Monday 8 October 2012

Banana Cake


Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lenyek 
1 cawan gula
2 biji telur
2/3 cawan susu 
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan tepung (ayak dengan garam)
Secubit garam
Vanilla/ banana essence

Cara-cara:

Pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula dan pukul lagi hingga putih dan kembang.  Kemudian masukkan tepung naik sendiri selang seli dengan susu dan pisang., hingga habis.  Akhir sekali masukkan minyak sedikit2 dan pukul pada kelajuan tinggi hingga sebati.  Masukkan adunan dalam cup sehingga 2/3 penuh.  Bakar pada suhu 170oC selama 20 minit.




Resepi ini menghasilkan kek yang lembut.  Cuma tekstur urat2 pisang kurang nampak.  Mungkin kena guna pisang emas dan gula perang.  Kuantiti pisang juga tidak boleh terlalu banyak kerana akan sebabkan kek bantat kerana berat.




Untuk variasi, kek ni juga boelh dihias dengan coklat cip sebelum dibakar.  Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment