Wednesday 12 September 2012

Mini Rosemary Dinner Roll

Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

140 g tepung roti
30 g telur
30 ml air suam
15 g gula
40 g water roux
6 g yis
2 sudu susu tepung
20 g minyak jagung
1/4 teaspoon bread improver
1/4 teaspoon bread softener
Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 100 ml air dengan 20 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadu kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentuk bulat dan masukkan inti kacang merah.  Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Sebelum bakar, sapu permukaan roti dengan egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla).  Tabur dried rosemary herb.  Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit.  Angkat dan sapu permukaan roti dengan butter/ marjerin.  Bila sejuk, masukkan dalam bekas bertutup.

Celoteh:

Sebenarnya, dinner roll ni adalah versi eksperimen saya setelah menelaah banyak sumber.  Yang ini sama jugak dengan bun kacang merah, cuma saya nak tengok kalau tambah bread improver dan softener apa jadi.  Hasilnya...sangatla mengagumkan..gebu..halus..mulus..lembut...macam kulit baby je description saya  ni.  Hehe..Tak rugi la mencuba banyak resepi..boleh belajar banyak benda..jom tengok gambar lagi..Klik lagi..















No comments:

Post a Comment