Monday, 5 November 2012

Sotong Goreng Tepung Pedas


Salam Semua...Walaupun tengah out station, saya tak dapat nak tinggalkan dapur tersayang nih..takpe la tak dapat masak hari ini pun..saya nak juga share hidangan simple tapi tak mudah sebenarnya..sotong goreng tepung pedas..rasa pedas, rangup dan ada aroma kari..di sini suka saya kongsikan tips menggoreng yang boleh dipraktikkan bersama..

Resepi: resepiharihari

Bahan-bahan:

Sotong (celur sekejap)
Tepung goreng segera (saya guna jenama Kentucky)
Telur
Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Cara Penyediaan:

Biasanya jika kita menggoreng makanan laut dengan tepung, kuali akan penuh ngan bubble menunjukkan kehadiran air yang banyak..thats why perlu celur/ rebus sekejap sotong yang telah dipotong dan disejat airnya.  Cara ini akan menjadikan gorengan lebih rangup..jangan lupa lap dengan kitchen towel..

Mula2 celupkan sotong dalam tepung, kemudian dalam telur yang telah dipukul sedikit.   Kemudian celupkan semula sotong dalam tepung.  Goreng dalam minyak banyak pada suhu sederhana sehingga garing.  Jangan lupa masukkan daun kari dalam minyak.



1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete