Sunday, 2 September 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis

(Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)

Sumber Resipi: resepiharihari.blogspot.com


Ikan Bilis (cuci)
2 labu Bawang besar (shallot)-selabu didadu, selabu lagi dikisar
5 ulas Bawang putih- kisar sama
1 inci Halia
5 sudu besar Cili giling
1 keping asam gelugur
5 sudu santan
2 inci gula melaka
Minyak masak untuk menumis
Bahan perasa

Cara Masak:

Kisar bawang dan halia.  Tumis bersama bawang dadu pada api sederhana.  Tambah sekali cili giling.  Tumis hingga betul-betul masak dan sedikit garing.  Pada masa ini, bawang besar akan caramelize dan kasi flavor pada sambal.  Pastu, masuk bilis.  Masak kejap lagi dalam 5 minit.  Masuk asam keping.  Kemudian gula melaka, gula dan garam, lepas tu air untuk kasi rasa serata.  Adjust kepekatan sambal ikut kesukaan.  Last letak santan untuk rasa lemak dan sedap.  Boleh hidang.

Tips Masakan:

Resepi ini dijamin spesel kerana menggunakan bahan yang agak berbeza dari kebiasaan.  Penggunaan api dan masa memasak yang betul akan menghasilkan keputusan yang hebat.

Masa Memasak:

1 jam ke 2 jam.




No comments:

Post a Comment