Assalamualaikum...bila dah masuk banyak hari puasa ni dah mati kutu nak masak apa pulak..padahal punye la banyak buku resepi kat rumah..tapi nak match dengan bahan yang ada kat dapur susah juge..so bila tanye en hubby, lauk ni yang dia mengidam..tapi simple sebenarnya sedap dan tak muak bila buat berbuka selepas seharian perut kosong..
Lauk ini aku sediakan macam kat bawah ni ye..
Bahan-bahan:
Kentang (dadu dan goreng)
Bilis (goreng garing)
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (cincang)
Cili api (hiris nipis)
Sos tiram
Sos tomato
Serbuk kunyit
Cara Penyediaan:
Tumis bawang. Masukkan sos tiram dalam 2 sudu dan sos tomato dalam 1 sudu. Masukkan kentang dan gaul sebati. Perasakan. Masukkan bawang besar mayang jika suka. Sejukkan sekejap. Lepas itu baru masukkan bilis garing dan gaul bersama. Baru bilis tidak lemau. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment