Arghhhh...penatnyer..ngantoknyer...dua malam ni tak berapa tido...baru je sampai rumah dari menjalankan tugas di Kuantan selama 2 hari..alhamdulilah..selesai dengan jaya...rindu dekat dapur yang tak berasap dua hari ni..hihi..nak update resepi kek ni pun baru ada masa..
Apapun, ini merupakan kali kedua saya menyediakan Kek Puding Karamel..atas permintaan anak..cuma kali ni saya buat format alunan kasih pulak..guna resepi sebelum ni yang saya tempek lagi sekali kat entry kali ni..
Bahan A (gula hangus):
2 sudu besar gula
panaskan dalam loyang hingga sedikit hangus dan cair semua, biarkan.
Bahan B (puding karamel):
1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
1 sudu teh vanilla
3 kuning telur
2 biji telur
Semua bahan B disatukan dan dikacau rata. Tidak perlu pukul terlalu lama kerana adunan akan bebuih dan menghasilkan tekstur gelembung udara bila sudah masak. Tuangkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A. Biarkan.
Bahan C (kek):
140 g tepung naik sendiri (asal plain flour plus baking soda)
70 g gula
3 kuning telur
135 ml susu segar (asal guna air)
45 ml minyak
2 sudu besar susu manis
Semua bahan C disatukan dan dikacau hingga sebati. Ketepikan.
Bahan D (meringue):
6 putih telur
70 g gula
1 sudu teh cream of tartar
Pukul bahan D pada kelajuan sederhana sehingga kembang, lebih kurang 3-5 minit. Kemudian pukul pada speed perlahan selama 1 minit.
Untuk adunan kek, kaupkan 1/3 bahan D ke dalam adunan bahan C. Gaul secara kaup balik hingga sebati. Masukkan 2/3 lagi adunan D secara berperingkat. Pastikan semua adunan serata. Bahagkan adunan dan warnakan mengikut kesukaan.
Lapiskan lapisan pertama kek dengan menabur serbuk koko atau Milo secara serata menggunakan penapis. Kemudian lapis semula dengan adunan kek dan ulang sehingga habis.
Sebelum itu, panaskan oven. Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang lagi besar. Lapik tapak loyang adunan dengan acuan tart agar dasar tidak dimasuki air. Jika guna loyang tidak berpatri boleh terus letak loyang dalam air. Pastikan guna air panas. Kemudian, boleh dibakar selama 1 jam pada suhu 160oC menggunakan api bawah.
No comments:
Post a Comment