Wahh awahha...wahhh..bestnyer dah sampai ujung minggu..maknanye boleh berehat....huyey...tapi sebenarnya banyak je kije yang nak di setelkan ujung minggu...antaranya...basuh baju, lipat baju, kemas umah, mesin rumput, gosok baju, jalan-jalan...hahaha...standard la kan..tu semua untuk kecergasan dan stamina..macam saya ni memang jenis tak suka dok diam..rasa serba-salah dan serba tak kena..kalau tak berpeluh pun tak sihat badan..makan banyak takpe asalkan bakar balik..kan..kan..kan..
So, apa citer ngan resepi kali ini??? Dah lama pulak rasanya tak berswiss rolling kan..ritu ada la beli whip cream..pahtu teringat pulak satu kaedah lagi yang saya belum cuba untuk swiss roll nih..nak tau??? jom layan...
Jika biasa dalam entry terdahulu saya hanya ikut saja resepi..cuma bila blog walking kat banyak2 site tu ada pelbagai pendapat..dan juga tips..
kali ini saya menggunakan resepi adunan yang sama dengan Kek Puding Karamel...cuma sukatan saya kecikkan kepada 1/3 saja..takut loyang tak muat..dan kek akan jadi tebal dan susah nak gulung...
apapun, kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan..
Bahan-bahan:
45g tepung naik sendiri
25g gula
1 biji kuning telur
45ml susu segar/ air
15ml minyak
esen vanilla
untuk meringue:
2 putih telur
20g gula
1/3 sudu teh cream of tartar
Cara penyediaan:
Pukul meringue dulu hingga gebu dan lembut lebih kurang 5 minit. Satukan kunig telur dan gula, pukul sebati. Masukkan campuran minyak dan susu sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung yang telah diayak. Diakhir dengan bancuhan susu dan minyak.
Kaupbalikkan meringue ke dalam adunan. Buat dalam 3 batch. Asingkan kepada 2 bahagian dan boleh diwarnakan mengikut kesukaan. Bakar pada 170oC selama 20 minit. Angkat dan gulung kosong dulu untuk lentikkan swiss roll. Sejukkan seketika.
Untuk cream filling:
1 cawan whip cream
3 camca besar Sunquick
5 sudu besar gula icing
Pukul cream dulu hingga pekat. Masukkan gula dan Sunquick. Putar lagi hingga mendapat tekstur yang diingini. Saya guna non-dairy cream.
Bukak semula gulungan kek. Sapukan dengan cream dan gulung semula. Masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum dipotong.
Nyata cara ini gulungan tidak pecah kerana masa kek masih suam2 teksturnya sangat lemut dan senang dibentuk..cuma kena berhati-hati agar tidak pecah...
Saja je ni..tabur dasar loyang dengan sedikit chocolate rice.
Saya warnakan oren dan purple.
No comments:
Post a Comment