Monday, 29 October 2012

Kek 3 Rasa


Dah lama rasa tak buat kek ringkas2 nih.  Jadi hari ini berpeluang merekacipta satu resepi kek yang mudah, cepat, lembut dan gebu ini.  Cuma terlupa nak letak mixfruit tu kat dalam kek, jadi letak kat surface saja.  Tu yang pecah2 bila potong.  Tekstur kek sangat gebu dan lembut.  Gambar bawah ni dah siap masuk bekas untuk kudapan sambil buat kerja kat ofis nanti..hihi..kawan ngan air kopi O.  Tips untuk kek yang lembut adalah tempoh mencukupi masa pukul bahan, jika terlebih putar akan menghasilkan kek yang agak kering dan ringan. Penggunaan susu juga akan menghasilkan kek yang gebu dan sedap.  (Walaupun tak minum susu, tapi resepi ni tak rasa susu dekat final product tuh..hihi.)  Pasti akan buat lagi selepas ini.  Jom tengok resepi dulu.  Guna cawan je...)

Resepi: resepiharihari.blogspot.com

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan butter/ margerine
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung
Perisa dan pewarna coklat
Strawberry emulco
Pewarna merah
Orange Sunquick
Vanilla
Mix fruit dan coklat urai untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Mula-mula putarkan gula dan butter hingga kembang.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi. Masukkan vanilla.  Diikuti dengan tepung (diayak) yang diselang-selikan dengan bancuhan susu dan minyak.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampu dengan orange Sunquick, satu lagi dicampurkan dengan perisa dan pewarna coklat, satu lagi dengan pewarna merah dan strawberry emulco.  Tuang adunan dalam loyang yang telah dilengser dengan margerine.  Bakar pada suhu 170oC selama 30-40 minit.  Terbalikkan dan sejukkan kek sebelum dipotong.  Selamat Mencuba. 







No comments:

Post a Comment