(Klik
pada gambar untuk imej yang lebih besar)
Sumber
Resipi: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
A. Doh Pastri:
1/2 kg tepung gandum serba guna
3 sudu besar soft margerine
1 1/2 cawan air
Secubit garam
B. Inti kentang kari:
6 biji kentang saiz sederhana -dibuang kulit, dicuci dan didadu
5 sudu rempah kari ayam + udang (bancuh dengan sedikit air untuk
jadi paste)
2 biji bawang besar - didadu
Daun kari
Minyak menumis
Gula
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara Masak:
A. Inti Kentang kari:
Tumis bawang besar hingga sedikit layu dan naik bau. Masuk paste kari dan
daun kari (masa masak ni takde stok daun kari, tu yang tak letak..hehe).
Dah naik bau baru masuk kentang dan air secukupnya (untuk lembutkan
kentang). Letak bahan perasa dan masak hingga kering.
Sejukkan.
B. Doh Pastri
Dalam bekas
satukan tepung, secubit garam dan soft margerine. Gaulkan rata.
Masukkan air sedikit demi sedikitdan uli hingga lembut dan tidak melekat.
Tutup bekas. Rehatkan.
Kemudian, boleh
bungkus karipap guna acuan dan dikemaskan tepi.
Tips Masakan:
Boleh sediakan inti dulu baru doh. Sementara inti sejuk, rehatkan doh
yang telah disediakan. Menggoreng perlu guna minyak yang betul-betul
panas untuk dapatkan efek menggerutu dan rangup pada kulit karipap.
Masa Memasak:
1 jam ke 2 jam.
Hmm..karipap oo karipap..makan sekejap je habis, tapi nak membuat tu mahu lenguh satu badan.