Monday 23 September 2013

Banana in Filo Pastry with Hazelnut Chocolate Spread


Lapar la perut nih..teringin nak makan dessert yang bercoklat2 gitu..

Sebenarnya hati ni dah lama nak cuba guna filo pastry yang dah lama tido kat dalam peti ais tuh..
Mahal jugak beb harga dia..

So aku cek la bahan2 yang ada kat umah ni..Nutella..Pisang berangan..badam...hah!  Boleh la ni buat something..

So aku hamparkan la filo pastry tu..sapu dengan mentega..taburkan gula perang..serbuk badam dan letak pisang tengah2..pastu gulung berlapis dan sapu lagi mentega dan gula pada setiap lapisan..

Then bakar aje hingga kekuningan dan rangup..

Bila nak serve tu aku letak Butella je..pergh...menusuk kalbu bila masuk mulut..untuk sesape yang suka kombinasi pisang dan coklat kena try ler..simple..n yet delicious...

Selamat Mencuba..

Sunday 22 September 2013

Pizza Bayam Campak-campak


 Selamat bertemu kembali..hmmm...bukan takat bersawang dah rumah aku nih..dah berhabuk bagai segala..agak lama rasanya tak menulis di blog kesayangan ni..kesibukan melanda..:)

Tapi aktiviti masak masih berjalan aktif..cuma lauk2 biasa je kan..nak share pun macam tak cun..hiii

Dek kerana hari2 nonton channel Food Network Asia..terpengaruh lak dengan benda2 western ni..
Weekend ritu tetiba teringin nak makan pizza..bila godek2 gobok ngan peti ais ada la pulak bahan2 nye..
Apa lagi..aku start ler menguli doh pizza yang aku campak2 aje..dan sediakan filling..

Tak sangka pulak..pizza bayam ni sedap wow...anak-anak dan mr hubby pun banyak makan..puas hati..
Jangan lupa cuba...!!!


Jom negok resepi..tapi aku agak2 je masa buat tuh..jadi puan2 pun boleh agak2 dan guna kuasa telepati gak ler nanti..insyaallah jadi..

Bahan-bahan Doh Pizza:

3 cwn tepung roti
1 paket yis segera (bancuh dengan 1/2 cwn air suam)
2 sudu gula
1/2 sudu garam
3 sudu susu segar
telur (optional tapi masa ni aku tak letak)
tepung semolina (untuk kasi permukaan pizza ada biji2 halus tuh dan tak melekat kat pan bila bakar)
1/2 cwn minyak sayur

Cara2:

Combine je semua bahan ni dan uli sesungguh hati..haa..air tu kena agak2 ler..kalu sikit sgt nanti keras..kalu lebih nanti melekat dan lembik nak uli..  Pastu rehatkan doh dalam bowl yang ditutup dengan towel lembab.  Dalam 30 minit gitu.  Pastu boleh dicanai dan bakar sekejap (5 minit).  Cucuk permukaan doh dengan garfu ye.

Untuk Inti:

Sautee 1 labu bawang besar dadu halus bersama capsicum dadu juga...
Pastu masukkan bayam dan perasakan...

Yang lain2 tu macam paperoni, tomato puree, mayo, mozarella, minyak olive sume standby ler untuk susun atas pizza nanti..

ok, ambik pizza doh tadi dan sapukan dengan tomato puree..pastu top up la dengan bayam sautee tadi..ratakan..tabur pulak paperoni..mayo..diikuti dengan renjis2 minyak olive sikit...last sekali tabur cheese sebanyak yang anda suka..bakar hingga garing dan masak..





Tuesday 3 September 2013

Brucsheta


Simple and super easy..a must try..
Untuk sediakan Bruscheta, hiris serong roti Perancis..sapukan mentega, diikuti dengan sos dan mayo/ sandwich spread.  Letakkan / lapiskan dengan paperoni atau chicken layer.  Tabur mozarella cheese, oregano/ italian herbs dan bakar pada suhu 200oC dengan api atas selama 10-15 minit.  Selamat mencuba.