Monday, 5 November 2012

No-Mixer-No-Oven Moist Chocolate Cake

Hmm..nampaknya ada kawasan yang dah start banjir kan...saya doakan semua berada dalam sihat sejahtera..besok akan berangkat ke Kuala Terengganu selama 3 hari atas tugasan..paling tak tahan bila out-station ni adalah rindu bangat kat anak-anak..kat ayah nye tak kisah sangat..hihi..apapun, hari ni saya nak kongsi satu resepi yang amat mudah..sempat saya sediakan semalam.. ikutkan ini pertama kali saya cuba resepi kek coklat yang tidak memerlukan penggunaan electric mixer dan juga oven..resepi ini saya dapati dari blog cookingcrave di SINI.  Mula2 tu risau jugak tak jadi macam sebelum ini. Tapi jangkaan meleset..sangat sedap rupanya resepi ni..jom sama-sama tengok resepi..thanks to the owner of this beautiful recipe..


Olahan semula: resepiharihari

Bahan-bahan:

180g corn oil (asal guna butter)
200g gula
200g susu segar (asal guna susu cair)
2 biji telur (lightly beat)
100g self raising flour (asal guna plain flour)
50 g cocoa powder
1/2 camca teh vanilla

Cara Penyediaan:

Satukan minyak, susu, gula dan vanilla dalam sauce pan.  Panaskan pada api sederhana sehingga larut (saya guna double boiler).  Sejukkan hingga suam saja.  Masukkan telur, diikuti campuran tepung gandum dan cocoa powder yang telah diayak.  Kacau hingga sebati menggunakan spatula sahaja.  Adunan memang cair.  Tidak perlu risau.  Kemudian kukus selama 45 minit .  (Nak bakar pun boleh juga).

Tips:

Jangan terlebih kacau adunan, jika tidak kek akan jadi keras.


Bahan-bahan Topping:

200g susu pekat manis
20 g cocoa powder
1 camca teh vanilla
2 tbsp corn oil

Panaskan semua bahan di atas atas api kecil hingga masak dan sebati.  Sejukkan sebelum di tuang atas kek.

Tips:

Ayak cocoa powder untuk elakkan berketul.



Gambar kurang memuaskan sebab dah lewat malam.  Hihi...


No comments:

Post a Comment