Selamat bekerja pada yang bekerja..selamat berehat pada yang sedang bercuti..selamat berblog pada yang sedang menatap blog..hihi...mukadimah yang selamat..harap dapat menceriakan sape2 yang baca..
entry kali ini tersangatla biasa..kue teow yang saya goreng untuk dinner malam tadi..nama dia kue teow goreng pucat..sebab memang tak leh letak cili banyak..putera2ku tu nanti tak nak makan..haa...walaupun rupa agak malap, namun rasa tetap sedap..sebab guna Maggi Cukup Rasa tu...hehe
nak jugak tempek gambar ni sebagai menyahut seruan dan kata2 pujangga dari Yuna yang saya petik dari blog tak asing lagi..Che Mat Gebu.."di setiap lagu ada gambar"..di setiap gambar mesti ada memori tersendiri..kan..kan..kan..
memori gambar ni terletak kat keropok yang menumpang pinggan yang sama tu ha...sebenarnya saya pun tak pasti sudah berapa purnama usia keropok tu..saja goreng bila terjumpa tersorok dalam gobok peti ais..haha..rasanya dah lebih setahun kot...(gobok bawah jarang kemas sebab tak boh barang yang perishable sangat)..hihi..
apapun, harap dapat enjoy gambar tak seberapa ni..untuk sediakan sangat mudah..
cuma tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama cili giling...masukkan fish cake potong..masukkan sayuran, diikuti kue teow 1 paket..tambahkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa..sedikit gula, tomato hiris, pecahkan telur dan gaul lagi hingga masak..
sedikit petua untuk hasil gorengan mi atau kue teow yang tidak putus2 atau hancur, gunakan dua sudip semasa menggoreng..cara ini amat mudah dan tekstur mi yang digoreng akan lebih cantik dan masak sempurna..
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment