Tuesday 9 October 2012

Kerang Capsicum

Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Salam Sejahtera..hmm..formal lak malam2 nih..memandangkan lambat tulis resepi, kena la guna ayat berhemat sikit.hihi..rasa nak tukar font pulak...resepi ni untuk dinner..sangat ringkas dan menggunakan bahan yang minima sahaja..makan dengan nasi putih aje..kerang ni pun bagus untuk tambah darah..walaupun sangat simple, saya letak juga la resepi kat sini..jadi, kalu masa malas nak pikir dan sudah kering idea masak..boleh le follow je..senang kan...jom la tengok jap resepi nih..hiii

Bahan-bahan:

Kerang (mestilah..hee)
Capsicum dihiris halus ikut citarasa
Bawang putih 3 ulas
Bawang besar 1/2 labu dimayang halus
Hirisan carrot
1 sudu cili boh
1 sudu sos tomato
Kicap cair
Chili flakes

Cara-cara:

Tumis bawang hingga layu.  Masukkan sedikit cili boh.  Bila dah garing sedikit,,masukkan kerang yang telah direbus/ celur terlebih dahulu. (Nape ye??..ni supaya kerang tak mengecut dan kering bila digoreng.  Sama jugak dengan sotong, kena rebus sekejap dulu baru masak..untuk kekalkan shape dan tekstur).  Haaa...pastu boleh dimasukkan capsicum, carrot dan perasakan dengan kicap cair, sos tomato, gula dan garam. Akhir sekali taburkan chilli flakes untuk rasa pedas.  Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment