Selamat bertemu kembali..hari ni Sabtu..hari minggu..biasa la..bila ada kelapangan ni semua mengambil kesempatan menjalankan pelbagai aktiviti..cuma bagi saya sekeluarga, peluang cuti hujung minggu ni diambil untuk menjenguk orang tua di kampung...disebabkan itu juga la tema entry hari ni adalah lauk kampung..menengokkan lauk ni pun dah boleh agak kampung mana kan..hihi..tapi resepi ni agak pedas kerana menggunakan cili api..kampung mari..yang kecik2 tu..tapi dia punye pedas rasa sampai keluar asap..hehe...lauk ni dah siap masak..sampai kampung saya tinggal ngap je...walau camne pun, Suri nak share resepi emak ni kat sini..macam jadi cef jemputan la pulak..kwang kwang...apapun..jom jengok resepi kali ni..
Resepi: resepiharihari.blogspot.com
Bahan-bahan:
Telur itik
1 biji kelapa punye santan
10 tangkai cili api
3 batang serai
2 inci kunyit
Belimbing buloh
Garam gula
Cara penyediaan:
Tumbuk lumat cili api dan kunyit. Dalam periuk, satukan santan, bahan tumbuk dan serai. Masak hingga mendidih. Jangan lupa kacau selalu agar santan tidak berketul. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji. Biar telur masak tanpa mengacau kuah. Masukkan belimbing buloh. Perasakan. Matikan api bila belimbing sudah lembut. Siap dan boleh dihidang bersama nasi panas dan ulam2.
No comments:
Post a Comment