Sunday 14 October 2012

Rice Paper Roll


Kali ini saya nak share satu resepi yang amat menyihatkan dan ringkas.  Makanan Vietnam ini biasa dimakan dengan sos pencicah yang pelbagai.  Antaranya menggunakan kombinasi kekacang dan sos ikan, bijan dan sebagainya.  Cuma untuk entry ini saya hanya buat roll nye sahaja, cicah sos dan mayonis.  Tapi budak2 kurang suka la..sebab sayur.  Hihi..

Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

Rice paper
Air suam
Carrot
Daun ketumbar
Daun pudina
Taugeh
1 biji telur
1 ulas bawang putih

Cara-cara:

Tumis bawang putih yang telah dicincang.  Masukkan taugeh, kacau dan pecahkan telur.  Masukkan garam dan pepper.  Angkat dan sejukkan.  Bila sudah sejuk, gaul bersama sayuran laun yang dipotong halus-halus.  Untuk menggulung, basahkan rice paper dengan air suam, kemudian gulung inti macam buat popia.  Sedia dihidang bersama sos kegemaran.






No comments:

Post a Comment