Ayyya..ujan je petang-petang sehari dua nih..sebenarnya cokodok ni masak masa minum petang ujan-ujan weekend ritu..tapi memandangkan hari ini sampai rumah dah lewat sangat sebabb kerja yang menimbun, jadi mai la kita pakat tengok gambar jemput-jemput banana nih..masa ni minum ngan Kopi O panas..sekejap je licin..tak cukup..sebab buat pisang sikit je beli sesikat kecik...anyway..harap enjoy..
Bercakap pasal cokodok ni sebenarnya banyak jenis cokodok yang kita boleh sediakan..cokodok durian, cokodok kentang, cokodok bawang tu biasala kan..cuma cara penyediaan berbeza akan hasilkan result yang berbeza juga..jika adunan menggunakan bantuan soda/ baking powder, cokodok akan kembang tapi akan ada rasa pahit sikit..di sini saya share sikit tips cokodok yang based pada sendiri punye rasa..heheh..
1. Bagaimana nak dapatkan cokodok yang gebu dan ada volume dan lembut?
- Bancuhan tidak boleh terlalu cair kerana cokodok akan penyet masa goreng.
- Guna soda/ baking powder untuk tambah kembang.
- Paling ideal adalah guna campuran tepung naik sendiri dan tepung gandum biasa.
- Penggunaan telur dalam adunan akan hasilkan cokodok yang lembut walaupun sudah sejuk.
- Penggunaan mayonis dalam adunan akan tambah rasa dan volume.
- Yang penting, rehatkan adunan sekurang2nye 15 minit sebelum digoreng. Ini akan memberi ruang kepada adunan untuk sebati dan cokodok akan lebih lembut berbanding jika digoreng terus.
Selamat mencuba..