Sumber Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
140 g
tepung roti
30 g telur
30 ml air
suam
15 g gula
40 g water
roux
6 g yis
2 sudu susu
tepung
20 g minyak
jagung
1/4 teaspoon bread improver
1/4 teaspoon bread softener
Sedikit
garam
Cara-cara:
Water roux:
Satukan 100
ml air dengan 20 g tepung roti. Kacau
atas api perlahan sehingga jadi macam gam kanji. Angkat dan sejukkan. Tutup bekas agar tidak jadu kering.
Doh:
Satukan
bahan kering dalam satu bekas. Gaul
rata. Kemudian, masukkan bahan-bahan
lain dan uli sehingga lembut dan tidak melekat.
Dalam 30 minit gitu. Pastu, tutup
bekas dengan towel lembab dan biar naik selama 45 minit. Selepas itu, tumbuk doh untuk keluarkan
angin. Bentuk bulat dan masukkan inti
kacang merah. Rehatkan doh lagi sekali
sehingga naik 2x. Sebelum bakar, sapu
permukaan roti dengan egg wash (bancuhan air, telur, garam dan vanilla). Tabur dried rosemary herb. Bakar pada suhu 175oC selama 20 minit. Angkat dan sapu permukaan roti dengan butter/
marjerin. Bila sejuk, masukkan dalam
bekas bertutup.
Celoteh:
Sebenarnya, dinner roll ni adalah versi eksperimen saya setelah menelaah banyak sumber. Yang ini sama jugak dengan bun kacang merah, cuma saya nak tengok kalau tambah bread improver dan softener apa jadi. Hasilnya...sangatla mengagumkan..gebu..halus..mulus..lembut...macam kulit baby je description saya ni. Hehe..Tak rugi la mencuba banyak resepi..boleh belajar banyak benda..jom tengok gambar lagi..Klik lagi..
No comments:
Post a Comment