Salam Maal Hijrah untuk semua..Diharap semua akan lebih bersemangat di tahun baru..azam baru mestilah ke arah yang lebih baik dan produktif..insyaallah..sempena tahun baru ini saya nak share satu lagi resepi yang biasa saya sediakan di rumah..laksa johor..ikutkan laksa2 lain pun saya suka, cuma hubby kurang makan..laksa johor ni spesel sebab guna spaghetti kan..jadi ada la jugak peminat kat umah nih...memandangkan hidangan ini merupakan makanan orang Johor..jadi saya rujuk resepi dari dapur Kak Ita di Masam Manis di SINI. Thanks for detail explanation. Izinkan saya kongsi juga di sini.
Resepi Asal: Azlita Masam Manis
Resepi Cuba dan Olah Semula: Recipes of Daily Cooking and Baking
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan kembung (rebus dengan 2 keping asam dan 1 sudu garam)
3 sudu besar rempah kari ayam/ daging
Spaghetti
3 sudu besar kerisik
2 inci gula melaka
1 sudu kecil pati ikan bilis
Gula dan garam
Bahan Kisar:
1 sudu besar cili kering (rendam air panas)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
2 sudu besar udang kering
Cara Memasak:
Rebus spaghetti dan ketepikan
Ikan yang telah direbus diasingkan dari tulang dan dikisar bersama air rebusan yang telah ditapis. Potong halus bahan kisar dan kisar dengan sedikit air. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata. Masukkan ikan kisar dan air rebusan ikan. Masukkan asam keping. Tunggu hingga kuah mendidih. Perasakan dan boleh dihidang.
No comments:
Post a Comment