Sunday 16 September 2012

Cheesy Bun



Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Cheesy Bun

Bahan-bahan:

300 g tepung roti
1 biji telur
60 ml air suam
6 sudu besar gula
90 g water roux
10 g yis
4 sudu susu tepung
40 g minyak jagung Daisy
¼ sudu teh bread improver

Sedikit garam

Cara-cara:

Water roux:

Satukan 100 ml air dengan 20 g tepung roti.  Kacau atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji.  Angkat dan sejukkan.  Tutup bekas agar tidak jadi kering.

Doh:

Satukan bahan kering dalam satu bekas.  Gaul rata.  Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu, tutup bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit.  Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Bentuk bulat. Rehatkan doh lagi sekali sehingga naik 2x.  Sebelum bakar, sapu permukaan roti dengan egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla).  Taburkan hirisan cheese pada permukaan dan juga dry thyme.  Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit.  Angkat dan sapu permukaan roti dengan butter/ marjerin.  Bila sejuk, masukkan dalam bekas bertutup.

Celoteh Suri:

Resepi bun ini sama je dengan yang sebelum ni saya buat.  Cuma mainkan sukatan sikit2 je.  Atas permintaan xcukup yang first version cheesy bun ritu, sebab tu buat siri ulangan ni.  Hehe…harap semua enjoy..tersangatla lembut..agaknya macam kat kedai..kena cuba dulu..






No comments:

Post a Comment