Sumber Asli: Rosmarlina Abd Ghani (www.myresipi.com/www.jintanmanis.com)
Resepi Modifikasi Semula: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
(untuk 9 biji bun bersaiz standard)
300 g tepung roti (masa buat takde, jadi guna tepung pau pun boleh)-modified
120 ml susu suam
5 sudu besar gula-modified
1/2 sudu kecil garam-tambah
4 sudu besar susu tepung-modified
1/4 sudu kecil double action baking
powder (DABP)-tambah
5 g yis kering segera (Mauripan)
1 sudu besar marjerin
Vanilla essence
Mix fruit-tambah
Cara-cara:
Satukan semua bahan liquid dalam satu bekas. Masukkan yis,
gula, vanila, garam dan telur. Kacau dan sebatikan. Tuang campuran
dalam bekas lain yang telah digaul rata/ diayak tepung, susu tepung, marjerin
dan DABP. Uli hingga sebati selama 8 minit atau lebih.
Kemudian rehatkan doh sehingga naik 2x ganda. Tutup bekas dengan
towel basah. Masa yang diambil lebih kurang 1 jam hingga 1 jam setengah.
Kemudian, tumbuk adunan yang naik untuk buang angin. Masukkan
mix fruit dan bentukkan ikut suka. Timbang setiap biji untuk dapat
accurate weight. Rehatkan roti lagi sekali untuk naik dan kembang
(proofing)
Proofing:
Untuk tujuan proofing, suhu optimum adalah dalam lingkungan 40oC.
Untuk itu, boleh letak doh dalam oven yang telah dipanaskan pada tahap
suam-suam dan letak tray berisi air di bahagian bawah untuk pemeluwapan.
Biar selama 8 ke 10 minit. Ilmu ini saya pelajari dan cuba dari
panduan yang diberikan oleh Kak Wan dari resipicitarasawan.blogspot.com.
(Terima kasih kak wan atas panduan yang sangat berguna).
Selepas itu, boleh spray permukaan roti dengan air atau sapu
campuran telur, air, vanila dan susu sebelum dibakar pada suhu 170oC selama 20
hingga 30 minit.
Setelah roti masak, sejukkan atas redai dan boleh juga spray air
(mist) atas surface supaya tidak keras. Saya cuba ok je. Hihi.
Rupa roti sebelum bakar. Nak tabur bijan pun boleh
juge.
Roti ini hasilnya lembut dan gebu lebih-lebih lagi lepas bakar.
Selamat mencuba.
Tips dari Suri:
Jangan lupa untuk letak dulang pembakar pada aras paling bawah dalam oven untuk
mengelakkan hangus pada permukaan roti dan kurang masak pada bahagian bawah.
Guna api atas bawah ye.
No comments:
Post a Comment