklat gitu..tidak bantat..dan lebih kepada kek coklat...cuma kurang lembap..hehe..
mungkin jugak sebab aku guna cake flour instead of all purpose flour

mungkin kalau kawan2 nak cuba tambahkan susu pekat manis atau buttermilk untuk melembapkan kek..atau curahkan chocolate ganache..



Jom la tengok resepi:

1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
4 biji telur saiz A
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung
1/2 teaspoon baking powder
2/3 cawan serbuk koko
1 cawan pecan nuts

Campurkan dalam bekas minyak, gula, telur dan sedikit vanilla.
Secara berasingan, campurkan bahan kering.
Satukan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul rata.
Masukkan kacan pecan atau kacang lain jika suka.
Bakar selama 30 minit pada suhu 165 C. 


Monday 3 March 2014

Daging Goreng Kimchi


Annyeong Haseyo...
menu dah lama menyepi dalam laptop malu nak keluar..
kebixian...walaupun teringat je nk update..tapi kesempatan xbp mengizinkan

apapun..menu Daging Goreng Kimchi ni khas untuk peminat KPop ke, G Dragon ke, Miss A ke...K Drama ke...etc..(aku la tew)..

simple bangat beb...time2 terkedu nak masak tak tau tu..mula la meraban..

jadi aku tumiskan bawang besar ngan cili api racik halus..
pastu letak cili giling sikit..bersama-sama kimchi..
dah takyah letak garam sebab kimchi dah masin kan..
untuk balancekan rasa, aku tambah kicap manis sikit..

dah masak tu perah pulak limau nipis...perghh..series sedap la..
ini mmg fast track menu ye kawan2..
sgt sesuai untuk yang bekerja dan nk sediakan dinner pada kelajuan kurangn dari 30 minit..hihi

Selamat Mencuba..

Insya Allah..coming recipes to be shared ye..tata titi tutu..


Wednesday 1 January 2014

Butter Cake with mix fruits and almonds


Kepala denyut2..ulser dalam mulut..mata gatal..telinga bengkak..gusi denyut2..simptom allergic to belacan..budu..fish sauce..

Kalau makan kedai luar camni la..tak tahan kadang tuh..kn gi klinik ambik ubat gak..sebab tu aku lagi prefer masak kat rumah walaupun simple..hehe..mukaddimah tu..

Pun begitu, xde kena mengena dengan entry kek kali ini..yang smpat aku sediakan pagi tahun baru semalam..dalam denyut2 kepala tu..kononnya nak kasi ilang sakit kepala..hihi

Dah lama tak post dessert kat sini..dan lama gak tak pekena kek yang biasa untuk minum petang..buttercake merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk dicuba..

Rasanya dalam 15 minit siap bancuh..ringkas dan mudah disediakan..kalau emergency tetamu nk dtg pun smpat aje godek sekejap..

Jom tengok resepi..



Bahan-bahan:

100 gm butter
80 g brown sugar
2 eggs
140 g self raising flour
30ml fresh milk
20ml lemon 7-up
vanilla
mic fruit
almonds

Cara Penyediaan:

Putar gula dan butter hingga gebu.  Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul lagi.  Guna hand mixer je.  Pastu boleh selang selikan tepung ayak dengan campuran susu dan 7-up.  (Biar dalam 5 minit dulu capuran ni).  Pastu masuk vanilla.  Mix fruit tu gaul dgn tepung sebelum masuk dalam kek.  Tabur almond nibs kat atas kek sebelum dibakar pada suhu 170oC selama 35-45 minit.

Tips:  Bila guna gula perang, kek akan rasa lagi lemak di samping menambah warna keemasan pada kek.  Penggunaan susu pula untuk melembabkan kek.  Manakala 7up untuk melembutkan dan memberikan sedikit rasa lemon pada kek.

Yummy, less sweet and moist...