Saturday, 10 November 2012

Caramel Pudding Cake


Akhirnya..setelah menanti sekian lama, akhirnya terbuat jugak kek yang satu nih..rasanya sudah menjadi resepi wajib cuba bagi setiap pencinta dunia masakan..Kek Puding Karamel..mempunyai tekstur kek yang soft like cotton..dan lapisan karamel yang sangat halus..humm..siapa yang tidak terpikat..hahaha...first time cuba dan first time rasa kek ni..jarang yang tidak suka kombinasi kek dan karamel ni..resepi ini saya perolehi dari e-na lovely kitchen di SINI.  Terima kasih sebab sediakan step by step proses penyediaan kek ini.  Selain itu juga, saya turut merujuk resepi sama dari dapur puan Azlita di masammanis di SINI.  Namun begitu, saya juga ada melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut selera sendiri..hihi..takat ni saya puas hati dengan rasanya, cuma lenkali nak pakai loyang yang tutup penuh..Masa bakar kek ni saya lupa nak lapik bawah loyang, sebab guna yang patri punya, jadi air boleh masuk dalam loyang.  Tapi nasib baik sempat susun semula loyang..hihi..jom kita tengok resepi..

Sumber resepi: 
E-na Zarina (e-nalovelykitchen) dan 
Azlita Aziz (masam manis fromintankitchen)

Olahan semula: Suri from Recipes of Daily Cooking and Baking (http://resepihaihari.blogspot.com)

Bahan-bahan:

Bahan A (gula hangus):

2 sudu besar gula
panaskan dalam loyang hingga sedikit hangus dan cair semua, biarkan.

Bahan B (puding karamel):

1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
1 sudu teh vanilla
3 kuning telur
2 biji telur

Semua bahan B disatukan dan dikacau rata.  Tidak perlu pukul terlalu lama kerana adunan akan bebuih dan menghasilkan tekstur gelembung udara bila sudah masak.  Tuangkan bancuhan bahan B ke dalam bahan A.  Biarkan.



Bahan C (kek):

140 g tepung naik sendiri (asal plain flour plus baking soda)
70 g gula
3 kuning telur
135 ml susu segar (asal guna air)
45 ml minyak
2 sudu besar susu manis

Semua bahan C disatukan dan dikacau hingga sebati.  Ketepikan.



Bahan D (meringue):

6 putih telur
70 g gula
1 sudu teh cream of tartar

Pukul bahan D pada kelajuan sederhana sehingga kembang, lebih kurang 3-5 minit.  Kemudian pukul pada speed perlahan selama 1 minit.

Untuk adunan kek, kaupkan 1/3 bahan D ke dalam adunan bahan C.  Gaul secara kaup balik hingga sebati.  Masukkan 2/3 lagi adunan D secara berperingkat.  Pastikan semua adunan serata.  Bahagkan adunan dan warnakan mengikut kesukaan.  Saya guna 4 warna, merah, coklat, biru dan warna asal.

Tuangkan 5 sudu besar warna satu dalam loyang yang mengandungi bahan A dan B.  Diikuti 5 sudu besar warna kedua.  Seterusnya kurangkan kuantiti ke 4 hingga 2 sudu.  Tuang sehingga habis adunan.  


Sebelum itu, panaskan oven.  Letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang lagi besar.  Lapik tapak loyang adunan dengan acuan tart agar dasar tidak dimasuki air.  Jika guna loyang tidak berpatri boleh terus letak loyang dalam air.  Pastikan guna air panas.  Kemudian, boleh dibakar selama 1 jam pada suhu 160oC menggunakan api bawah.


Bila sudah masak, biarkan kek lekang dari loyang.  Terbalikkan dan sejukkan.  Kemudian boleh disimpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

No comments:

Post a Comment