Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Sumber:
therepressedpastry.com adapted from NY Times Red Velvet Cake
Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1/4 cawan serbuk koko
(Suri kurangkan)
½ teaspoon garam
2/3 cawan minyak sayur
¾ cawan gula
1 biji telur Gred A
1 sudu kecil pewarna
merah
½ teaspoon baking soda
¾ teaspoon white vinegar
1 sudu besar susu (pandai2 tambah)
Cara-cara:
Pukul gula
dengan minyak hingga sebati. Masukkan
telur dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan
vanilla dan pewarna merah. Dalam bekas lain, tapis tepung, serbuk koko dan
garam. Masukkan tepung sedikit2 ke dalam
adunan dan pukul lagi. Masukkan bancuhan
cuka dan baking soda dan pukul laju sekejap.
Boleh dibakar selama 20 minit (bergantung) pada suhu 175oC.
Celoteh Suri:
Tarang...red velvet..memang jadi kegemaran saya. Tercetus nak buat kek ni sebab xcukup makan masa meeting. Sedap. Tapi ada benda wajib yang missing kat sini..Cream Cheese Topping..huwaaa...yang saya makan tu xrasa susu sangat..sebab tekak ni memang xleh terima kehadiran rasa susu dan tenusu..xtau la kenapa..apapun, sebab nak lepaskan kempunan saya buat juga la walau tanpa toppingnye. Cuma saya sapu bancuhan strawberry jem kat atas untuk efek kilat dan extra flavor..resepi nih senang dan menjadi...selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment