Saturday 20 October 2012

Karipap Ayam

Memandangkan karipap ni kuih faveret sume dalam umah nih..jadi terhasil ler karipap kari ayam ini..biasa memang tak letak apa2..cuma kentang..kali ini ada extra rencah iaitu minced chicken..resepi sama je dengan entry sebelum ini di SINI.  Cuma tambahkan ayam cincang sahaja.  Tapi ada prep sikit la kat ayam ni..biasa nye, untuk kurangkan lemak, saya akan keringkan air ayam dulu dalam pan..sambil tu di kacau dan dihancurkan supaya tidak jadi ketul2 besar sangat..bila air kering, basuh dalam penapis untuk buang lema yang melekat..kemudian baru dimasak bersama inti karipap..masuk lepas curry paste..kalau nak pedas boleh letak cili giling..Selamat Berkaripap...dan berhujung minggu..



No comments:

Post a Comment