Tuesday 18 December 2012

Strawberry Swiss Roll..Sure Jadi..


Salam strawberry semua..hiiii..actually ada lagi baki strawberry lepas buat cupcake..dalam hati ni rasa lum puas hati dengan cubaan2 resepi swiss roll sebelum ini..mungkin sebab tak berapa skill kan..haha..bukan salah resepi..memandangkan banyak2 resepi tu aku paling suka yang kat sini..resepi swiss roll lime tu..http://resepiharihari.blogspot.com/2012/10/lime-swiss-roll-with-cream-cheese.html.   Jadinya, tinggal modify sikit2 dari situ aje..


Alhamdulillah..hasilnya sangat menceriakan hati ini....tidor pun tak saba nak bangun potong swiss roll..pagi2 sebelum gi kije sempat jugak la aku ambik gambar sempoi2 je..dan potong2 masuk bekas pegi opis...nak share kegembiraan la katakan..harap kawan2 yang rasa tu suka la ye....


Rujukan resepi seperti link kat atas..juga boleh rujuk di bawah ni..selamat mencuba

Bahan-bahan:

3 kuning telur grade A
55 g tepung naik sendiri
30 ml susu
30 ml minyak jagung
20 g gula
Vanilla

Meringue:

10 g gula
3 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar

Pukul sebati telur kuning dan gula.  Masukkan tepung.  Selang selikan dengan minyak dan susu. Ketepikan.

Untuk meringue, pukul hingga kembang putih telur dalam 2 minit.  Masukkan gula dan cream of tartar.  Pukul lagi hingga lembut dan gebu.

Masukkan 1/3 meringue dalam adunan tepung.  Kaup balikkan.  Ulang hingga habis meringue.  Bakar selama 15 minit pada suhu 170oC.


Kali ini aku guna filling strawberry..untuk lebih sedap, masak dulu strawberry dalam air gula hingga pekat.  Untuk cream aku  guna non-dairy whip cream yang dipukul kembang dengan sedikit icing sugar.  Sebelum gulung, sejukkan kek dalam 15 minit.  Terbalikkan supaya sebelah bawah (yang attach to paper) tu duduk di atas, jadi bila sapu cream kat belah sini juga la.  dengan ini, belah yang licin (surface masa bakar) akan duduk belah luar bila gulung..macam gambar2 ni ye..


Simpan dalam peti ais dulu sbelum potong supaya tekstur kek dan cream lebih cantik..


3 comments:

  1. salam, miss nak tanya..mcm mana nk elak kulit depan swiss roll tu melekat ke baking paper ktk membuka baking paper kek y siap digulung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hakim..sejukkan betul2 kek lepas kua oven. ika terus terbalikkan, akan terbentuk wap air dari pemeluwapan haba antara permukaan kek dengan paper..thats why kulit kek akan melekat pada paper..tapi takleh biar sejuk lama sangat nani kek keras kerana sudah menyerap udara..dalam 10 minit je..guna paper yang high quality..gulung kek berhati2..simpan dalam peti ais pada suhu yang sejuk (4-5oC)supaya persekitaran kering..bila dah kuarkan dari peti ais, terus bukak paper hati2..jika tidak, air akan terbentuk sebab ada kondensasi..air ini yang akan enyerap kulit kek dan jadi melekat bila ditanggalkan dari paper..harap penerangan penuh saintifik ni dapat membantu Hakim..sebenarnya saya pun tak pasti jika ada special method to get smooth surface of this roll..try and error helps a lot..selamat mencuba...

      Delete
  2. oh,lg satu miss nk tanya,,miss gn oven api ats bwh ke?and what kind of parchment paper do u use? thanks miss

    ReplyDelete