Sumber:
resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
80 g marjerin planta
120 g tepung naik sendiri
2 telur gred a
80 g gula
1 sudu besar bancuhan
instant coffee (Suri guna Nescafee merah tu je)-sejukkan
1 sudu besar minyak
jagung
I sudu besar susu
1 sudu the coffee emulco
Chocolate chips
Cara-cara:
Krimkan gula
dan margarine sehingga kembang. Kemudian
masukkan telur satu demi satu. Pukul
hingga gebu. Masuk tepung sikit2. Diiringi bancuhan instant coffee dan coffee
emulco. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan minyak jagung dan susu dan pukul
dengan speed tinggi sekejap. Kemudian
boleh digaul bersama coklat cip atau tabor atas permukaan kek sebelum dibakar
selama 25 minit pada suhu 175oC.
Celoteh Suri:
Hummmmmm….resepi
ni terhasil sebab tiada idea nak masak apa malam tadi. Bila ke dapur, tengok2 bahan..dapat
idea. Tapi memang nekad nak reka sendiri
sepenuhnya. Alhamdulilah..menjadi. Kek gebu, lembut, tidak bantat dan rasa
kopi. Mungkin yang tidak gemar kopi
boleh guna coklat. Masa bakar memang
semerbak bau kopi. Walaupun lewat malam
tapi rasa macam pagi sebab bau kopi kan..hihi..anyway enjoy.
No comments:
Post a Comment