Saturday, 17 November 2012

Kek Lapis Oreo 17 Tingkat


Hai..tiba2 mimpi nak buat kek lapis pulak..ini sebenarnya sebagai menyahut permintaan mr.hubby..so, mula la menggodek rak majalah..sbb aku ingat pernah beli buku resepi kek lapis sarawak..dah jumpa terus belek cari resepi yang sepadan dengan bahan-bahan yang ada kat umah..maklum ler, kek lapis ni selalu memang menggunakan telur yang banyak..last nye aku pilih ler satu resepi dari buku tulisan Rabiah Amit yang guna telur paling sikit antara resepi2 yang dimuatkan dalam buku beliau..cumanya, banyak jugak la aku terbabas dari resepi yang asal..hihi..thats why la rupa kek ni tidak menepati rasa sebenarnya kek lapis..aku pun tak pasti rasa mana yang paling tepat..hihi..

Antara selekoh yang aku terbabas tu tang penggunaan marjerin..patutnya 400 g, tapi aku terpaksa campo dgn minyak jagung separuh sebab stok margerin yang terhad..selekoh lain tu dekat lapisan tengah, aku pandai2 letak biskut oreo..nak kasi mekap sikit ler...ihik..tapi yang ni ok pulak jadinya..

Kesudahannya bila dah siap aku melapis dalam 4 jam gitu...(sepetang bersama kek lapis)...mr hubby kata tak capai standard ISO dia pulak..hmmm..kaciwa...standard ISO aku pun xsampai jugak sebenarnya..haha..ingat masa first time try kek lapis masa raya 2 tahun lepas gitu..yang tu rasa lebih sedap dan tekstur lagi lembut..dipetik dari majalah Saji cover Siti Nurhaliza..ntah tahun bape punya keluaran ku tak hingat..hmm..gitu lah sediku sebanyak sejarah dan salasilah kek lapis oreo 17 tingkat ni..apapun jom layan resepi terbabas ni dulu...hiiii

Resepi:  Recipes of Daily Cooking and Baking
Sumber: Rabiah Amit

Bahan-bahan:

Bahan A:

10 biji telur
170 g kaya (1 tin kecik tu)
250 g tepung halus/ Hong Kong
250 g margerine
150 g minyak jagung
170 g gula aising
1 sudu kecil ovalette
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu tepung (pakai je anak punye)
3 sudu besar Horlicks
5 sudu besar susu segar

Cara-cara:

Dalam bekas, pukul telur hingga gebu.  Dalam bekas lain, pukul margerine dengan gula dan kaya.  Masukkan susu, ovalette dan pukul lagi hingga sebati.  Masukkan telur.  Bila sudah gebu, masukkan bancuhan tepung dan Horlicks.  Pukul lagi hingga betul2 sebati.  Bahagikan kepada warna yang disukai.  Lapis setiap lapisan dengan 4-5 sudu besar adunan.  Bakar guna api atas sahaja selama 4 minit.  Sebelum tuang lapisan seterusnya, sapu/brush permukaan kek dengan bancuhan 3 sudu besar susu pekat, 1/2 sudu kecil vanilla dan margerine (sikit je) sebagai gam.  Yang ni memang panadai2 tambah sndiri..

Pada lapisan tengah boleh disusun biskut oreo (buang krim) secara berselang-seli.  Bila angkat dari oven, tekan2kan permukaan kek dengan garpu dan penakan atau boleh guna belakang gelas saja.  Ini bertujuan untuk keluarkan amgin dan meratakan permukaan kek.



Rupa kek selepas dah siap melapis..penat betul..haha


Susunan biskut Oreo


Lapisan terakhir..yang ke 17..huyeyyy..dah nak siap nih...



1 comment: