Friday 7 December 2012

Pau Kari Kentang.."Bila nak kawin??"


Pelik tak tajuk entry kali ini...haa..tang "Bila nak kawin??" tu mungkin buat kalian sedikit terkezutt..atau mungkin tidak...tajuk hanya gimik semata..tapi ada cerita di sebalik nama..malam tadi aku tersinggah ke satu blog secara tidak sengaja..mula2 nak jengah resepi pau gebu2..sebab dah lama tak buat pau nih..tapi mata ni terbaca jugak kisah penulis blog walaupun dalam karya yang agak panjang...

Baris demis baris makin aku tertarik dengan cerita si penulis...isu yang agak sensitif tapi terlalu menjadi kebiasaan ditanya oleh masyarakat kita...sekadar berkongsi di sini..isu yang cuba diutarakan si penulis merupakan kisah duka yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja..sesungguhnya jodoh pertemuan di tangan tuhan..tapi masih ramai masyarakat yang kurang reti bahasa..suka bertanyakan soalan "Bila nak kawin??" pada mereka2 yang mungkin belum berpunya...atau pernah kecewa...hish..tak patut kan..lagi2 kalau kita tau si kawan atau si sedare kita tu sudah sedikit berumur...sampai ada saudara mara yang sanggup offer calon yang bukan2 asalkan si dara mendirikan rumah tangga..

Jika di mana2 rata2 memiliki pekerjaan yang sangat stabil dengan pendapatan tinggi..ramai juga yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan..tapi masih single..tidak kira lelaki atau wanita..situasi agak sama...dipandang serong dengan cakap2 belakang yang kurang enak didengar..hingga segan si dara dan si jejaka yang ini untuk bergaul dengan rakan sekerja..apatah lagi saudara mara di kampung..pasti hati gusar bila ada yang akan bertanyakan soalan "Bila nak kawin??''..

Kepada penulis blog tersebut aku amat salute..kerana berani dan bersikap terbuka..panjang jugak comment yang aku kirimkan pada beliau..harap dapat membakar semangat untuk terus mengharung hidup...jodoh pertemuan di tangan tuhan..manusia merancang Allah yang menentukan...

Perkongsian ini hanya sekadar membuka minda semata2..so...respect each other...be happy...peace...hiiii


Sudah beberapa hari juga tidak menjengah ke dapur kesayanganku ini..fuhh..kurang sihat dua tiga hari ni..selsema dan batuk..nak masak jadi kurang selesa..hanya sediakan yangringkas-ringkas saja..

Malam tadi dinner awal sebelum Maghrib..jadi nye dalam kol 8.30 macam dah lapar balik..mula la dok pikir nak masak apa..yang mengenyangkan kalau boleh..memandangkan dah lama jugak aku teringin nak buat pau, jadi projek pau terus jalan la..bahan-bahan pun ada jer..



Sebab dah agak lewat, tak sempatla nak cari resepi yang gebu2..jadi aku terus rujuk adunan roti cheese yang pernah ku buat dulu2...di SINI cuma tinggalkan telur je..sebab tengok banyak resepi pau tak letak telur..hasilnya sangat lembut..sampai melepet pulak..kahkah..masa nak sedia agak lama sebab baru nak masak inti..kira2nya kol 11 jugak baru boleh makan..nasib baik sume belum tido..dapat dalam 12 biji gitu..pagi dah tinggal 2 ketul je..hmm..kena buat lagi la nampaknyer...


Apapun, jom kita tengok resepi dulu..jommm...

Bahan-bahan:

300 g tepung pau
60 ml air suam
4 sudu besar susu tepung
5 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
5 g yis segera
40 ml minyak
1/2 sudu kecil pelembut donut

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan dan uli hingga lembut.  Guna tangan dalam 10 minit jugak la.  Kemudian rehatkan selama 30 minit.  Keluarkan udara doh dan bulat2kan 60g seketul.  Masukkan inti dan bulatkan.  Letak di atas kertas lapik dan susun dalam periuk pengukus.  Rehatkan pau selama 10 minit sebelum dikukus pada api tinggi selama 15 minit.


Untuk inti boleh rujuk entry karipap di SINI.




No comments:

Post a Comment