Thursday, 29 November 2012

Lasagna


Uhuk...Lasagna???..hmm..tak pernah masak pun sebelum ni..tapi bila dah kering idea nak masak dinner, mula la keluar semua menu ntah hape2..hihi..tapi lasagna ni serius sedap lak..

Cuma saya takdela buat banyak lapis sangat..first trial takut tak jadi pulak..jadi buat dua layer je..cepat sikit masak..cepat la boleh makan..


Nak sediakan hidangan tak susah..cuma ambik masa jugak ler..tapi hasil berbaloi2..kat bawah ni rupe lasagna baru kua oven..


Yang bawah ni pulak filling yang digunakan untuk melapis lasagna..


Yang ini pulak creamy and cheesy topping..juga untuk lapis lasagna..


Jom ler kita nengok resepi dulu..

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar didadu halus
Olive oil untuk menumis
Carrot secukupnya (didadu halus)
1 tin kecil tomato puri
Minced chicken/ beef
1 biji tomato dadu halus
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil chicken stok
Pepper
Garam
Gula 
Kepingan lasagna segera
Cheese mozarella
1 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar Maggi Cukup rasa
Oregano

Cara Penyediaan:

A. Kuah tomato ayam cincang:


Tumis bawang dan carrot hingga layu.  Masukkan ayam cincang (keringkan air atas kuali dan masak hingga kering dulu).  Masukkan tomato puri, soso tomato dan tomato dadu.  Tambah air 1 cawan.  Perasakan secukupnya dan masak hingga sedikit pekat.  Ketepikan.

B. Sos cheese

Untuk sediakan cheese sauce pula, cairkan butter dalam pan.  Masukkan tepung dan kacau/ whisk hingga sebati pada api perlahan selama 1 minit saja.  Padamkan api dan kacau lagi.  Masukkan susu dan sebatikan atas api perlahan.  Jangan sampai hangus.  Perasakan dengan oregano, pepper, Maggi Cukup Rasa.  Angkat dan sejukkan.

C.  Melapis lasagna


Untuk melapis, panaskan dahulu oven.  Mulakan dengan menggris loyang/ caserol dengan sedikit butter.  Lapiskan dengan kuah tomato dulu.  Dikuti lasagna, cheese, kuah tomato, lasagna dan cheese.  Ulang hingga 4 lapisan.  Pastikan kuah menutup sepenuhnya lasagna. Biarkan 10 minit untuk lasagna meresap kuah.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.  Boleh lembutkan kepingan lasagna dalam air panas sebelum melapis.  Tidak perlu penuhkan lapisan kerana lasagna akan mengembang bila sudah masak dan menyerap kuah.  Boleh tabur mozarella tambahan sebelum bakar dan sprinlke dengan oregano.

Selamat Mencuba...


No comments:

Post a Comment